Maskara 19 – Satu malam yang cemerlang untuk saya!


Untuk pertama kalinya saya ke rumah pena tanpa sesat atau berpusing-pusing atau terpaksa menghubungi kawan kerana tidak jumpa jalan yang lurus ke Rumah Pena. Ucapan tahniah untuk pencapaian saya yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini. Tidak lupa juga kepada Nissa yang sudi jadi co-pilot yang tidak bertauliah.

Masuk ke simpang rumah pena kami disambut oleh baton bercahaya warna-warni dan kami dapat parking yang baik dan orang seperti tidak ramai lagi. Melihat Rumah Pena yang di atas bukit, Nissa sudah menggeleng-geleng kepala. (Nissa baru pulang dari bermain paint-ball yang menyebabkan sedikit kecederaan fizikal). Nissa, bertabahlah! Kami pun mendaki bukit bukau itu dan berjumpa dengan khayalak MASKARA. Saya masih malu-malu lagi dan sedikit gementar sehingga terpaksa mengambil air sejuk percuma yang disediakan di depan pintu Rumah Pena.

Kemudian, setelah meletakkan majalah Dewan Sastera (yang masih banyak dalam simpanan) untuk dijual dengan harga lelong mengalahkan jualan gudang DBP, saya terpandang seseorang. Macam kenal. Saya cuba menahan lidah daripada tergelincir dan menyeru namanya tetapi tidak berjaya. Salahkan lidah saya ya. Tidak sangka saya dapat jumpa En Kelambu secara langsung. Sampai berdebar-debarlah juga. Hihi. Oh siapa dia? Sila rujuk entri ini.

Selepas berjaya mendapat tempat yang agak strategik, kami pun mula duduk dan menunggu majlis bermula sambil mendail kawan-kawan yang masih belum tiba dengan semberani masing-masing. Maskara dimulakan dengan upacara ala-ala jepun oleh Dean Sham. Cuma tiada pedang samurai sahaja. Kalau tidak, mesti sudah lengkap.

Kemudian, RainWonder(saya suka kata-kata dalam poster) muncul dan membacakan teksnya. Baik. Mungkin darjah kefahaman saya tidak sampai dengan takah kefahaman dia menyebabkan saya jadi kabur dengan apa yang mahu diperkatakan. Suaranya yang berbalam-balam membuatkan saya tidak berapa menyukai persembahannya. Mungkin saya perlu baca teksnya untuk menyukainya. Mungkin. Apa-apa pun kita semua ini alien. Aneh pada orang lain yang menganggap diri kita aneh dan kita anggap orang itu juga aneh.

Ada juga persembahan Mohd Jayzuan. Saya fikir saya pernah berhubung dengannya melalui blog. Rasanyalah. Saya komen di entrinya yang berkisar pasal kucing. Bertahun-tahun dahulu sebelum dia terkenal. Rasanya dia pun tak ingat saya. Haha. Baik. Kembali pada persembahan. Mohd Jayzuan mempersembahkan beberapa buah lagu dan lagu yang terakhirnya bertajuk Lelaki Pop Ini. Sebelum ini pun saya sudah dengar lagu Lelaki Pop Ini kerana dipaksa untuk memuat-turun di blognya. Tentulah saya suka lirik lagu ini berbanding yang lain. Masa depan lebih menakutkan dari hantu-hantu dan jembalang. Huu. Nak tujukan untuk seseorang lah. Haha. Baik, Sila abaikan ayat yang terakhir.

Ada juga Anna Raffali. Sesiapa yang minat pada dia, yang bagai bidadari turun dari kayangan dengan berbaju kurung bukannya gaun, patut rasa menyesal sekarang. Saya rasa masa dia sound check lebih sedap vokalnya berbanding dengan buat persembahan. Suara dia sedap. Sungguh dan dia buat saya rasa menyesal tidak pandai bermain gitar. Kalau tidak mesti saya yang berada ditampat dia sekarang. (ayat perasan!!) Tentulah saya suka Hujan Bunga Di Kuala Lumpur. Saya suka liriknya. Segar.

