Nota : Untuk si dia yang berbaju melayu, kelmarin.
Tidak perlu kata bergula
atau madah berangkai
semasa kau menawar
untuk membeli sebakul bunga dariku
Cukup sahaja
Kau hadir sepersalinan baju melayu
Cekak musang atau teluk belanga
Butang berangkai menghiasi lehermu
Serta senyum santunmu
Pamer melayu-mu
dengan berbaju melayu.
Sebakul bunga yang ditawar
Sebentuk hati disisip didalam
Nota akhir : Ini bukan puisi.
Wah…datang beli bunga, tapi dapat hati ya? hikhikhik… =)
LikeLike
Shukri : Tetapi si dia yang membeli bunga itu, bukankah sebenarnya mahu membeli hati juga 🙂
LikeLike
haiya…kenapa setiap entri akak macam tau-tau je ada kaitan dengan saya? malunya…hikhikhik…
(imbas kembali)
dulu masa tingkatan enam, ada pelajar perempuan baru masuk sekolah. cantik juga. mak dia buka kedai bunga. kami pun, ehem biasalah nakal-nakal sikit kan, selalulah juga singgah kedai bunga dia tu. beli bunga. tapi sebenarnya nak mengorat. habis buku-buku berkenaan tentang bunga kami geledah kat pusat sumber sekolah. haha. saya siap karangkan puisi tentang bunga lagi untuk dia. tapi…huhuhuhu.
(tamat imbas kembali)
tak nak habiskan cerita. akak teka sendiri ya? hikhikhik…
LikeLike
Shukri : Apakah dia orang yang disebut “kau yang menghulur bunga kemboja’? haha
haha.. nak buat macam mana kalau setiap entri ada kena mengena dengan kamu :p
mesti dia tak faham puisi itu, ataupun selepas dia membaca puisi itu dia makin tidak suka dengan kamu 😛
LikeLike
haha. kurang lebih la dengan puisi tu =P
tu yang seronok masuk blog akak ni. menggamit perasaan. hehe…
err…sila dapatkan majalah Tunas Cipta edisi Mei kerana puisi saya yang tersiar di situ ialah puisi yang saya berikan kepadanya. hikhikhik…
tentang suka atau tidak, jawapannya dia suka puisi tu tapi dia tak suka saya. haiya…
LikeLike
Shukri : haha. jadi melawatlah selalu ya.
InsyaAllah, nanti akak dapatkan tunas cipta. kasi komen pedas2 sikit 🙂
haha.. maksudnya mungkin, puisi kamu lebih mencerminkan apa yang dia suka, daripada diri kamu yang sebenar 🙂
LikeLike
insyaAllah akan selalu melawat-lawat =)
mungkin. tapi tak apa lah. bukan jodoh. salah saya juga sebab nakal. hihihi…
LikeLike
Shukri : mungkin kamu akan jumpa jodoh yang lebih baik 🙂
LikeLike
ainunl..indah sungguh..kalau bukan puisi dipanggil apa?
LikeLike
husna : hanya catatan pojok sahaja. 🙂
LikeLike
hadiah untuk si dia….
LikeLike
kedai hadiah malaysia : 🙂
LikeLike
syair yang menyentuh…
LikeLike
Sentrabaju : terima kasih ya 🙂
LikeLike