Jemputan Ke Majlis Perhimpunan Alumni MPR


 

Dengan rasa berbesar hati, aku ingin menjemput semua pembaca yang tersesat di blog ini untuk menghadiri majlis dibawah.

 

 

Majlis Perhimpunan Alumni MPR

 

 

Dengan sukacita memaklumkan, Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) akan mengadakan satu majlis Perhimpunan Alumni MPR, 2009. Mantan peserta MPR dan keluarga dipelawa menghadiri majlis tersebut untuk memeriahkan lagi satu majlis perhimpunan ini.

TERBUKA JUGA UNTUK SEMUA KHALAYAK – PEMBACA, PENELAAH, PEMERHATI, PEMINAT DAN PENCINTA ILMU DAN SASTERA!

Butirannya seperti yang berikut:

19 Disember 2009 (Sabtu)
8.00 pagi – 3.00 petang
Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka

Anjuran Bersama:

Alumni Minggu Penulis Remaja & Bahagian Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka

ATUCARA MAJLIS PERHIMPUNAN ALUMNI MPR 
 
08:00   : KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN, MANTAN MPR & KELUARGA


09:00   : MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN ALUMNI MPR

·      BACAAN DOA

·      UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH PROGRAM

·      UCAPAN PERASMIAN

      Perasmi : Puan Hajah Izzah Abdul Aziz

·      PELANCARAN Kumpulan Cerpen /Antologi / Buku mantan MPR

 
 

09:30   : FORUM : MPR SELEPAS DUA DEKAD
·         Moderator : Nimoiz T.Y
·         Ahli Panel : 
o       Lily Haslina Nasir (mantan MPR 1986)
o       Raihani Mohd Saaid (mantan MPR 1997)
o       Khairul Nizam Abd Raub (mantan MPR 2000)


10:30   : SESI Mengenang Othman Puteh


11:00   : SLOT “MEMORI MPR”


11:30   : PERASMIAN PENUTUP
·         
13:30   : MAKAN TENGAH HARI DAN BERSURAI
            Jualan Buku dan bersurai

 

 

 

Notakakitangan yang panjang :
Dijemput kepada semua pencinta sastera samaada anda tidak pernah menyertai MPR (Minggu Penulis Remaja) ataupun mantan MPR yang sudah meninggalkan dunia penulisan. Mana tahu disana anda akan bertemu dengan penulis yang sudah lama anda mahu temui. Disana anda akan temui kenangan yang pernah menghambat anda kemana-mana suatu ketika dahulu. Disana akan menemui kembali kecintaan pada dunia sastera yang pernah ranum suatu ketika dahulu. Anda juga boleh bawa segala buku-buku minta ditandatangani oleh penulisnya ataupun membeli buku siap bertanda-tangan penulis dengan ucapan syahdu dan mengujakan. Siapa tahu kan? Marilah memeriahkan hujung minggu ini dengan meluangkan sedikit masa ke majlis ini.

Puisi Menunggu Pagi II – Tunas Cipta Disember 2009


Aku pun tidak tahu sehingga ada teman yang memberi khabar itu.

Puisi Menunggu Pagi II merupakan kesinambungan puisi Menunggu Pagi yang ditulis sela setahun selepas puisi yang pertama. Tepat setahun. YA, setiap puisi yang aku tulis ini ada simbahan cerita.

Menunggu Pagi II telah ditulis hampir 2 tahun lamanya. Ya, aku ini sangat culas mahu hantar karya dimana-mana. Merujuk entri ini. Secara peribadi Menunggu Pagi II juga merupakan antara sajak-sajak awal aku yang berevolusi daripada beluncas kepada rama-rama yang indah. Ketika itu seingatnya, aku sudah menemui pencetus dan pendorong kepada sosok puisi yang bisa dihasilkan oleh aku iaitu rantaian puisi Sapardi Djoko Damono.

Lihatlah puisi Menunggu Pagi ini Dan kalau sesiapa yang ada TC ditangan bolehlah merujuk kepada puisi sekuelnya Menunggu Pagi II. Berbeza bukan malah puisi pertama itu minta ampun, malu saya mahu tunjuk dimana-mana. Jelasnya, diawal aku menulis, bidang puisi bukanlah bidang yang aku mampu tangani. Malah aku miskin perbendaharaan kata ketika menulis puisi berbanding menulis cerpen yang sedikit mewah dengan pemilihan katanya. Tetapi bila aku belek-belak kembali, rupa-rupanya dalam masa setahun ini ( semenjak puisi pertama aku yang disiarkan di media cetak itu Merdekakan Hatimu – Tunas Cipta Disember 2008) sudah hampir 5 puisi disiarkan dimedia cetak. Alhamdulillah. Tahun depan kena rajin menghantar. Jangan jadikan pekasam pula semua karya-karya itu. Kawan-kawan, ingatkan aku ya.


Menunggu pagi

Satu saat selepas tengah malam

Aku menunggu tiap suara yang datang

Satu satu menerpa membawa wasilah

Tak kunjung wasilah dari hati

Tiap saat datang dan pergi

Aku terus menunggu lagi

Akhirnya aku menunggu pagi


Kemudiannya, didalam Tunas Cipta, ada sebuah sajak yang berjiran denganku iaitu sajak Shukri Mohd Ali – Kau yang Hulur Bunga Kemboja. Ketika membacanya, aku sudah senyum-senyum sendiri. Sajak itu mengingatkan aku mengenai sajak aku yang kedua disiarkan di Berita Harian sebulan selepas sajak yang pertama itu iaitu Baju Kurung Merah Darah (Suara dari Perkuburan Cinta). Di dalam sajak BKMD itu, ada frasa yang aku tulis “kau menghulur bunga kemboja, dari perkuburan cinta”,apabila membaca sajak Kau yang Hulur Bunga Kemboja terus sahaja jiwa semasa menulis sajak BKMD menyimbah dalam fikiran dan kenangan juga. Kemudian apabila Shukri Mohd Ali menyatakan bahawa dia menyimpan keratan sajak BKMD itu, aku seperti mahu menyorok dimana-mana sebab jadi segan sendiri. Sajak yang entah apa-apa dan beremosional itu yang disimpannya. Sungguh segan.

Terima kasih kepada DBP kerana mengirimkan buku Tunas Cipta dan surat penghargaan. Rasa dihargai pula. Hihi

Cerpen yang aku gemari dalam keluaran kali ini Prima Facie karya Nimoiz T.Y (aku sedang terjerumus dalam kancah penulisan seperti itu. Hahaha) dan puisi yang menarik minat urm urm mungkin Kuntum Hawamu karya Mohd Faizal Nizam Mohd Fuad.

Notakakitangan : Mana-mana yang mahu membaca sajak aku sila dapatkan Tunas Cipta Disember 2009. Aku hanya boleh letakkan di blog setelah pada bulan hadapan sahaja. Tetapi anda boleh email saya untuk meminta secara peribadi. Secara peribadi tau. haha.