Kartu dari Makassar


Sewaktu tengah hari yang panas, saya mendapat panggilan telefon dari penyambut tetamu. Katanya ada bungkusan untuk saya. Saya fikir itu bungkusan untuk kawan saya yang membeli barangan secara online dan menggunakan alamat saya untuk tujuan penghantaran. Saya berbasa-basi dan bertanya, “Dari siapa?”

Firdaus Amyar.”

Terus sahaja saya menuruni tangga dan menemui penyambut tetamu dan cepat-cepat ‘merampas’ bungkusan itu daripadanya. Haha. Tanpa disedari office-mate-guys sedang masuk pejabat selepas solat Jumaat. Mesti lepas ini ada gosip-gosip. Abaikan.

Sampai dimeja, saya terus mengoyakkan sampulnya secara berhemah. Satu tabiat saya, saya suka menyimpan sampul-sampul surat yang dikirimkan. Malah kalau membuka surat pun saya akan menggunakan gunting dan potong dengan reja yang halus sekali.

Sudah buka dan inilah dia kiriman tersebut.


Buku Atheis. Maka saya sudah ada 3 siri Sastra Klasik. Satu –Siti Norbaya .. Kasih tak sampai karya Marah Silu dan Dua – Surapati karya Abdul Moeis dan yang ketiga Atheis karya Achdiat K. Mihardja.

Oh tidak lupa juga kiriman DVD Koleksi Religius terbaik.

Terima kasih kenalan saya yang sering bertukar pandangan dan budaya. Terima kasih untuk kiriman parcel dari Makassar. Terima kasih Firdaus Amyar yang baru sahaja mendapat anak yang dinamakan Faiz Ashraf Amyar. Semoga budi baik ini sentiasa menjadi kenang-kenangan.

Nota: Rasanya namanya patut Parcel dari Makassar bukannya Kartu dari Makassar kan?


Advertisements

Promosi : Demo CD Nyanyian Jalanan


Ada berita. Berita dari Bandar Seharum Syurga.

Nyanyian Jalanan bakal lancarkan album demo-nya. Nyanyian Jalanan ya, Bukan nyanyian hujan. Nyanyian hujan bukan band tapi blog. Tapi Nyanyian Jalanan? Sila rujuk maklumat yang saya rompak dari facebook mereka (ya, teknologi makin canggih. Tak payah promosi di akhbar)

Sebuah kumpulan kugiran dari Temerloh, Pahang.

Asalnya dari kemahiran menghilangkan data komputer para pelanggan pada penghujung tahun 2002.Ya, di hujung padang sana.

Walaupun tidak keluar apa-apa material yang boleh disentuh tapi sempat menyebarkan lagu di jalur internet dan terus mendiamkan diri kerana sibuk dengan urusan dan pengertian hidup.

Setelah tujuh tahun mencari erti hidup yang tak kami jumpai. kami kembali untuk memperjuangkan apa yang kami juangkan. Hello friends!

Oleh itu, pengunjung blog ini, saya wajibkan membeli demo album mereka. Kalau tidak beli, tak mau kawan.( Ini satu ugutan )

Saya tidak menyumbang banyak terhadap penghasilan album mereka selain memberi sokongan sokongan dan sokongan. Selain menemani Jai mengambil groovebox di Melaka, atau menyediakan model untuk cover album (si budak cilik itu, anak saudara saya) atau menghabiskan hidangan di Murni nanti, ada satu sokongan lagi yang saya beri pada mereka. Jadi kalau kamu-kamu mahu tahu, haruslah membeli demo CD mereka. Eh bukan harus. WAJIB.

Demo CD + Cerpen disebalik lagu Nyanyian Jalanan = RM5. Hanya RM5 sahaja. Ini cover albumnya.


