Apabila Ibu sudah berbicara soal kahwin?


Adakah saya patut risau?

Rasanya tidak kot.

Dahulu zaman remaja, ibu cukup pantang kalau telefon asyik berbunyi atau tangan asyik berketik-ketik menaip mesej. Itu boleh jadi satu point yang cukup baik untuk dia bersyarah sehingga sehari semalam.

Bila sudah masuk zaman universiti pula, saya jarang sekali berketik-ketik menaip mesej atau menjawab panggilan telefon semasa dirumah. Berbeza sekali. Itulah namanya keremajaan yang mahu mencuba dan kedewasaan yang membosankan. haha.

Tapi rupanya kelakuan itu diperhatikan oleh ibu saya, Malah dia pernah menegur saya, apakah saya tiada ‘seseorang’, melihat saya tidak lagi sibuk dengan telefon. Malah telefon merupakan perkara yang ke 80 untuk difikirkan semasa pulang ke rumah selepas makan-tengok tivi-jaga anak saudara-dan lain-lain. Saya pun aneh, saya semakin tidak menghiraukan telefon saya sejak dua-tiga tahun ini. Satu perkara yang harus dibimbangkan!

Apabila saya sudah tamat belajar, maka soalan itu jadi bertalu-talu pula. Nasib baik saya pandai tepis dengan bantuan kakak saya, tentunya!

Tapi bila jiran sebelah rumah yang sebaya dengan saya dan teman saya bermain rounders masa kecil-kecil sudah berkahwin awal tahun ini dan sedang mengandung, ibu sudah menjeling-jeling ke arah saya setiap kali pulang rumah. Malah ditambah dengan perkahwinan sepupu-sepupu perempuan saya yang muda setahun dan tua setahun dari saya menambahkan point yang cukup baik untuk bercakap soal ini. Malah topik kahwin, warna pelamin, warna bilik pengantin, hantaran, jamuan makan, cenderamata serta apa sahaja berkaitan dengan perkahwinan bukanlah menjadi perkara taboo untuk diperkatakan oleh ibu saya. Aneh sekali!

Kakak saya pun sudah jadi rakan-kongsi ibu tentang soal ini dan pernah sekali ketika saya menghantar kakak pulang dari kampung ke rumahnya di kajang, dia bersyarah soal kahwin sahaja. Malah adik-adik pun sibuk mahu menengok siapa bakal abang ipar mereka dan ingin melaksanakan segala rancangan nakal untuk membuli ‘dia’. Sebab niat kamu-kamu yang nakal itu telah dikesan malaikat, maka kakak kamu tidak temu jodoh lagi, mengerti!

Ibu sudah pandai mengeluh bila kawan-kawan dia bertanya, bila giliran saya memandangkan sekian banyak teman sebaya saya memilih untuk berkahwin tahun ini sampai saya tertanya apakah tahun ini merupakan acara kahwin secara berjemaah? Ibu sudah mula bertanya, apakah tiada orang mahukan saya memandangkan saya tidak langsung bercerita soal itu sedangkan kakak saya sudah bertunang semasa sebaya umur saya. Kalaulah Harian Metro ada ruangan iklan ‘Siapa Mahu Kahwin Dengan Anak Saya?’, mesti ibu akan berusaha memasukkan nama saya. Saya pasti itu.

Saya pula masih menjadi yang paling irit untuk bercerita soal nikah-kahwin dengan ibu sedangkan ibu seolah-olah mahu cepat-cepat menikahkan saya dan syoo saya dari rumah. Jadi saya ada pernah juga terfikir, apakah ibu tak sayangkan saya sehingga mahu cepat-cepat saya berkahwin?

Itu memang patut buat saya risau. Risau!

