Nanti nak kahwin macam mana?


Saya dibesarkan dengan ajaran, seorang perempuan harus mahir mengurus hal dapur. Harus pintar menggaul rencah dan rempah untuk masakan. Harus pandai mengatur kerja rumah seperti membasuh, menyapu rumah, mengemas. Harus pandai menyulam dan menjahit serta mengait.

Ya, dirumah tiada orang gaji yang boleh disuruh itu ini dan kalau saya disekolah menengah masih tidak tahu masak apa-apa, maka saya akan dileteri ibu sehingga telinga sudah menjadi tuli. Ayat yang paling sterotaip yang akan digunakan

“Nanti nak kahwin macam mana?”

Secara peribadi, saya rasa kemahiran ilmu rumah tangga bukanlah satu kewajiban atau syarat untuk seseorang bergelar wanita. Saya lebih suka menyatakan kemahiran rumah tangga itu merupakan satu cara penghargaan isteri terhadap suami (jika sudah berkahwin) atau kelebihan. Maka saya cukup tidak suka jika ada orang kata tempat seorang perempuan di dapur. Ayat itu kurang relevan sekarang ini.

Macam satu pokok bunga, biarpun tidak dicantas, dihias, digubah maka tetap dipanggil pokok bunga. Masih boleh menghias rumah. Namun jika digubah, dicantas daunnya jangan berselirat dan berserabut, diletakkan dibekas yang cantik, maka bunga itu akan jadi lebih dari penyeri rumah. Kemahiran-kemahiran yang ada pada seseorang perempuan merupakan gubahan, bekas yang cantik, cantasan bagi sepohon pokok bunga.

Jadi, saya tidak berapa menyenangi kalau-kalau ada lelaki mahu bakal isterinya pandai itu ini tetapi dia tiada apa-apa kelebihan selain mengarah sahaja. Bagi saya, kemahiran rumah tangga harus dimiliki oleh lelaki juga. Kalau perempuan sudah memilih untuk bekerja menampung keluarga juga, lelaki harus begitu. Belajar menolong isteri di dapur walau sekadar hanya membancuhkan air, menggaul gulai semasa isteri sibuk mahu menyiang sayur.


Saya suka belajar kemahiran rumah tangga bukanlah sebagai keperluan atau syarat untuk berumah tangga suatu hari kelak tetapi sebagai penghargaan atau hadiah kepada suami yang menerima saya sebagai teman hidupnya kelak. InsyaAllah. Tidak punya kemahiran rumah tangga bukan bererti tidak layak untuk berkahwin, kemahiran itu boleh diasah dan dilatih sesudah berumah tangga sekalipun.

Saya teringat petua yang diperturunkan oleh emak kawan saya kepada saya.

“Kalau tidak pandai memasak semua jenis hidangan sekalipun, kita kena mahir memasak satu resipi. Contohnya nasi ayam. Belajar buat nasi ayam yang paling sedap sampai semua orang akan ingat nasi ayam kita.”

Nota kakitangan: Untuk teman saya yang sedang memilih itu, moga-moga Allah permudahkan.

Nota lagi : Teringat ayat dalam filem cinta : Isteri bukan hak milik tetapi anugerah.


13 thoughts on “Nanti nak kahwin macam mana?”

  1. paling tidak suka bila-bila anak bermasalah, suami suka menyalahkan isteri kerana tidak pandai mendidik anak. kalau menguruskan rumah itu tugas isteri, mencari rezeki, dan mencari rezeki tambahan, dan mendidik anak itu tugas isteri, apa tugas suami?

