Koc Merah Jambu


Kalau sebut merah jambu, maka bersimbahlah deretan mengenai wanita, perempuan, gadis. Warna merah jambu walau dalam apa ton sekalipun pasti dikaitkan dengan feminin.

Malah bila pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan Koc Merah Jambu secara cop rasminya tentulah koc itu khas untuk perempuan kan. Hanya perempuan sahaja.

Maka, satu hari saya malas mahu memandu dan mengambil keputusan untuk menaiki komuter sahaja dari hentian Batu Tiga untuk ke Ampcorp Mall. Selain itu mahu juga merasa menaiki koc merah jambu. Blink blink itu.


Apabila tren sampai, saya lihat masih ada lelaki di dalam koc itu. Kalau seorang dua tidak mengapa. Mungkin tersalah tren. Namun lebih daripada sepuluh orang lelaki dalam koc itu. Wajah mereka langsung tidak menunjukkan serba salah apabila ada mata-mata yang memandang mereka.

Tidak mengapalah. Saya tunggu dan lihat. Mungkin mereka akan berpindah koc lain di hentian seterusnya.

Kemudian mata saya kelintar sekitar koc dan mendapati ada sepasang kekasih sedang duduk bersebelah di dalam koc merah jambu itu. Saya sangat kesal dengan atitud pihak perempuan itu. Kalau pun mahu bersama dengan pasangan 24/7, pindahlah ke koc lain bukannya dalam koc merah jambu ini. Patutnya yang pihak perempuan itu lebih sensitif dengan gendernya sendiri. Malah, di dalam koc merah jambu ini mereka masih juga bermesra sesama sendiri. Sungguh tidak sensitif.

Ketika perjalanan pulang, saya menaiki komuter di stesen KL Sentral. Ada kawasan yang ditanda kawasan menunggu koc merah jambu. Ketika tren sampai, pengawal stesen mengawasi kalau-kalau ada lelaki yang cuba memasuki koc merah jambu. Malah lelaki yang sengaja masuk koc merah jambu di stesen sebelumnya telah diminta bertukar koc. Satu perkara yang tidak sensitif disini ialah, ada perempuan (warganegara indonesia) yang berkata kepada pengawal stesen :Mana ada lelaki di dalam ini. Walhal jelas sekali ada lebih daripada tiga orang lelaki (warganegara Indonesia juga) sedang enak-enak duduk di koc merah jambu.

Apa yang saya lihat, kalau ada pengawal stesen barulah lelaki tidak masuk ke dalam koc ini. Kalau tidak, sewenang-wenang sahaja duduk dan bersenang-senang. Lelaki diluar sana harus ambil tahu bahawa koc tengah adalah koc untuk wanita. Walaupun warna koc itu bukanlah merah jambu betul-betul tetapi janganlah mementingkan diri pula dan kata saya tidak tahu.

Bagus juga ada koc merah jambu ini terutamanya diwaktu puncak. Kalau waktu puncak menaiki komuter yang macam tin sardin itu macam-macam boleh terjadi. Alhamdulillah, tidak pernah berlaku kejadian kurang diingini sepanjang saya menggunakan perkhidmatan komuter ini selama ini. Namun iya lah, malang kan tidak berbau.


Notakakitangan: Saya tetap tidak padan memakai baju merah jambu.

14 thoughts on “Koc Merah Jambu”

  1. jika di mesir, dh lama diorg pisahkan koc lelaki-perempuan ni. sebab perkhidmatan ni mmg sentiasa sesak. (bayangkan 1kaherah sahaja menyamai 1malaysia jumlah penduduknya) .di pintu tu, mmg dh tulis ‘untuk wanita sahaja’, so mmg takde lelaki yg berani masuk. tak kira la siapa dia,asalkan lelaki.ana perhatikan diorg agak sensitif jgk ttg hal ni. klu pmpn masuk koc lelaki tak mengapa, tapi jgn sesekali lelaki bertandang ke koc pmpn, silap haribulan,kne tendang keluar.=) so,takde la couple2 nk duduk2 sama..so di msia, selain penguatkuasaan peraturan, org perempuan kne la berani. pakat ramai2 halau keluar atau bagi ‘ceramah’ skit..=)
    insyaAllah,lama2 tidak akan wujud lelaki di koc wanita. – sekadar p’kongsian.
    p/s : koc wanita di mesir TIDAK berwarna merah jambu.=)

    Like

    1. Fuadzaki : Mungkin kurang lagi kesedaran. Sebenarnya bila lelaki masuk koc wanita, saya lihat, wanita disini hanya menjeling-jeling sahaja tidaklah menegur, mungkin belum ada keberanian lagi.

      Moga-moga kesedaran akan timbul di kalangan rakyat malaysia. Moga-moga wanita dan saya juga punya kekuatan untuk menegur lelaki yang memasuki koc merah jambu itu.

      terima kasih untuk perkongsian ilmu itu ya

      P/s : Koc di malaysia pun bukan betul-betul merah jambu. Gambar hanya hiasan sahaja.🙂

      Like

  2. laa.. ingatkan betul2 berwarna merah jambu.. hehe..
    saya dengar hot.fm, fafau cerita dia tegur lelaki yg sedang tunggu di kawasan koc merah jambu…
    lelaki tu bertegas xnak pergi ke koc lain.. horror kot..

    Like

    1. Pinklady : hanya gambar hiasan sahaja. sebab hari tu tak bawa kamera. so tak boleh tangkap gambar🙂

      itulah kadang-kadang kita nak tegur, tapi kalau lelaki itu buat perangai keras kepala atau tengking kita depan orang ramai, tak ke haru?🙂

      Like

  3. ooo..bilanya ada train tuk pempuan ni ?

    train untuk lelaki sahaja ada tak ? sebab kalau hari cuti ni train sesakkkkk dengan perempuan pegi shopping jek! kalau train “laki sahaja” ada mungkin koc “Blue” namanya.

    aman lah.

    lalallalalalalalalala.

    Like

    1. En_Me : Ish bukan itulah pantun lamanya, hajat hati nak peluk gunung, apakah daya tangan tak sampai. Yang bab raba itu mana ada di pantun lama😛

      Selamat datang juga kepada kamu en_me🙂 Akak? :p

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s