Buku : Beli dan Baca!


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 telah seminggu berlangsung. Saya sempat ke sana 2 kali. Satu pada hari jumaat manakala satu lagi pada hari sabtu.

Semasa hari sabtu, sempat juga berkumpul dengan kroni-kroni yang kita sayang. Malah sempat juga menjadikan sofa putih milik booth Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sebagai tempat bersantai, baca puisi, melepak dan bertukar-tukar cerita. Nasib baik staf ITNM tak kisah dan terima kasih kepada Incik Anuar Manshor yang rasanya bersabar sahaja tengok telatah kami. Kami memang suka buat majlis sendiri dalam majlis orang lain (dengan terkawal tentunya). Oh ya tidak lupa ucapan terima kasih kerana sudi mempelawa kami makan-makan secara percuma. Percuma adalah perkataan yang sungguh mengujakan!

Saya sempat juga menghabiskan sejumlah wang untuk beli buku. Walaupun terlebih 100% daripada budjet yang ditetapkan. Tetapi reda sahaja. Rak buku 3 tingkat yang baru dihadiahkan orang pada bulan lepas pun sudah penuh terisi. Maknanya, itu petanda kena kurang-kurangkan membeli buku untuk seketika. Beringatlah kepada perut dan si dia, yana. (baca dengan nada tegas)

Sepanjang seminggu sebelum dan selepas pesta buku berlangsung, maka kalau saya buka mukabuku mestilah cerita yang diperkatakan adalah mengenai pesta buku: keinginan, keasyikan, jumpa kawan-kawan lama, keghairahan dan semuanya melibatkan pesta buku. Ialah hampir 75% kawan-kawan di mukabuku dari mereka si penggemar buku walaupun mereka bukan dari golongan penulis sekalipun. Namun, selepas menayangkan jumlah buku yang dibeli, berapakah diantara kita yang menyatakan jumlah buku yang dibaca. Paling-paling status yang saya baca akan berkata begini : Banyak buku yang dibeli, tapi tak punya masa untuk membacanya @ Buku dirumah sudah banyak, tapi beli buku baru lagi dan yang seangkatan dengannya.

Lalu saya bertanya, hobi mereka membaca buku atau membeli buku atau membeli buku untuk menunjuk-nunjuk kononnya mereka baca buku? Ini mengimbau ketika zaman saya dahulu. Perpustakaan desa baru dibuku dan saya memang pengunjung setia sehingga kini biarpun sudah bertahun-tahun saya tidak datang, kakak perpustakaan itu tetap mengenali saya. Kewangan keluarga tidaklah begitu mewah untuk saya membeli buku yang saya suka. Malah di dalam keluarga saya, saya seorang sahaja yang tersesat hobi suka membaca. Jadi alternatif, perpustakaan sahaja. Jadi saya membaca buku-buku yang dipinjam. Bukan buku-buku milik saya sendiri. Bila dewasa, saya membeli buku dengan duit yang kumpul sendiri.

Untungnya duduk di asrama, abah bagi elaun bulanan dan saya tidak guna untuk perkara lain selain membeli buku. Sebab itu, saya sangat marah sekali kalau buku-buku yang saya beli hilang. Setiap buku ada kenangan tersendiri. Pernah sekali itu, saya terbeli buku yang kurang bagus isinya. Saya kecewa kerana saya membeli buku itu ketika kewangan sedikit mendesak dan rupa-rupanya promosi buku itu indah khabar dari rupa. Lalu sehingga kini, saya tidak pernah membeli buku hasil tulisan penulis itu. Itu sisi negatif saya, barangkali.

Saya tidak kagum dengan mereka yang membeli banyak buku tetapi hanya menguar-uarkan jumlah buku yang dibeli, meletakkan foto buku-buku tersebut di blog namun langsung tidak sempat membacanya. Kalau-kalau mereka membaca pun bukan dengan analisis yang kritis, malah seolah-olah buku-buku itu tidak membantu dia memandaikan fikirannya. Lalu apa sumbangannya selepas membeli buku itu?