    Like

  2. hehehe. jangan risau kak, kemahiran itu akan datang nanti (tapi perlu juga dipelajari).

    dan bila dah kahwin perlulah ada persefahaman. tak semua benda hanya isteri sahaja yang perlu buat.

    moga akak menjadi suri rumah yang baik, bila sudah berumahtangga kelak. saya sentiasa mendoakan. hehehe =D

    Like

  3. saya tidak tahu ini betul atau tidak, tapi saya ada terbaca di mana entah (betulkan kalau salah ya?) bahawa di dalam Islam, tanggungjawab isteri adalah melayan suami di ranjang sahaja (selain patuh dan taat kepada suruhan Allah dan menjaga kehormatan diri tentunya).

    ini bermakna menjaga anak, memberi nafkah, dan menguruskan rumah tangga adalah sebenarnya tanggungjawab suami. isteri hanya membantu meringankan beban mereka sahaja.

    maka, mana2 lelaki yang mahu isteri pandai masak itu sebenarnya nak lari dari tanggungjawab. sepatutnya kita lah yang kena cari lelaki yang pandai masak.🙂

    Like

    1. Sue : Saya pula pernah baca hadis yang mengatakan kalau suami mampu, dia harus menyediakan pembantu untuk isterinya. Saya ada juga baca berkenaan tanggungjawab isteri hanya melayan suami dan patuh dan taat arahannya serta menjaga kehormatan diri.

      Kalau suami suruh masak, kenalah isteri masak bukan sebab tanggungjawab isteri kena masak tetapi tanggungjawabnya adalah mengikut arahan suami yang menyuruh dia masak.🙂

      Haha.. ya, ya.. kita kena cari lelaki yang pandai masak. aih, siapa lelaki yang pandai masak disini? angkat tangan!!
      🙂

      Like

  4. ya, sedikit setuju. cuma komen ukhti sharifah agak ’emosi’ di sana..=) memang,dalam islam, suamilah yang perlu menyediakan makan minum istri, tempat tinggal, dan urusan2 rumahtangga yg lain. ini kewajipan suami yg tidak boleh dipertikaikan lg. namun ini bukan bermaksud si istri hanya perlu duduk goyang kaki sahaja.=) islam agama yang adil dan memberi hak yg sgt2 adil pd setiap orang..klu kita tgk antara penyebab keruntuhan rumahtangga skrg ni, = tiada kesefahaman dan tolak- ansur antara suami,istri. masing2 punya ego dan ‘tak nk mengalah’. paling mnyedihkan, bila ‘iman’ hilang atau luntur di hati. maka terjadilah perkara2 tak diingini..so,sendiri mau kawin, sendiri mau ingat..=) tarbiahlah isteri dan anak2 sebaik mungkin.si istri pula, sendiri mau faham ya.. Rasulullah SAW bersabda, “Mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang paling bersikap lemah lembut terhadap keluarganya.” (HR. Tirmidzi)..wallahua’lam.

    Like

    1. Fuadzaki : Sebab itu saya nyatakan bahawa kemahiran rumah tangga harus dipelajari oleh kedua-dua pasangan supaya salah faham tidak timbul. Jika isteri kurang mahir memasak, mungkin suami boleh sama-sama membantu.

      Yang penting tolak ansur dan tolong menolong🙂

      P/s : perempuan dan emosi itu seperti satu garis halus sahaja🙂

      Like

  5. Ya, sangat2 setuju. Dunia sekarang sudah berubah. Perempuan bukan lagi tinggal di rumah, perempuan pun kerja juga, so, lelaki2 mesti berubah. Jangan lari dari tanggungjawab. Kerja-kerja di rumah adalah kerjasama lelaki dan perempuan, barulah konflik dapat dikurangkan. Suami sibuk minta dilayan, isteri pula penat kerja di pejabat, penat kerja di rumah lagi, mana x penatnya..So, lelaki sekarang, jgn ingat zaman dulu2 punya. Wahai wanita-wanita, mari kita cari lelaki yang pandai buat kerja-kerja rumah. Sebelum kahwin, tanya dulu dia, pandai buat kerja-kerja rumah atau tidak. Kalau tidak pandai, bye2 la..menyusahkan isteri je.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s