Puisi Menunggu Pagi II – Tunas Cipta Disember 2009


Aku pun tidak tahu sehingga ada teman yang memberi khabar itu.

Puisi Menunggu Pagi II merupakan kesinambungan puisi Menunggu Pagi yang ditulis sela setahun selepas puisi yang pertama. Tepat setahun. YA, setiap puisi yang aku tulis ini ada simbahan cerita.

Menunggu Pagi II telah ditulis hampir 2 tahun lamanya. Ya, aku ini sangat culas mahu hantar karya dimana-mana. Merujuk entri ini. Secara peribadi Menunggu Pagi II juga merupakan antara sajak-sajak awal aku yang berevolusi daripada beluncas kepada rama-rama yang indah. Ketika itu seingatnya, aku sudah menemui pencetus dan pendorong kepada sosok puisi yang bisa dihasilkan oleh aku iaitu rantaian puisi Sapardi Djoko Damono.

Lihatlah puisi Menunggu Pagi ini Dan kalau sesiapa yang ada TC ditangan bolehlah merujuk kepada puisi sekuelnya Menunggu Pagi II. Berbeza bukan malah puisi pertama itu minta ampun, malu saya mahu tunjuk dimana-mana. Jelasnya, diawal aku menulis, bidang puisi bukanlah bidang yang aku mampu tangani. Malah aku miskin perbendaharaan kata ketika menulis puisi berbanding menulis cerpen yang sedikit mewah dengan pemilihan katanya. Tetapi bila aku belek-belak kembali, rupa-rupanya dalam masa setahun ini ( semenjak puisi pertama aku yang disiarkan di media cetak itu Merdekakan Hatimu – Tunas Cipta Disember 2008) sudah hampir 5 puisi disiarkan dimedia cetak. Alhamdulillah. Tahun depan kena rajin menghantar. Jangan jadikan pekasam pula semua karya-karya itu. Kawan-kawan, ingatkan aku ya.


Menunggu pagi

Satu saat selepas tengah malam

Aku menunggu tiap suara yang datang

Satu satu menerpa membawa wasilah

Tak kunjung wasilah dari hati

Tiap saat datang dan pergi

Aku terus menunggu lagi

Akhirnya aku menunggu pagi


Kemudiannya, didalam Tunas Cipta, ada sebuah sajak yang berjiran denganku iaitu sajak Shukri Mohd Ali – Kau yang Hulur Bunga Kemboja. Ketika membacanya, aku sudah senyum-senyum sendiri. Sajak itu mengingatkan aku mengenai sajak aku yang kedua disiarkan di Berita Harian sebulan selepas sajak yang pertama itu iaitu Baju Kurung Merah Darah (Suara dari Perkuburan Cinta). Di dalam sajak BKMD itu, ada frasa yang aku tulis “kau menghulur bunga kemboja, dari perkuburan cinta”,apabila membaca sajak Kau yang Hulur Bunga Kemboja terus sahaja jiwa semasa menulis sajak BKMD menyimbah dalam fikiran dan kenangan juga. Kemudian apabila Shukri Mohd Ali menyatakan bahawa dia menyimpan keratan sajak BKMD itu, aku seperti mahu menyorok dimana-mana sebab jadi segan sendiri. Sajak yang entah apa-apa dan beremosional itu yang disimpannya. Sungguh segan.

Terima kasih kepada DBP kerana mengirimkan buku Tunas Cipta dan surat penghargaan. Rasa dihargai pula. Hihi

Cerpen yang aku gemari dalam keluaran kali ini Prima Facie karya Nimoiz T.Y (aku sedang terjerumus dalam kancah penulisan seperti itu. Hahaha) dan puisi yang menarik minat urm urm mungkin Kuntum Hawamu karya Mohd Faizal Nizam Mohd Fuad.

Notakakitangan : Mana-mana yang mahu membaca sajak aku sila dapatkan Tunas Cipta Disember 2009. Aku hanya boleh letakkan di blog setelah pada bulan hadapan sahaja. Tetapi anda boleh email saya untuk meminta secara peribadi. Secara peribadi tau. haha.


12 thoughts on “Puisi Menunggu Pagi II – Tunas Cipta Disember 2009”

  1. tunggu puisi ainul bulan depan je lah…hehehe….
    senang sekali membaca puisi dan cerpen ainul dan rakan-rakan. nak berpuisi dan menulis memang bukan kepandaian, sekadar meminati dan menghayati sahaja yang termampu….=)

    Like

    1. kak saidah : haha. boleh juga. bulan depan baru saya boleh siarkan. isu hak cipta kan.

      terima kasih. Saya menulis untuk seronok-seronok sahaja. kalau orang gemar membacanya, saya senang hati.

      Kak, kita perlukan orang yang cintakan sastera biarpun dia tidak pandai menulisnya🙂

      Like

  2. salam kak.

    hehe…tiba-tiba terbaca nama sendiri =)

    tahniah sekali lagi…puisi ini bagus. dan puisi BKMD itu bukan puisi ‘entah apa-apa’. saya sangat gemarkan emosi yang ada dalam puisi itu =)

    pascaskrip : moga berjiran lagi untuk puisi-puisi yang seterusnya =)

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s