Ingatan pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi


(Nota : Untuk kamu, yang aku tahu akan membacanya.)


Zurinah Hassan – Ingatan pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi


Kesilapannya

kau tak berdaya berterus-terang

dan aku tak berdaya mentafsir


Kesilapannya

kau mengatur gambar-gambar

dalam sebuah album yang indah

sedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu


Kesilapannya

kita telah bertemu

dalam sebuah mimpi yang menggembirakan

tetapi aku lebih gembira

bila terjaga dari mimpi itu.


ZURINAH HASSAN


11 thoughts on “Ingatan pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi”

  1. Tiada yang silap
    bila diri enggan bicara
    kerana hati khuatir
    kata akan mengguris sukma.

    Tiada yang silap
    bila diri mengatur gambar
    kerana hati tenang
    melihat memori dibekukan masa.

    Tiada yang silap
    bila diri sekadar bermimpi
    kerana hati tahu
    realiti tak mungkin begitu.

    Wahai teman,
    kesilapan itu mungkin ialah
    kerana kita
    tak saling ketemu.

    p/s : wah…sibuk-sibuk je komen panjang-panjang…maaf ya! (^__^)

    Like

  2. teringat pulak lagu jay-jay bila baca entry ni..huhu…

    ” Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
    Kisah yang lalu tak akan berulang lagi…”

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s