Sebakul bunga dan baju melayu


Nota : Untuk si dia yang berbaju melayu, kelmarin.

 

Tidak perlu kata bergula

atau madah berangkai

semasa kau menawar

untuk membeli sebakul bunga dariku

 

Cukup sahaja

Kau hadir sepersalinan baju melayu

Cekak musang atau teluk belanga

Butang berangkai menghiasi lehermu

Serta senyum santunmu

 

Pamer melayu-mu

dengan berbaju melayu.

 

Sebakul bunga yang ditawar

Sebentuk hati disisip didalam

 

Nota akhir : Ini bukan puisi.

14 thoughts on “Sebakul bunga dan baju melayu”

  1. haiya…kenapa setiap entri akak macam tau-tau je ada kaitan dengan saya? malunya…hikhikhik…

    (imbas kembali)
    dulu masa tingkatan enam, ada pelajar perempuan baru masuk sekolah. cantik juga. mak dia buka kedai bunga. kami pun, ehem biasalah nakal-nakal sikit kan, selalulah juga singgah kedai bunga dia tu. beli bunga. tapi sebenarnya nak mengorat. habis buku-buku berkenaan tentang bunga kami geledah kat pusat sumber sekolah. haha. saya siap karangkan puisi tentang bunga lagi untuk dia. tapi…huhuhuhu.
    (tamat imbas kembali)

    tak nak habiskan cerita. akak teka sendiri ya? hikhikhik…

    Like

    1. Shukri : Apakah dia orang yang disebut “kau yang menghulur bunga kemboja’? haha

      haha.. nak buat macam mana kalau setiap entri ada kena mengena dengan kamu :p

      mesti dia tak faham puisi itu, ataupun selepas dia membaca puisi itu dia makin tidak suka dengan kamu😛

      Like

  2. haha. kurang lebih la dengan puisi tu =P

    tu yang seronok masuk blog akak ni. menggamit perasaan. hehe…

    err…sila dapatkan majalah Tunas Cipta edisi Mei kerana puisi saya yang tersiar di situ ialah puisi yang saya berikan kepadanya. hikhikhik…

    tentang suka atau tidak, jawapannya dia suka puisi tu tapi dia tak suka saya. haiya…

    Like

    1. Shukri : haha. jadi melawatlah selalu ya.

      InsyaAllah, nanti akak dapatkan tunas cipta. kasi komen pedas2 sikit🙂

      haha.. maksudnya mungkin, puisi kamu lebih mencerminkan apa yang dia suka, daripada diri kamu yang sebenar🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s