Kerana Manisnya Gula II


Antara benda yang wajib dibeli di kedai runcit depan hostel semasa zaman belajar adalah sebungkus gula dan sebotol kicap untuk memenuhi selera makan yang sedikit berbeza di tanah duka. Saya suka sekali membancuh air dan makan dibilik sendiri kalau punya kesempatan pada waktu tengah hari.

Ada satu ketika berlakunya kekecohan apabila stok gula di pasaran tiada. Saya pun sedikit gelisah kerana stok gula di bilik sudah habis kerana ketika itu baru sahaja pulang dari cuti semester dan terlupa merompak stok gula di rumah.

Waktu cuti habis juga, ramai kawan-kawan saya yang pulang ke rumah dalam status ‘in a relationship’ telah kembali ke kampus dengan status ‘bujang’ (menurut bahasa mukabuku). Saya pun jadi hairan. Putus cinta pun boleh berjamaah juga ya.


Rupa-rupanya krisis kekurangan gula ada kaitan dengan atmosfera cinta. Agaknya apabila sudah terpaksa kurangkan gula dalam makanan dan minuman atau minum minuman tak bergula kerana gula tiada dipasaran, fikiran mereka jadi runsing. Lalu mungkin ini salah satu sebab mereka putus cinta kerana mereka telah terlupa bagaimananya manisnya bercinta kerana tidak lagi merasa minuman yang manis, makanan yang manis atau perkara yang manis-manis.

Saya syak saja teori itu.

Tetapi macam betul sahaja?

Kamu rasa? Bagaimana?


Notakakitangan : Baik kita sama-sama berdoa supaya tiada krisis kekurangan gula ketika musim cuti sekolah. Kan musim cuti sekolah musim orang kenduri kendara. Nanti tidak pasal-pasal ada yang tidak jadi kahwin kerana telah melupai manisnya perkahwinan itu.

16 thoughts on “Kerana Manisnya Gula II”

  1. oh, bahayanya! patutlah bila pergi kuliah dengan tak bersarapan pagi pensyarah akan kurang berminat untuk mendengar pendapat saya. kurang kemanisan dalam bicara rupanya. hihi =)

    * terpaksa letak notis ‘serangga dilarang masuk’ pada balang gula di hostel. kalau tidak gula akan dirompak oleh serangga. haha *

    Like

    1. Shukri : Tahu tak apa. Lain kali, harus atau wajib kamu pergi kuliah dan bersarapan, barulah ada kemanisan dalam bicara tetapi jangan minum kopi pahit dan yang pahit-pahit keluar dalam bicara kamu🙂

      Eh eh bukan semut yang mengerumuni awak yang kononnya manis ? hihi.. Nampaknya awak kena ajar semut membaca la, kalau tak mahu kena rompak🙂

      Like

    1. Shukri : Boleh-boleh, lepas itu buka kelas mari membaca kepada semut-semut tersebut. Gajinya, anda tidak akan dikerumuni semut atau mungkin boleh minta semut carikan gula untuk anda. Jimat dah tu🙂

      Like

  2. cadangan bernas. lepas tu saya kena label sebagai gila. kena tangkap, dikurung di tanjung rambutan. tak dapat nak merasa benda manis dah. maka berakhirlah catatan kerana manisnya gula…

    haha =D

    Like

    1. Shukri : siapa kata tak dapat merasa yang manis-manis? boleh🙂 Mintalah nurse yang jaga awak tu beri yang manis-manis pada awak. tak pun awak pi daftar kat kawasan hospital gila dikelantan. akak yakin semuanya manis-manis sahaja🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s