 

Kalau kamu orang Temerloh dan sewaktu dengannya, apakata pergi sahaja di Arjuna Studio, taman perindustrian mentakab (area belakang dboss). Nyanyian Jalanan akan lauching demonya di sana pada 1 Mei 2010 ini. Beli demo dan tolong kata ” Nak sign…..” Jangan lupa tau. Itu maknanya kamu tahu mengenai Nyanyian Jalanan dari blog ini.

Diulangi sekali lagi pada 1 Mei ada launching demo Nyanyian Jalanan ya. Bukan Nyanyian Hujan. Jangan keliru disitu. Nyanyian hujan mungkin akan terbitkan kumpulan puisi emo sahaja.

Notakaki : Saya suka mereka melancarkan album mereka di Arjuna Studio. Kalau Arjuna dengar mesti dia suka juga.

Notatangan : Agak-agaknya apa yang saya sokong ya?

Sebakul bunga dan baju melayu


Nota : Untuk si dia yang berbaju melayu, kelmarin.

 

Tidak perlu kata bergula

atau madah berangkai

semasa kau menawar

untuk membeli sebakul bunga dariku

 

Cukup sahaja

Kau hadir sepersalinan baju melayu

Cekak musang atau teluk belanga

Butang berangkai menghiasi lehermu

Serta senyum santunmu

 

Pamer melayu-mu

dengan berbaju melayu.

 

Sebakul bunga yang ditawar

Sebentuk hati disisip didalam

 

Nota akhir : Ini bukan puisi.

Hujan Api..


Kelip-kelip ku sangka api

Kalau api mana sumbunya

Hilang hidup kusangka mati

kalau mati mana kuburnya?


Pantun ini yang membuat saya dan kawan-kawan mahu memburu apakah itu kelip-kelip sehingga membuatkan ramainya yang terpesona dengan pantun dan serangga itu.

Pernah tengok iklan TNB yang ada kelip-kelip tu tak? Pengambaran itu dibuat di Kampung Kuantan tau.

Sudah lama saya dan kawan-kawan merancang percutian (??) ini tetapi asyik bertangguh dan bertangguh sehingga setengah tahun lamanya. Kemudian, saya fikir kalau terlalu memikirkan banyak kemungkinan, sampai bila-bila pun tidak menjadi. Maka dengan perancangan last minute kami dapat juga.

Kami pergi dengan 2 kereta. Saya, Azree Ariffin, Mas, Nissa bersama Arjuna manakala Kak Hani, Kak Firdaus, Ode, Biha menaiki Sembrani.

Sebagai tuan rumah yang baik hati, kami akan berBBQ dan bermalam dirumah saya. Sudah lama tidak berkumpul dan berhimpun dengan kroni-kroni yang kita sayang ini.

Kami berjumpa di Tesco Shah Alam untuk membeli barangan BBQ. Agaknya apabila budak-budak jarang shopping barang dapur, kecoh jadinya. Rasanya TESCO itu macam kami yang punya. Setelah siap-siap membeli belah, kami pun bertolak ke rumah saya, rumah batu tiang seribu itu 🙂

Hasil membeli-belah dengan JAYAnya

Apabila sampai, saya sempat membuli mereka dengan menyuruh mereka membersihkan kawasan pangkin tempat BBQ serta menyediakan segala peralatan dan makanan untuk BBQ. Selepas solat asar barulah kami bertolak ke kampung Kuantan yang hanya memakan masa 15 minit sahaja dari rumah saya.

Wah, saya suka kawasan ini dan suasananya. Dahulu ketika tahun akhir saya mengkaji bakau dan kawasan bakau bukanlah asing pada saya. Oleh kerana tiba lebih awal, maka kami sempat menjadi kanak-kanak kecil dengan bermain segala alat permainan yang ada disitu serta bergambar sakan. Kalau course-mate saya dahulu kami akan namakan perkara ini sebagai photo-gedik bukan photography.

