Aku lebih percaya Pak Cik Tepi Jalan daripada Mamat Google!



Percayalah kenyataan diatas. Percayalah!


Aku harus (baca:wajib) ke satu tempat di Shah Alam. Baik. Ini kisah beberapa minggu lepas. Aku sememangnya tidak pernah ke Shah Alam (baca :memandu seorang diri) dan sistem perumahan dan bandarayanya yang tidak menepati piawaian SIRIM aku boleh menjungkar-balikkan aku untuk berkelana seorang diri.

Aku dengan segala perasaan yakin, membuka Google Maps menaip nama tempat yang mahu kutuju. Wah secepat kilat, tempat itu muncul di Google Maps. Aku print peta dan pandu arah serta dengan rasa sedikit bangga menunjukkan pada teman yang akan membawa aku pergi.

Kami dengan muka yakin dan percaya walaupun terang-terang penanda menunjukkan di atas jalan raya (mana ada bangunan di atas jalan raya kan?) memandu kereta menuju Shah Alam. Peta menunjukkan kawasan Subang jadi kami pun ke Subang. Pusing-pusing akhirnya sampai tempat yang ditunjukkan dipeta dan tempat itu di tengah-tengah lebuhraya. Aduh. Mamat Google menipu aku rupanya. Rasa gelabah dan resah menilik jam sahaja kerana ada janji yang harus dipenuhi.

Kemudian kami pusing-pusing dan termasuk ke Jalan Penulis (Jalan Penulis??? Rasa macam apa pula.. hikhik), dan ternampak dua tiga orang pakcik dan bertanya tempat nak dituju. Bukan aku yang tanya, kawan aku, sebab dia dari Marikh dan aku pula dari Venus. Dia lebih pandai baca peta dan tentunya arif tentang Jalan Shah Alam berbanding aku yang buta peta. Hihi.

Kemudian dengan muka berseri-seri kawan aku terus menuju ke kawasan tujuan. Mungkin dia dapat pencerahan daripada pakcik itu. Kami tiba dikawasan tujuan tepat jam 9.00.

Terima kasih Pak Cik Tepi Jalan walau apa-apa pun nama pak cik. Huh Mulai saat itu aku mengishtiharkan perang dengan Mamat Google. Serius!


Notakakitangan : Tuan Tanah terpaksa bermuka manis dengan Mamat Google selang beberapa hari kemudian kerana ingin mencari jalan menuju kesatu tempat. Ternyata hari itu dia tersilap teknik mencari kawasan tujuan. Itulah kalau tidak menari jangan katakan lantai berjongkat jungkit – pesanan dibawakan oleh Arjuna.

Terima Kasih!


Baik. Aku mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada :

Mattjailicious
(baca : Mat Jailious) : Menunjuk arah ketika sesat semasa hujan renyai-renyai. Malah terus sahaja menambah nilai kredit telefon aku sewaktu kehabisan semasa ralat menghubungi dia untuk bertanya arah. Aku ini Venus, jadi memang buta arah sedikit.

En Arif Atan : Untuk perbualan yang singkat tetapi memberi inspirasi untuk menjawab soalan dari pihak itu serta memberi keyakinan dan ucapan selamat sebelum hari tersebut.

En Azhan Uthmani : Kesudian membalas email dan berkongsi pengalaman serta tips-tips. Benar, sangat membantu.

Ode : Sudi menghantar dan sama-sama tersesat jalan juga. Malah menunggu sehingga urusan selesai.

Kawan-kawan yang memberi ucapan semangat.

DAN

 

Arjuna : Si dia yang bersabar bila aku sering sahaja tersesat jalan ketika mahu ke tempat baru itu. Maaf ya, aku sering sahaja memberi pandu arah yang salah. Tidak mahu kompromi walaupun dia mahu menuju arah yang betul. Terima kasih kerana sering menemai sewaktu pergi dan pulang dari kerja. Tanpa jemu. Selama ini.

 

 

 

 

 


 

Interlokal


Selamat tinggal jiwa-jiwa patriotik dan hipokrit!

Aku harus pergi. Siapa suruh tidak menghidangkan tilam empuk buat aku bermimpi. Aku terpaksa mengejar impian itu di tempat lain. Maaf ya. Kalau takdir bersimpang siur dan mengucup aku lagi, kita pasti akan bertemu. Lagi..

Aku telah kembali kepada bau buku yang memabukkan dan aksara yang menggiurkan. Walaupun sedikit lelah dan tiada sambungan dengan dunia luar namun aku masih tersenyum-senyum juga. Ah walaupun aku terpaksa mendepani istilah sains yang menjungkar-balikkan bola mata tetapi aku masih mengensot lagi dalam lapangan ini. Sebenarnya masih bergulir-gulir juga.

 

 

 

P/S : Aku tiba-tiba rasa menjadi genius Sains Tingkatan 2. Siapa mahu minta aku ajar tuisyen?