(Kisah ini sudah dua bulan berlalu)
Siapa ya Adi Khaliff?
Aku sekadar jatuh cinta pada puisinya yang aku dengar sepintas lalu di Maskara 5. Ya sepintas lalu.
Kemudian, satu hari ketika aku dalam jiwa kacau, aku mahu mendengar puisinya dan aku cari diblog-blog serta di youtube kalau-kalau ada yang baik hati memuatnaikkan video tersebut tetapi hampa. Lalu dihasut minda bawah sedar menulis entri Tolong Aku Cari Adi Maskara 5.
Aku tidak pernah terfikir akan bertemu dengannya ataupun menjumpai puisinya tetapi kawan, percayakah bahawa dunia tanpa sempadan ini membenarkan impian dan mimpi-mimpi mengucup kita.
Ya, suatu hari ada kiriman email dari Jerman dan ulasan di entri tersebut. Aku jadi terkejut. Wah!! Rupanya ada kawannya yang membaca entri tersebut mengirimkan pesanan untuk Adi Kaliff bahawa aku mencarinya opss puisinya. Lalu dia mengirimkan email kepada aku. Aduh kasmaran.
Ada pembetulan di entri sebelumnya. Dia tidak mengambil kesusateraan Inggeris sebaliknya Fine Art di Hochschule der Kuenste. Lalu apa yang berlaku selepas itu biarlah rahsia.
Terima kasih ya untuk sahabatnya yang mengirimkan berita pencarian aku ini. Kalau anda boleh tonjolkan diri, aku senang sekali mahu belanja makan Sundae Cone McD 🙂
Apa penting kawan, ciptalah keinginan dan cetuskannya. Percayalah suatu hari biarpun lambat atau cepat pasti akan tercapai juga, kalau kita memberi rasa percaya kepadanya.
Untuk dia yang berada di Jerman. Cepat-cepat kirimkan apa yang dijanjikan. Haha.
Notakakitangan : Aku rasa mahu menulis entri : Tolong bawa saya berjumpa dengan Sapardi Djoko Damono. Agak-agak termakbul apa tidak?
Seperti yang pernah dikatakan dulu, saya pun sukakan puisinya itu. Kalau ada lagi yang lain, sila kongsikan ya cik biru ungu!
LikeLike
Kak hani : baik kak hani. huhu. akan dikongsikan di blog ini.. 🙂 sejurus dapat puisinya
LikeLike
wah..sampai ke Jerman sana ye beliau berkarya.
cantik arca itu.
entri ini membuka cerita bagaimana perihal dunia pengkarya-pengkarya ye. begitu passionate dengan karya dan juga penghasilnya sampai mencari ke ceruk dunia. kodus.
LikeLike
Dewajiwa : arca itu si adi yang buat
ya saya sekadar mencari-cari dan tak snagka berjumpa. kira bernasib baik sahaja.
Sebab itu kalau sudah ada yang obses dengan barang antik misalnya, sampai kemana-mana pun akan dijejak juga 🙂
LikeLike