Sebenarnya nak cerita banyak pasal lawatan kami yang penuh berbahagia, tapi blog ini dah curi dulu. Jadi kalau cerita benda yang sama sahaja, nanti bosan. Eh! tak paralel. eh silap-silap. Nanti orang kata saya copy and paste. ish ish. isu hak cipta adalah isu yang serius (sila baca dengan nada serius juga ya)

Jadi saya letakkan gambar jetinya sahajalah disini. Buat ubat rindu dan buat orang cemburu kerana tidak pergi bersama-sama kami (gelak jahat)


Kemudian apabila pulang, kami berBBQ dengan bahagianya. Rasanya semua sudah kebulur. Itulah siapa suruh makan tengah hari awal-awal. kalau tidak boleh merasa makanan kegemaran saya : Gulai Ikan Masak Lemak Cekur. Wo wo. Sedap sangat! Mula-mula ada lah orang yang tak nak makan pun, sampai disuap-suapkan oleh saya.

Baik. Kembali ke BBQ. Menu kami : Sosej, ayam, air kelapa+longan+soda, keledek golek, jagung panggang. Mula-mula ibu tanya juga, eh tak ada ikan pun, budak-budak ini tak suka makan ikan ke? Saya hampir-hampir hendak guna jawapan Mas, Nanti ikan pupus. Nasib baik saya waras lagi dan jawab tak sempat nak beli ikan di Pasir Penambang. Untuk pengetahuan Pasir Penambang itu merupakan bagan a.k.a tempat nelayan menaikkan hasil tangkapan kepada peraih. Dulu masa kecil-kecil ibu dan saya selalu pergi Pasir Penambang untuk mendapatkan ikan, udang, ketam yang segar. Saya suka pilih ikan dan tunjuk pada ibu, nak ikan ni, nak ikan itu. Ketika itu saya dapat lihat dari sebesar-besar ikan sampai sekecil-kecil ikan.

Mas dan api (logo twitter) Ini sahaja gambar yang diambil masa BBQ, sebab semua sudah kebulur sangat

Selepas BBQ, kami duduk di laman rumah berbual-bual. Sempat juga bertukar-tukar fikiran (baca :bergosip) dan sempat membacakan beberapa puisi. Puisi yang dibaca? Hanya mereka-mereka yang ada sahaja tahu. Selepas itu kami bermain-main kolam didepan rumah. Agaknya selepas bermain air dengan bahagianya, perut pun lapar. Kami memanaskan lauk BBQ tadi dan makan dengan secawan milo panas + mashmellow. Nyum.. Aktiviti seharian.. Makan+makan+makan sahaja rupanya. Akhirnya hampir 3.00 pagi baru kami tidur.

Esoknya selepas bersarapan pagi (kalau makan pukul 10, sarapan pagi atau apa ya??), barulah kami bertolak pulang ke rumah masing-masing. Hasrat hati mahu juga berkaraoke tetapi mungkin niat nakal dikesan malaikat, aktiviti berkaraoke terpaksa dibatalkan kerana caj yang tinggi dan tidak berbaloi.

InsyaAllah, ada masa dan kewangan mengizinkan, kita pergi bercuti ditempat lain. Ipoh, misalnya? atau terus sahaja ke Indonesia, Makasssar, Bandung, Medan? Setuju wahai kroni-kroni yang saya sayang?

Sebarang kekurangan semasa saya menjadi tuan rumah harap dapat dimaafkan ya.


Notakakitangan : Alhamdulillah, debaran hujung minggu sudah reda dan dipermudahkan.


Kerana Aku Seorang Wanita….


Saya rasa ini merupakan entri yang tertunda.

Oh ya, awal bulan lalu cerpen saya disiarkan di Mingguan Wanita. Untuk pertama kalinya pada tahun ini.

Nampak tak betapa pemalasnya saya. Sudah bulan 4 tapi baru satu karya yang saya hantar. Karya yang lain? Saya simpan dalam cakera keras Sucy Musalmah sahaja. Saya patut makan supplement agar penyakit malas hantar karya ini dibuang jauh.. syoooh!!!

