Beg-Buku dan Baca-baca@LRT


Zaman muda-muda, saya suka menyandang handbag yang kecil molek. Lambang wanita elegen – kononnya. Ini semua akibat pengaruh kakak saya. Kemudian saya membesar dan membesar dan mula memilih tata gaya sendiri mengikut kehendak diri.

Saya sudah tinggalkan zaman handbag kecil molek yang muat-muat untuk masukkan purse. Keperluan diri semakin banyak, purse mengembung dengan segala macam kad-kad dan resit-resit yang mungkin berguna suatu hari nanti. Kalau berjalan mahu juga membawa paling-paling tidak, compact powder atau eyeliner. Sesekali mahu bawa kamera. Namun sebab yang utama, saya akan membawa sebuah buku di dalam beg itu.

Jelas handbag kecil molek tidak memenuhi kehendak diri dan saya mula memilih membawa beg yang sebesar alam yang boleh membawa sekali sekalian barang-barang seperti yang tersebut di atas. Dahulu, sebelum saya ada Arjuna, saya selalu kelintar Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan awam. Sebut sahaja mana perkhidmatan awam yang saya tidak pernah naik dan hafal laluannya. Dari LRT, Monerail, Star, KTM (yang lembap macam siput), semua saya pernah naik. Yang paling menyeronokkan (atau tidak seronok?), saya punya masa untuk membaca semasa naik perkhidmatan awam. Ya, saya ada kebolehan membaca dalam train yang bergerak-gerak.

Ketika itu mungkin saya dilihat sebagai alien atau mungkin dianggap sebagai mengada-ngada dan menunjuk-nunjuk pandai dengan membaca sekian-kian judul buku yang aneh-aneh di dalam train. Tetapi ada saya kisah? Keanehan itu selagi tidak menyakitkan hati orang lain, tidak apa kan? Daripada duduk di train membuang pandang pada kelakuan-kelakuan manusia akan mencetuskan pelbagai spekulasi liar, baik saya habiskan sekian banyak buku yang tidak terbaca itu.

Bila ada program ini, saya senyum-senyum sahaja di dalam hati.

Jadi kawan-kawan. Sokonglah ya.


Notakakitangan : Beg saya sudah terkoyak. Siapa mahu sponsor beli baru? Kamu? Ya, terima kasih .🙂

14 thoughts on “Beg-Buku dan Baca-baca@LRT”

  1. Baca dalam train. Aku pun begitu juga. Tapi aku paling takut sekali bila tengah ralat membaca, terlepas station. Haha! Alhamdulillah, tak pernah lagi😛

    Tapi paling best bila aku baca sambil jalan dan terlanggar wiper kereta (yang ditegakkan). Ciss!

    Like

      1. Haha. Memang gila. Mana ada orang membaca sambil berjalan!

        Kau kalau ada cara untuk membaca sambil memandu (tanpa melibatkan kemalangan) sila khabarkan!😛

        Like

        1. Filzah : dan orang gila itu adalah aku dan kau. haha. sebab akus elalu baca sambil jalan kalau cerita itu best dan aku rasa rugi kalau tak bacanya sambil habis

          seperti dicandu🙂
          haha.

          itulah aku tengah fikir juga bagaiman membaca tanpa kemalanngan. buat masa ini, kita dengar radio sahaja.
          🙂

          Like

  2. ouhh beruntung kamu…
    saya langsung langsung tak boleh membaca dalam kereta atau bas atau lrt atau apa2 kenderaan…
    hatta berbalas sms dalam bas pun saya boleh pening…apa lagi nak baca buku panjang2….
    mmg teruk betul penyakit mabuk kenderaan saya…huhu.
    maka nya kalau ada buku pun, terpaksa la tunggu balik rumah baru baca….
    isk sedih. rasa mcm masa dalam kereta/lrt/bas tu terbuang sia2 sahaja.

    Like

    1. Sue : tidak apa. Kamu boleh tengok orang sekeliling. melihat manusia juga satu terapi bacaan.🙂

      tapi betul. dahulu kalau tidak ada buku, saya jadi sedikit resah gelisah. Haha. lagi-lagi kalau baru sahaja membeli buku-buku yang diidam lama🙂

      Like

  3. betul cakap sue tu..kalau baca lama-lama mesti pening..
    sungguh ajaib kamu ini..huhu

    p/s:di rumah saya ada sebuah beg raga.dulu mak selalu bawa ke pasar.tapi sejak akhir-akhir ini beg itu dibiarkan sahaja di stor..kalau kamu mahu, saya boleh berikan beg raga itu kepada kamu..hehehh…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s