Lentera Mustika – Mengimbau kenangan (Ini bukan review buku)


(Amaran : Jika anda fikir ini review untuk buku Lentera Mustika, jangan teruskan membaca, jika tidak anda pasti akan sedikit terkilan .)

Buku Lentera Mustika sudah lama ada ditangan tetapi aku kesuntukan masa dan sedang berehat membaca novel dalam genre sedemikian. Kemudian suatu malam terdetik membaca Lentera Mustika. Aku membacanya tanpa mengetahui jalan cerita. Lentera Mustika seumpama kotak Pandora yang indah. Tiada aku tahu apa yang tersimpan didalamnya selain sampul bukunya yang cantik.

Lalu helaian dan helaian berlalu, aku terpekur. Membaca Lentera Mustika seolah-olah melihat refleksi diri suatu masa dahulu. Seolah-olah Lentera Mustika adalah cermin dihadapanku yang menayangkan wayang cerita aku sedikit masa dahulu.

Ya, pantunnya. Pantun-pantun yang akrab dalam jiwa. Menulis pantun dalam SMS merupakan tabiat aneh yang paling aku suka. Kemudian aku sedar, diantara pantun-pantun yang dipilih oleh Kak Nisah merupakan pantun-pantun yang pernah digunakan untuk dikirimkan melalui SMS kepada seseorang.

Gagasan pemikiran Lentera Mustika dan idea bagaimana mahu melestarikan budaya melayu itu merupakan antara cetusan idea yang pernah aku bincangkan dengan seseorang dan orang-orang tertentu. Betapa membaca Lentera Mustika itu dekat benar dengan jiwaku dan keperibadian serta pemikiran aku terhadap pantun dan penggunaanya.

Mula-mula kegilaan ini datang, aku sekadar meminjam himpunan pantun-pantun lama yang ada di dalam buku kulit keras berwarna merah ‘Kurik Kundi Merah Saga’ itu kemudian berdikit-dikit menaip SMS dengan pantun buatan sendiri. Menaip SMS dengan berpantun seperti memberi cabaran kepada diri. Bagaimana mahu membalas pantunnya dari si dia dengan pantas dan kena maksudnya. Kadang-kala mencari pembayang yang indah dan bermakna itu sukar jika ilmu alam kita kurang. Iyalah takkan bolak-balik mahu guna pembayang Pak Mail pergi ke kedai, Berjalan- jalan dengan Cik Nyonya, Burung kedidi terbang sekawan? Kan? Klise amat.

Pengalaman peribadi semasa menulis pantun hati dan perasaan ini, jika kita benar-benar memaksudkannya, pasti pantun yang dicipta bila dibaca sampai sekarang, terasa perasaan itu masih ada. Kadang-kadang hati terasa disiat-siat juga. Perasaan ketika mencipta pantun-pantun itu bertahun-tahun dahulu bagai mengimbau-imbau. Benarlah kalau orang dahulu mencipta pantun dengan sepenuh jiwa, sampai kini kita pun terkesan sama.

Dahulu, pantun aku gunakan untuk menyampai rasa, menyimpul marah, menjeruk hati dan segala-galanya dalam pantun. Lantaran aku tidak pandai mahu berkata atau merangkai kata soal hati dan perasaan. Malah menulis pantun aku lihat sebagai tindakan bijaksana dan berhemah untuk memberitahu apa yang ada dalam hati. Menyatakan amarah, terasa hati atau mungkin rindu?

Itu kisah bertahun-tahun dahulu. Sekarang ia hanya sekadar menjadi kenangan yang bila dikenang membuatkan aku tersenyum, tertawa dan sakit hati. Budaya itu sudah pun aku tinggalkan diatas kuburnya. Mungkin suatu hari, kalau ada yang menyuntiknya, kegilaan itu akan berbunga, mekar dan bermusim semula? Siapa tahu kan

Sementara itu, selamat tinggal semua kenangan lalu dan masa yang indah. Kita telah memilih untuk selamanya tidak menjadi segaris.

Oleh itu, aku senang sekali menuliskan pantun-pantun yang pernah aku cipta sewaktu kegilaan menulis pantun dalam SMS itu.

Selasih tuan di hujung kota

Selasih hamba di dalam hutan

Kasih tuan sepantun kata

Kasih hamba seluas lautan


Betullah upih dibuat timba

Airnya tiris jatuh semula

Betullah kasihan diri hamba

Hati terguris orang tak bena


Kalau bulan turun melabuh

Mengapa kapal dilambung ombak

Kalau hujan merenyai jatuh

Mengapa tanah basahnya tidak?


Apa diharap kepada rotan

Rotan tidak mengikat raga

Apa diharap kepada bulan

Bulan tidak menyinar cahaya


Notakakitangan : Azam tahun baru? Baru tinggalkan tulisan melodrama. TEKAD.


Advertisements

2 thoughts on “Lentera Mustika – Mengimbau kenangan (Ini bukan review buku)”

  1. salam tuan tanah..
    mencari siapakah gerangan tuan hamba di blog nie..
    mahu mengenali diri saudari…salam perkenalan dr hamba

    mau tanye nape bahasa yg di guna bhasa melayu rasmi wlpun di ruangan komen..suka blog saudari.
    maaf kalu rase terganggu

    Like

    1. Rosmawati ismail : Aduhai, entah mungkin terbiasa, atau mungkin penulis komen pun guna bahasa melayu formal, jadi terbiasa. Mungkin saya terbiasa cakap begitu. 🙂

      Tidak apa. saya senang sekali mebaca komen-komen pembaca blog saya serta saya memberi kebebasan kepada mereka untuk menulis komen dengan cara yang mereka suka samaada guna bahasa formal atau tidak. Namun haruslah tulisannya bisa boleh dibaca dan difahami. itu sahaja 🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s