Tajuk cerpen saya Kerana Aku Seorang Wanita. Tapi saya kiciwa sedikit apabila editor telah memotong ayat pertama dalam cerpen saya.

Sepatutnya cerpen saya begini

KERANA AKU SEORANG WANITA……

maka dia berani menjungkar-balikkan hati ini.

Tapi editor potong ayat pertama itu. Kiciwa.

Oh, masa Nissa tengok ilustrasinya, dia komen, “Awat gambarnya orang tua.”

Saya jawab, “Memang lah wataknya orang tua.”

Oh cerpen ini ditulis kerana mendengar satu cerita yang berlaku kepada kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan saya.

Terimalah cerpen ini. Anda boleh baca disini. Saya letakkan versi asalnya.


Apabila Ibu sudah berbicara soal kahwin?


Adakah saya patut risau?

Rasanya tidak kot.

Dahulu zaman remaja, ibu cukup pantang kalau telefon asyik berbunyi atau tangan asyik berketik-ketik menaip mesej. Itu boleh jadi satu point yang cukup baik untuk dia bersyarah sehingga sehari semalam.

Bila sudah masuk zaman universiti pula, saya jarang sekali berketik-ketik menaip mesej atau menjawab panggilan telefon semasa dirumah. Berbeza sekali. Itulah namanya keremajaan yang mahu mencuba dan kedewasaan yang membosankan. haha.

Tapi rupanya kelakuan itu diperhatikan oleh ibu saya, Malah dia pernah menegur saya, apakah saya tiada ‘seseorang’, melihat saya tidak lagi sibuk dengan telefon. Malah telefon merupakan perkara yang ke 80 untuk difikirkan semasa pulang ke rumah selepas makan-tengok tivi-jaga anak saudara-dan lain-lain. Saya pun aneh, saya semakin tidak menghiraukan telefon saya sejak dua-tiga tahun ini. Satu perkara yang harus dibimbangkan!

Apabila saya sudah tamat belajar, maka soalan itu jadi bertalu-talu pula. Nasib baik saya pandai tepis dengan bantuan kakak saya, tentunya!

Tapi bila jiran sebelah rumah yang sebaya dengan saya dan teman saya bermain rounders masa kecil-kecil sudah berkahwin awal tahun ini dan sedang mengandung, ibu sudah menjeling-jeling ke arah saya setiap kali pulang rumah. Malah ditambah dengan perkahwinan sepupu-sepupu perempuan saya yang muda setahun dan tua setahun dari saya menambahkan point yang cukup baik untuk bercakap soal ini. Malah topik kahwin, warna pelamin, warna bilik pengantin, hantaran, jamuan makan, cenderamata serta apa sahaja berkaitan dengan perkahwinan bukanlah menjadi perkara taboo untuk diperkatakan oleh ibu saya. Aneh sekali!

Kakak saya pun sudah jadi rakan-kongsi ibu tentang soal ini dan pernah sekali ketika saya menghantar kakak pulang dari kampung ke rumahnya di kajang, dia bersyarah soal kahwin sahaja. Malah adik-adik pun sibuk mahu menengok siapa bakal abang ipar mereka dan ingin melaksanakan segala rancangan nakal untuk membuli ‘dia’. Sebab niat kamu-kamu yang nakal itu telah dikesan malaikat, maka kakak kamu tidak temu jodoh lagi, mengerti!

Ibu sudah pandai mengeluh bila kawan-kawan dia bertanya, bila giliran saya memandangkan sekian banyak teman sebaya saya memilih untuk berkahwin tahun ini sampai saya tertanya apakah tahun ini merupakan acara kahwin secara berjemaah? Ibu sudah mula bertanya, apakah tiada orang mahukan saya memandangkan saya tidak langsung bercerita soal itu sedangkan kakak saya sudah bertunang semasa sebaya umur saya. Kalaulah Harian Metro ada ruangan iklan ‘Siapa Mahu Kahwin Dengan Anak Saya?’, mesti ibu akan berusaha memasukkan nama saya. Saya pasti itu.

