Pesta Buku 2010– Serangan Pertama


Serangan pertama dalam masa yang sangat singkat. Hanya punya waktu 1 jam sahaja untuk membeli-belah. Booth pun sudah banyak yang tutup pun masa ini.


Esok menyerang lagi. Aih. Bulan ini akan cuba mengikat perut.

Mungkin mahu letak batu di perut untuk halang rasa lapar dan isi air pada kereta.

Menarik sungguh idea ini. Hihi

Jumpa saya disana – Pesta Buku, PWTC


Sesiapa yang mahu jumpa saya.

Boleh jumpa pada esok hari disini.


Tinggalkan mesej diemail dan kita boleh aturkan janji temu.

Bau buku sudah menerpa. Saya sudah kosongkan sedikit ruang untuk buku baru di rak saya yang sempit itu.

Kalau kamu, buku apa yang kamu telah dan mahu beli disana?

Buku apa yang kamu cadangkan saya beli jika tidak saya kan menyesal?


Panahku


(Nota: Untuk dia. Yang saya berharap akan membacanya)

Panahku


Kamu, panahku

Tajam dan berbisa

Mencederakan bahaya

Seperti pahlawan yang setia


Kamu, panahku

sifatmu yang melindungi itu

Benar melukakan aku

Melelaskan jemari bila menyentuhmu

Menyiat kulitku bila membawamu

Lihatlah darah yang mengalir

Lihatlah parut yang membekas

Semuanya kerana kamu


Izinkan aku menjadi busur

Melepaskan kamu, panahku

Pergi

Ke hutan belantara

Mungkin di sana

kamu menemui kayu yang tepat

untuk menahanmu


Ainunl Muaiyanah


Ingatan pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi


(Nota : Untuk kamu, yang aku tahu akan membacanya.)


Zurinah Hassan – Ingatan pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi


Kesilapannya

kau tak berdaya berterus-terang

dan aku tak berdaya mentafsir


Kesilapannya

kau mengatur gambar-gambar

dalam sebuah album yang indah

sedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu


Kesilapannya

kita telah bertemu

dalam sebuah mimpi yang menggembirakan

tetapi aku lebih gembira

bila terjaga dari mimpi itu.


ZURINAH HASSAN