Saya lagi kagum dengan mereka yang tidak dapat membeli buku tetapi banyak membaca. Mereka tidak dapat membeli buku mungkin kerana sebabnya seperti saya ketika saya kecil dahulu. Malah saya pernah berkenalan dengan orang-orang yang ghairah mahu membeli buku tetapi tidak cukup wang, lalu dia meminjam buku dengan banyak dan kerap diperpustakaan. Mereka membaca dengan sisi yang berbeza. Mampu mengupas isi buku dari sudut yang kadang-kala kita tak terfikir pun. Mereka memperoleh itu dari buku-buku pinjaman. Lalu kalau bercakap dengan mereka, kita jadi kagum dengan fikiran mereka.

Buku dimiliki untuk dibaca dan bukan untuk dihiasi dirak sahaja. Buku ditulis untuk dibaca, untuk diteroka fikiran penulisnya dan untuk disebarkan kepada orang lain, ilmunya. Jikalau buku dibeli untuk hiasan dirak sahaja, lebih baik beli replika buku sahaja kan?

 

Notakakitangan : Ini entri  peringatan kepada saya.

10 thoughts on “Buku : Beli dan Baca!”

  1. Ainun, terasa sepert ada orang yang menembak di kepala saya rasanya..🙂

    Terima kasih atas entri yang sangat berguna untuk kalangan mereka yang suka membeli buku namun tidak membaca atau sekadar baca dan tamat..

    ;))

    Terus melangkah dan melangkah dalm arena ini.. Semoga dikira di SANA…

    Like

    1. Jamilah : Entri ini ditulis kerana saya pernah melalui fasa membeli dan tidak membaca. Jadi kongsi pengalaman dan pendapat.

      Moga-moga entri ini memberi manfaat dan kesedaran untuk kita membeli, membaca menyebarkan kepada yang lain🙂

      Like

  2. YAYT! (ya Allah ya Tuhanku – the new OMG). entri kau mencucuk cucuk hati aku. Ouch. Sakit!!!

    Aku pernah terfikir apa yang kau tuliskan tu. Kadang-kadang bila aku baca buku, terutama buku-buku daripada Sasterawan Negara dan bakal sasterawan negara (kau tahulah kan siapa..haha), aku jadi takut sebab tak dapat nak kupas dengan sempurna apa yang mereka sampaikan.

    bila aku buat review buku, aku pun takut aku salah menyampaikan. salah mengupas. salah mentafsir.tapi, cubalah kan. kita pandang dari pelbagai sisi. tapi sampai sekarang aku tak berani nak kupas buku bahasa melayu. aku kupas buku orang putih saje😛

    jujur,aku tak pernah berminat pergi perpustakaan macam kau dulu-dulu. aku mula suka baca buku sejak tingkatan 4. kemudian jumpa kau, aku makin gila.

    sekarang, buku-buku yang banyak tidak dibaca, Alhamdulillah dah 3/4 habis baca. termasuk buku-buku orang putih. best kan?

    semoga lepas ni kita lebih banyak uar2 kn buku yang kita baca. bukan yg kita beli.🙂 (tp aku ada je beli buku untuk buat koleksi dan bukan utk dibaca. cth: twilight saga. sbb aku dah baca org pny.haha)

    Like

    1. Filzah : Ya aku tahu siapa yang kamu maksudkan. tapi kadang-kadang aku fikir juga yang aku bukan komentar yang baik. tapi tugas kita menyebarkan, terpulang kepada mereka yang menerima. jikalau kita sudah komentar buku itu semakin hari kita akan memperbaiki tulisan kita. Mana tahu terjumpa orang yang suka berkongsi buku yang sama. macam kau dan aku dahulu. kan?

      yang penting, haruslah kita habiskan koleksi buku yang dibaca.🙂. kemudian promosi kepada yang lain. sebar-sebarkan ilmu🙂

      ala.. biasalah tu bab nak lengkapkan koleksi. nanti ada masa kita akan baca bali. macam buku harry potter koleksi aku tu. bosan-bosan baca balik juga🙂

      Like

  3. Tersentuh dengan entri ni…
    Rasanya aku pun dah beli banyak buku, lepas tu rasa tak ada masa nak membaca…
    tapi bila check kat visual bookshelf, tak ada lah teruk sangat.
    baca 7-8 buku dalam masa 2 bulan🙂

    Like

    1. Adi : Kadang-kadang bukan takda masa mau baca, tak ada rasa mau baca. kalau mau baca, ada ke tak ada masa tetap membaca juga kan..:)

      7-8 buku dalam 2 bulan tu tak adalah teruk sangat adi oiii…

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s