Hujan Api..


Kelip-kelip ku sangka api

Kalau api mana sumbunya

Hilang hidup kusangka mati

kalau mati mana kuburnya?


Pantun ini yang membuat saya dan kawan-kawan mahu memburu apakah itu kelip-kelip sehingga membuatkan ramainya yang terpesona dengan pantun dan serangga itu.

Pernah tengok iklan TNB yang ada kelip-kelip tu tak? Pengambaran itu dibuat di Kampung Kuantan tau.

Sudah lama saya dan kawan-kawan merancang percutian (??) ini tetapi asyik bertangguh dan bertangguh sehingga setengah tahun lamanya. Kemudian, saya fikir kalau terlalu memikirkan banyak kemungkinan, sampai bila-bila pun tidak menjadi. Maka dengan perancangan last minute kami dapat juga.

Kami pergi dengan 2 kereta. Saya, Azree Ariffin, Mas, Nissa bersama Arjuna manakala Kak Hani, Kak Firdaus, Ode, Biha menaiki Sembrani.

Sebagai tuan rumah yang baik hati, kami akan berBBQ dan bermalam dirumah saya. Sudah lama tidak berkumpul dan berhimpun dengan kroni-kroni yang kita sayang ini.

Kami berjumpa di Tesco Shah Alam untuk membeli barangan BBQ. Agaknya apabila budak-budak jarang shopping barang dapur, kecoh jadinya. Rasanya TESCO itu macam kami yang punya. Setelah siap-siap membeli belah, kami pun bertolak ke rumah saya, rumah batu tiang seribu itu🙂

Hasil membeli-belah dengan JAYAnya

Apabila sampai, saya sempat membuli mereka dengan menyuruh mereka membersihkan kawasan pangkin tempat BBQ serta menyediakan segala peralatan dan makanan untuk BBQ. Selepas solat asar barulah kami bertolak ke kampung Kuantan yang hanya memakan masa 15 minit sahaja dari rumah saya.

Wah, saya suka kawasan ini dan suasananya. Dahulu ketika tahun akhir saya mengkaji bakau dan kawasan bakau bukanlah asing pada saya. Oleh kerana tiba lebih awal, maka kami sempat menjadi kanak-kanak kecil dengan bermain segala alat permainan yang ada disitu serta bergambar sakan. Kalau course-mate saya dahulu kami akan namakan perkara ini sebagai photo-gedik bukan photography.

Sebenarnya nak cerita banyak pasal lawatan kami yang penuh berbahagia, tapi blog ini dah curi dulu. Jadi kalau cerita benda yang sama sahaja, nanti bosan. Eh! tak paralel. eh silap-silap. Nanti orang kata saya copy and paste. ish ish. isu hak cipta adalah isu yang serius (sila baca dengan nada serius juga ya)

Jadi saya letakkan gambar jetinya sahajalah disini. Buat ubat rindu dan buat orang cemburu kerana tidak pergi bersama-sama kami (gelak jahat)


Kemudian apabila pulang, kami berBBQ dengan bahagianya. Rasanya semua sudah kebulur. Itulah siapa suruh makan tengah hari awal-awal. kalau tidak boleh merasa makanan kegemaran saya : Gulai Ikan Masak Lemak Cekur. Wo wo. Sedap sangat! Mula-mula ada lah orang yang tak nak makan pun, sampai disuap-suapkan oleh saya.

Baik. Kembali ke BBQ. Menu kami : Sosej, ayam, air kelapa+longan+soda, keledek golek, jagung panggang. Mula-mula ibu tanya juga, eh tak ada ikan pun, budak-budak ini tak suka makan ikan ke? Saya hampir-hampir hendak guna jawapan Mas, Nanti ikan pupus. Nasib baik saya waras lagi dan jawab tak sempat nak beli ikan di Pasir Penambang. Untuk pengetahuan Pasir Penambang itu merupakan bagan a.k.a tempat nelayan menaikkan hasil tangkapan kepada peraih. Dulu masa kecil-kecil ibu dan saya selalu pergi Pasir Penambang untuk mendapatkan ikan, udang, ketam yang segar. Saya suka pilih ikan dan tunjuk pada ibu, nak ikan ni, nak ikan itu. Ketika itu saya dapat lihat dari sebesar-besar ikan sampai sekecil-kecil ikan.

Mas dan api (logo twitter) Ini sahaja gambar yang diambil masa BBQ, sebab semua sudah kebulur sangat

Selepas BBQ, kami duduk di laman rumah berbual-bual. Sempat juga bertukar-tukar fikiran (baca :bergosip) dan sempat membacakan beberapa puisi. Puisi yang dibaca? Hanya mereka-mereka yang ada sahaja tahu. Selepas itu kami bermain-main kolam didepan rumah. Agaknya selepas bermain air dengan bahagianya, perut pun lapar. Kami memanaskan lauk BBQ tadi dan makan dengan secawan milo panas + mashmellow. Nyum.. Aktiviti seharian.. Makan+makan+makan sahaja rupanya. Akhirnya hampir 3.00 pagi baru kami tidur.

Esoknya selepas bersarapan pagi (kalau makan pukul 10, sarapan pagi atau apa ya??), barulah kami bertolak pulang ke rumah masing-masing. Hasrat hati mahu juga berkaraoke tetapi mungkin niat nakal dikesan malaikat, aktiviti berkaraoke terpaksa dibatalkan kerana caj yang tinggi dan tidak berbaloi.

InsyaAllah, ada masa dan kewangan mengizinkan, kita pergi bercuti ditempat lain. Ipoh, misalnya? atau terus sahaja ke Indonesia, Makasssar, Bandung, Medan? Setuju wahai kroni-kroni yang saya sayang?

Sebarang kekurangan semasa saya menjadi tuan rumah harap dapat dimaafkan ya.


Notakakitangan : Alhamdulillah, debaran hujung minggu sudah reda dan dipermudahkan.


4 thoughts on “Hujan Api..”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s