Saya pula masih menjadi yang paling irit untuk bercerita soal nikah-kahwin dengan ibu sedangkan ibu seolah-olah mahu cepat-cepat menikahkan saya dan syoo saya dari rumah. Jadi saya ada pernah juga terfikir, apakah ibu tak sayangkan saya sehingga mahu cepat-cepat saya berkahwin?

Itu memang patut buat saya risau. Risau!

Tapi saya tahu, seorang ibu mestilah risau anak daranya ke sana kemari tanpa pengawasan sesiapa. Memandangkan saya suka sahaja buat aktiviti luar secara spontan, mungkin itu antara punca-punca kerisauannya. Malah dengan kadar jenayah yang naik dimana-mana lagilah membuatkan dia risau. Ditambah dengan ada sejarah, mak cik saya masih tidak berkahwin-kahwin kerana terlalu mahu mengejar kerjaya dan sekarang susah nak buat pilihan untuk berkahwin sebab terhad, itu pun sudah menambahkan kerisauannya. Kalau cepat saya kahwin, kerisauannya mengenai keselamatan saya akan berkurangan. Itu teori saya (perasaan tak setiap ayat ada perkataan risau? perasan tak? tak?)

Aih! Setelah taip dengan panjang lebar, saya sudah mula rasa bosan tentang topik ini.

Ha.. perkara ini lagi patut saya risau!

Bosan soal kahwin? Ish Ish Ish….


Pertama kali jatuh cinta


Masih dalam mood Pesta Buku.

Bila kami pertama saya jatuh cinta dengan dunia buku dan baca ini?

Apabila lihat Nissa membeli sesuatu di Pesta Buku barulah saya tahu, minat membaca saya bermula ketika saya ditugaskan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita kisah-kisah AL-Quran.

Ketika itu seingatnya saya dalam darjah 1-3. seingatnya. Pada mulanya, ustazah menyuruh kami membaca kisah dari Al-Quran dan bercerita kepada kelas, kisah yang kami baca. Saya memilih untuk mengisahkan tentang Nabi Daud dan perisai besinya. Kemudian mungkin kerana disitu kecendurungan saya bercerita telah dikesan dan ustazah memilih saya masuk dalm pertandingan bercerita kisah-kisah Al-Quran. Namun saya harus tulis sendiri kisah itu. Kata Ustazah lebih mudah untuk ingat(atau ustazah sangat sibuk untuk tulis kisah untuk saya?).

Saya murid yang naïf dan mengamalkan adab-adab menghormati guru menurut sahaja kata ustazah. Lalu tafsir Al-Quran merupakan sumber terdekat, termurah yang saya boleh perolehi. Saya membelek surah yang ada menceritakan tentang Nabi Sulaiman. Kemudian beralih ke surah-surah yang lain. Al-Quran memang sumber cerita yang menarik. Bayangkan , sebelum tidur saya akan cuba-cuba membaca satu surah yang penuh dengan cerita. Bukan baca ayat Al-quran tetapi membaca terjemahannya. Malah saya yang naïf ini telah membuat Al-Quran seakan-akan buku cerita. Jadi bayangkan saya tidak mengamalkan adab-adab membaca Tafsir Al-quran dan membacanya semasa baring, duduk, bergolek-golek( untuk mereka yang selalu membaca tentu faham kan) sehingga Abah menegur kelakuan saya itu kurang sopan barulah saya duduk seperti perempuan ayu atau membaca diatas meja dan dengan berwuduk tentunya.

Sehingga kini, apabila saya terpandang tafsir Al-quran yang saya gunakan untuk membaca itu (siap tertulis nama saya dibahagian tulang buku itu, saya akan senyum-senyum dan malu sendiri.

Sehingga kini, kalau saya mahu mencari cerita, saya akan baca tafsir Al-quran selepas membaca ayatnya.