Bila Jonos membacakan 10 fakta tentang Soljah, saya rasa saya pun nak buat 10 fakta tentang kawan-kawan yang saya suka. Maka, kawan-kawan yang saya suka, nantikan bingkisan daripada saya ya.

Persembahan mikrofon terbuka seterusnya ialah dari Meor. Saya sangat suka puisi Abdullah Jones yang dilagukan olehnya. Puisi Membenarkan Kebodohan. Antara sebabnya, saya rasa puisi itu mirip dengan puisi saya : Menulis Kebodohan. Sila cari diblog ini, kalau-kalau saya tidak buang lagi. Suara Meor ini sangat sesuai dengan lagu ini. Penuh marah tetapi tidak menyakitkan telinga mendengarnya. Boleh tidak tidur malam ini. Kalau Mohd Jayzuan cuba menyanyi lagu ini, mungkin saya beri markah separuh dari markah yang diberi kepada Meor. (dengan ketawa jahat dihujung kata).

siapa agaknya/yang membenarkan/kebodohan/tidur terlentang/dalam kehidupan/menjerit-jerit/tentang kematian/pekik lolongnya kosong/siapa agaknya/yang memberi izin/kepada kebodohan/datang ke rumah kami/semadikan diri di jiwa kami/bicaranya bohong/janjinya bohong/semangatnya bohong/juangnya bohong/siapa agaknya/yang meletakkan kebodohan/di tempat yang amat tinggi/tentu saja siapa itu adalah kami yang/berjalan berkaki ayam/kerana sepatu kami/tertinggal di rumah bapak menteri

Di akhir majlis, sebelum saya tinggalkan rumah pena, saya sempat mengucapkan salam berpisah kepada Encik Kelambu. Rasa sedikit menyesal tak tangkap gambar. Entah bila akan bertemu (sambil lagu syahdu dibelakang melatari pemergian saya). Sebelum pulang juga, Anna Raffali sempat juga bergambar dengan kami. Haha. Anna yang pergi pada kami apabila kami memanggilkan. Tak baik betulkan? Tapi biasalah kenalah melayan peminat. Oh tidak lupa juga kami sempat menculik masa En Meor untuk bergambar bersama kami.

Oh! Baru saya perasan. Ini satu-satunya Maskara yang saya tengok dari mula sampai ke akhir ditempat yang sama. Selalunya lambat sampai. Pulang awal, bertukar tempat duduk. Atau tersesat di luar Rumah Pena tak jumpa jalan masuk ke dalam rumah itu. Sememangnya malam ini merupakan malam Maskara yang cemerlang untuk saya. Tahniah!

Gambar-gambar tidak dapat dimuat-naikkan kerana masalah hak cipta. Harap maklum.


Notakakitangan : Saya suka ke Maskara. Saya suka ke majlis sastera.

14 thoughts on “Maskara 19 – Satu malam yang cemerlang untuk saya!”

  1. ‘Sungguh dan dia buat saya rasa menyesal tidak pandai bermain gitar. Kalau tidak mesti saya yang berada ditampat dia sekarang. ‘ : statement sensasi. hihi. belajarlah memetik gitar. masih belum terlambat. nanti boleh tolong nyanyikan puisi saya. (statement perasan dua kali sepuluh. haha.)

    Like

  2. Dulu aku ingat Maskara tu alat kosmetik pompuan. Kehkehkeh. OK la juga kot Maskara tu. Tapi aku tak pernah pergi pun. Nanti la ada masa aku pergi.

    Like

    1. Kak Lily : huuhuu.. Kak Lily duduk di belah tingkap lain. saya duduk dekat dengan audio. say apun tidak tahu kak lily pergi sama.. Huhu. Tak apa. Nanti saya war warkan di blog kalau mau pergi Maskara ya. Boleh kita jumpa🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s