Percayalah kenyataan diatas. Percayalah!
Aku harus (baca:wajib) ke satu tempat di Shah Alam. Baik. Ini kisah beberapa minggu lepas. Aku sememangnya tidak pernah ke Shah Alam (baca :memandu seorang diri) dan sistem perumahan dan bandarayanya yang tidak menepati piawaian SIRIM aku boleh menjungkar-balikkan aku untuk berkelana seorang diri.
Aku dengan segala perasaan yakin, membuka Google Maps menaip nama tempat yang mahu kutuju. Wah secepat kilat, tempat itu muncul di Google Maps. Aku print peta dan pandu arah serta dengan rasa sedikit bangga menunjukkan pada teman yang akan membawa aku pergi.
Kami dengan muka yakin dan percaya walaupun terang-terang penanda menunjukkan di atas jalan raya (mana ada bangunan di atas jalan raya kan?) memandu kereta menuju Shah Alam. Peta menunjukkan kawasan Subang jadi kami pun ke Subang. Pusing-pusing akhirnya sampai tempat yang ditunjukkan dipeta dan tempat itu di tengah-tengah lebuhraya. Aduh. Mamat Google menipu aku rupanya. Rasa gelabah dan resah menilik jam sahaja kerana ada janji yang harus dipenuhi.
Kemudian kami pusing-pusing dan termasuk ke Jalan Penulis (Jalan Penulis??? Rasa macam apa pula.. hikhik), dan ternampak dua tiga orang pakcik dan bertanya tempat nak dituju. Bukan aku yang tanya, kawan aku, sebab dia dari Marikh dan aku pula dari Venus. Dia lebih pandai baca peta dan tentunya arif tentang Jalan Shah Alam berbanding aku yang buta peta. Hihi.
Kemudian dengan muka berseri-seri kawan aku terus menuju ke kawasan tujuan. Mungkin dia dapat pencerahan daripada pakcik itu. Kami tiba dikawasan tujuan tepat jam 9.00.
Terima kasih Pak Cik Tepi Jalan walau apa-apa pun nama pak cik. Huh Mulai saat itu aku mengishtiharkan perang dengan Mamat Google. Serius!
Notakakitangan : Tuan Tanah terpaksa bermuka manis dengan Mamat Google selang beberapa hari kemudian kerana ingin mencari jalan menuju kesatu tempat. Ternyata hari itu dia tersilap teknik mencari kawasan tujuan. Itulah kalau tidak menari jangan katakan lantai berjongkat jungkit – pesanan dibawakan oleh Arjuna.
lain kalu pakai je kristal bulat yg ahli sihir berpenyapu tu pakai. haha
LikeLike
Koboi : amboi, masalahnya tak jumpa pun bebola kristal tu, kalau jumpa dah lama pakai dah
LikeLike
Em. Jangan percaya peta. Tanya orang lebih bagus. Kalau malu, sesat jalan. *no truer words were ever spoken!* Hahaha
LikeLike
Huzai : huuu tapi kalau sebelum pergi pun tak tahu jalan? kenalah guna google maps. nanti nak pergi subang jaya, tapi terlajak pergi klang pula.. huuu
LikeLike
heheh.
teknologi ini masih belum mempunyai ‘otaknya’ sendiri. belum tahap AI. kalau sudah ada nanti, mesti kita akan hilang ‘hubungan’ sesama manusia iaitu interaksi. kesimpulannya, teknologi tidak akan pernah dapat menggantikan anugerah tuhan untuk manusia.
LikeLike
Dewajiwa : betul betul tetapi teknologi dibuat untuk menringankan beban manusia. sekurang-kurangnya..
saya yang tidak tahu guna google maps, mengada pula mahu mengisytiharkan perang dengannya hihi
LikeLike