Mencari Belahan Jiwa II


 

 

Ada di pasaraya?

Mana?

 

Giant? Tesco?

 

Kalau jumpa, sila SMS aku.

 

Atau tag di facebook.

 

Terima kasih.

 

 

Advertisements

Kontradiksi Di Gramedia


Betul-betul masa ini krisis kewangan yang sangat kritikal. Sangat kritikal.

Tapi bila pergi ke Mines dan singgah di Gramedia, ada tangan gatal mengambil buku itu ini. Aduh rasa mahu sahaja potong tangan yang mencapai buku itu ini.

Setelah bolak balik, akhirnya aku kalah dengan godaan buku ini.


Baik, salahkan aku kerana ada sifat feminism dalam diri. Kalau berkisar soal wanita dan haknya pantas sekali aku menyambar buku itu.

Tulisan warna merah garang itu seperti api yang arak menyala menangkap tangan-tangan untuk membelinya.

Mula hari ini harus ada peraturan baru

 


TIDAK BOLEH PERGI KEMANA-MANA KEDAI BUKU HINGGA AKHIR BULAN!

 


Kawan-kawan, silalah sokong ya!

 


Menemui Adi Kaliff


(Kisah ini sudah dua bulan berlalu)


Siapa ya Adi Khaliff?

Aku sekadar jatuh cinta pada puisinya yang aku dengar sepintas lalu di Maskara 5. Ya sepintas lalu.

Kemudian, satu hari ketika aku dalam jiwa kacau, aku mahu mendengar puisinya dan aku cari diblog-blog serta di youtube kalau-kalau ada yang baik hati memuatnaikkan video tersebut tetapi hampa. Lalu dihasut minda bawah sedar menulis entri Tolong Aku Cari Adi Maskara 5.

Aku tidak pernah terfikir akan bertemu dengannya ataupun menjumpai puisinya tetapi kawan, percayakah bahawa dunia tanpa sempadan ini membenarkan impian dan mimpi-mimpi mengucup kita.

Ya, suatu hari ada kiriman email dari Jerman dan ulasan di entri tersebut. Aku jadi terkejut. Wah!! Rupanya ada kawannya yang membaca entri tersebut mengirimkan pesanan untuk Adi Kaliff bahawa aku mencarinya opss puisinya. Lalu dia mengirimkan email kepada aku. Aduh kasmaran.

Ada pembetulan di entri sebelumnya. Dia tidak mengambil kesusateraan Inggeris sebaliknya Fine Art di Hochschule der Kuenste. Lalu apa yang berlaku selepas itu biarlah rahsia.


Terima kasih ya untuk sahabatnya yang mengirimkan berita pencarian aku ini. Kalau anda boleh tonjolkan diri, aku senang sekali mahu belanja makan Sundae Cone McD 🙂


Apa penting kawan, ciptalah keinginan dan cetuskannya. Percayalah suatu hari biarpun lambat atau cepat pasti akan tercapai juga, kalau kita memberi rasa percaya kepadanya.


Untuk dia yang berada di Jerman. Cepat-cepat kirimkan apa yang dijanjikan. Haha.


Notakakitangan : Aku rasa mahu menulis entri : Tolong bawa saya berjumpa dengan Sapardi Djoko Damono. Agak-agak termakbul apa tidak?


Warna Hati Arjuna


Heart_by_LiiQa

Tadi hujan merenyai seperti ribuan jarum bisa dari langit.

Tadi aku melihat hati Arjuna yang hitam pekat seperti warna lohong. Hitam dan pekat. Itu warna hatinya yang aku sakiti – katanya. Dia letakkan darah hatinya ditanganku dan membiarkannya mengalir perlahan dan lambat. Itu dia waktu aku terlupakan janji yang diikrarkan.

Aku diam dan air mataku mahu merambu. Hujan pun tidak mahu membasuh warna tanganku. Yang menjadi hitam, pekat dan likat kerana warna hati Arjuna.

Kilat menjalarkan jalur peraknya di langit malam. Seperti jaluran yang bersirat dihati Arjuna kecuali warnanya yang hitam.

Arjuna, Ya. Aku akan bayar segalanya. Segalanya yang terlupakan.

Bolehkah kamu membasuhnya dan menjadikannya jernih seperti kali pertama kita bertemu?

 


Arjuna senyum dan jarum bisa dari langit merejam aku.