Aku lebih percaya Pak Cik Tepi Jalan daripada Mamat Google!



Percayalah kenyataan diatas. Percayalah!


Aku harus (baca:wajib) ke satu tempat di Shah Alam. Baik. Ini kisah beberapa minggu lepas. Aku sememangnya tidak pernah ke Shah Alam (baca :memandu seorang diri) dan sistem perumahan dan bandarayanya yang tidak menepati piawaian SIRIM aku boleh menjungkar-balikkan aku untuk berkelana seorang diri.

Aku dengan segala perasaan yakin, membuka Google Maps menaip nama tempat yang mahu kutuju. Wah secepat kilat, tempat itu muncul di Google Maps. Aku print peta dan pandu arah serta dengan rasa sedikit bangga menunjukkan pada teman yang akan membawa aku pergi.

Kami dengan muka yakin dan percaya walaupun terang-terang penanda menunjukkan di atas jalan raya (mana ada bangunan di atas jalan raya kan?) memandu kereta menuju Shah Alam. Peta menunjukkan kawasan Subang jadi kami pun ke Subang. Pusing-pusing akhirnya sampai tempat yang ditunjukkan dipeta dan tempat itu di tengah-tengah lebuhraya. Aduh. Mamat Google menipu aku rupanya. Rasa gelabah dan resah menilik jam sahaja kerana ada janji yang harus dipenuhi.

Kemudian kami pusing-pusing dan termasuk ke Jalan Penulis (Jalan Penulis??? Rasa macam apa pula.. hikhik), dan ternampak dua tiga orang pakcik dan bertanya tempat nak dituju. Bukan aku yang tanya, kawan aku, sebab dia dari Marikh dan aku pula dari Venus. Dia lebih pandai baca peta dan tentunya arif tentang Jalan Shah Alam berbanding aku yang buta peta. Hihi.

Kemudian dengan muka berseri-seri kawan aku terus menuju ke kawasan tujuan. Mungkin dia dapat pencerahan daripada pakcik itu. Kami tiba dikawasan tujuan tepat jam 9.00.

Terima kasih Pak Cik Tepi Jalan walau apa-apa pun nama pak cik. Huh Mulai saat itu aku mengishtiharkan perang dengan Mamat Google. Serius!


Notakakitangan : Tuan Tanah terpaksa bermuka manis dengan Mamat Google selang beberapa hari kemudian kerana ingin mencari jalan menuju kesatu tempat. Ternyata hari itu dia tersilap teknik mencari kawasan tujuan. Itulah kalau tidak menari jangan katakan lantai berjongkat jungkit – pesanan dibawakan oleh Arjuna.

6 thoughts on “Aku lebih percaya Pak Cik Tepi Jalan daripada Mamat Google!”

  1. heheh.
    teknologi ini masih belum mempunyai ‘otaknya’ sendiri. belum tahap AI. kalau sudah ada nanti, mesti kita akan hilang ‘hubungan’ sesama manusia iaitu interaksi. kesimpulannya, teknologi tidak akan pernah dapat menggantikan anugerah tuhan untuk manusia.

    Like

    1. Dewajiwa : betul betul tetapi teknologi dibuat untuk menringankan beban manusia. sekurang-kurangnya..

      saya yang tidak tahu guna google maps, mengada pula mahu mengisytiharkan perang dengannya hihi

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s