Tapi saya tahu, seorang ibu mestilah risau anak daranya ke sana kemari tanpa pengawasan sesiapa. Memandangkan saya suka sahaja buat aktiviti luar secara spontan, mungkin itu antara punca-punca kerisauannya. Malah dengan kadar jenayah yang naik dimana-mana lagilah membuatkan dia risau. Ditambah dengan ada sejarah, mak cik saya masih tidak berkahwin-kahwin kerana terlalu mahu mengejar kerjaya dan sekarang susah nak buat pilihan untuk berkahwin sebab terhad, itu pun sudah menambahkan kerisauannya. Kalau cepat saya kahwin, kerisauannya mengenai keselamatan saya akan berkurangan. Itu teori saya (perasaan tak setiap ayat ada perkataan risau? perasan tak? tak?)

Aih! Setelah taip dengan panjang lebar, saya sudah mula rasa bosan tentang topik ini.

Ha.. perkara ini lagi patut saya risau!

Bosan soal kahwin? Ish Ish Ish….


Advertisements

21 thoughts on “Apabila Ibu sudah berbicara soal kahwin?”

  1. Salam…hehehe..lama tak menapak di komen ni..fuzah pun ada cadang nak post entry pasal ni..tup2..yana rasmi dulu..hahaha…apapun..bersabarlah ye sahabatku..pasti saja ada arjuna terbaik dariNYA untukmu…jgn lupa khabar2kan… πŸ˜€

    Like

    1. Fuzama : Haha.. kita ini senasib :).. huhu.. sebab itu nak pos entry lebih kurang sama πŸ™‚

      InsyaAllah, kalau berjumpa,mesti khabarkan. fuzah kena datang juga biarpun jauh ya πŸ™‚

      Like

  2. Aslm. jazakillah,ukhti..ya..soal kahwin memang antara isu yang besar dlm kehidupan seseorang..lagi-lagi dlm kehidupan seorang muslimah. dunia akhir zaman skrg ni pun banyak fitnah, jadi memang digalakkan sgt kahwin. buat la persediaan dari segenap sudut terutama aspek rohani.teruskan la berusaha & berdoa semoga Allah mpermudahkan urusan enti. bila dah jumpa jgn lupa istikhorah, moga mudah membuat keputusan. insyaAllah.
    saje kongsi. sbb saya pun dlm tempoh ‘menunggu saat istimewa itu’..
    blh jgk layari blog teman sy psl isu kawin ni..schml.blogspot.com. moga ada manfaat bersama.

    Like

  3. wah…

    kahwin…

    moga bertemu jodoh yang bisa memimpin untuk kebaikan dunia dan akhirat…

    amin.

    p/s : saya akan rajin berdoa untuk akak yang baik dan cantik ini =D

    Like

  4. yana.. kalau emak carikan jodoh cmne? mahu terima? haha..
    sungguhkah bosan dengan hal kahwin nie?
    mungkin kamu sangat berdikari..
    kalau saya nak cepat kahwin sebab sudah BOSAN bersendiri.
    Sentiasa rasa tak selamat.
    Tapi belum sampai lagi jodohnya…
    takde sms mahupun bertelefon juga =(
    semoga kita mendapat jodoh yang terbaik ya =)

    Like

    1. Pinklady : aduhai, minta minta tidak, sebab taste saya dengan emak berbeza sikit. πŸ™‚

      aha.. bosan juga kadang-kala bila cakap soal yang kita pun tak pasti apa yang akan terjadi, kita jadi penat. sebab soal kahwin ni melibatkan orang kedua kan..

      mungkin sebab saya jenis yang berdikari, jadi soal nikah kahwin ini, saya tak tekankan sangat πŸ™‚

      huhu.. saya harap awak juga akan bertemu jodoh yang sesuai πŸ™‚

      Like

  5. tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca ……… tapi terbaca juga..

    no komen !!!

    Like

  6. ainul…kalo topik tu menambahkan kebosanan dihati anda, saya pula bosan menunggu bila mhu dinikahkan..hehehe..agak “gatal” ye disitu…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s