Panahku


(Nota: Untuk dia. Yang saya berharap akan membacanya)

Panahku


Kamu, panahku

Tajam dan berbisa

Mencederakan bahaya

Seperti pahlawan yang setia


Kamu, panahku

sifatmu yang melindungi itu

Benar melukakan aku

Melelaskan jemari bila menyentuhmu

Menyiat kulitku bila membawamu

Lihatlah darah yang mengalir

Lihatlah parut yang membekas

Semuanya kerana kamu


Izinkan aku menjadi busur

Melepaskan kamu, panahku

Pergi

Ke hutan belantara

Mungkin di sana

kamu menemui kayu yang tepat

untuk menahanmu


Ainunl Muaiyanah


Advertisements

12 thoughts on “Panahku”

  1. salam…
    kreatif betul awak nie..
    kalau nak baca blog ni, kena dengan penuh ketenangan..
    baru boleh faham sikit2.. hehe..
    sajak nie, macam ada kena mengena dengan saya juga….

    Like

    1. Pinklady : terima kasih pink lady ,saya menulis di blog untuk ditujukan kepada orang-orang tertentu. jadi kena berselindung-selindung sedikit πŸ™‚ . nanti ramaipula yang faham. susah. πŸ™‚

      Sajak ini macam ada kena mengena dengan awak? ha.. bolehlah share dengan saya. mana tahu serupa πŸ™‚

      Like

  2. salam.

    sibuk sampai lupa nak ziarah blog ni. hihi. ouch! (terkena panah. hehe.) hmm…nak komen apa ya? tak ada apa kot. macam selalu, saya suka tulisan akak. hihi..

    dan, selamat hari lahir! moga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki, moga dapat terus berkarya…

    walaupun umur meningkat akak tetap muda! hihi… (^__^)

    Like

  3. Surat Kepada Dia Yang Bernama Cinta

    Cinta
    Bagaimana untuk melupakan kamu
    Mengeja nama yang lain pun aku tak tahu
    Inginkan pula menyisipkannya dalam hatiku.. Andai semua salahku..maafkan aku…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s