Macam ini baru seniman!


Dulu-dulu, masa saya sekolah rendah, apabila memilih tajuk atau tema untuk buat cerpen, saya mesti nak gambarkan wataknya pandai main gitar, pandai melukis, pandai meniup seruling, pandai main piano dan segalanya ala-ala seniman la kononnya.

Malah saya selalu mahu cipta watak yang sendiri-sendiri. Ya-lah barulah nama seniman yang selalu dalam keterasingan biarpun dalam keramaian. Lihat, pemikiran saya masa zaman kanak-kanak. Ish ish. Saya masih ingat lagi antara watak-watak cerpen yang saya rangka ialah, seorang budak lelaki yang mati lemas kerana ingin mendapatkan bunga teratai dan pudung bunga teratai (yang ada biji yang boleh dimakan) di tengah tasik untuk kawan perempuannya. Sehingga akhirnya, perempuan itu akan menungggu di tepi tasik setiap malam, kalau-kalau budak lelaki itu muncul membawakan bunga teratai itu. Budak lelaki yang itu pandai melukis dan pandai bermain gitar.


Ada satu cerpen yang dirangka masa sekolah rendah, budak lelaki itu tinggal seorang-seorang di rumah besar. Lepas itu ada watak budak perempuan berpindah ke rumah besar dan terdengar budak lelaki itu mainkan piano dan gitar di anjung. Sesekali melukis di tepi tasik dan mereka bertemu di situ. Bunyi macam sedikit seram la. Lepas itu budak perempuan itu yang menghuraikan konflik kenapalah budak lelaki ini dok tinggal dalam rumah besar seorang diri.

Ceh ceh. Macam apa kan? Mesti nak wataknya pandai melukis, main gitar. Selepas itu wataknya deep. Pemikiran budak sekolah rendah memang macam itu. Abaikan sahaja la.

Bila dewasa begini, saya tidak pandai satu apa pun kemahiran seniman yang konon-konon saya cuba terapkan lewat cerpen-cerpen saya. Saya tak pandai bermain gitar walaupun pernah berkeras mahu belajar. Abang ipar kata, perempuan tidak elok bermain gitar, tangan tak halus, nanti tak ada siapa nak pinang. Ceh! Kalau abang ipar sudah ajar main gitar, mesti saya dah boleh kalahkan Ana Raffali. Baik dia menyesal sekarang! Baru lah seniman, pandai main gitar, nyanyikan puisi dengan gitar, silap-silap boleh masuk program key-notes. Ish ish.


Melukis? Tangan saya memang tidak pandai melukis hatta orang lidi sekali pun. Padahal saya ini mudah jatuh cinta dengan lukisan yang ada kerawang-kerawang, berawan larat, berukir-ukir. Dulu kalau pergi ke CM (pasar seni), saya jadi cepat cemburu dengan kemahiran melukis mereka. Kalau saya pandai melukis, mesti boleh ekspresikan perasaan saya dengan lebih dalam lagi seperti kawan saya ini.

Akhirnya, kemahiran macam ini baru seniman itu langsung tidak mengalir ditangan saya. Saya hanya pandai berbicara dan kadang-kadang menulis corat-coret mengarut. Walhal seniman sepertinya lebih banyak diam dan memerhati. Saya lebih banyak cakap dan menggediks. Ops! Konotasi negatif!

Yana, macam ini, belum lagi macam seniman!

Kekasih Hati Baharu II


Saya baru sahaja jumpa sebuah buku yang bagus. Rasanya saya pernah membaca buku ini dulu-dulu selepas itu saya jatuh cinta dengan pantun Melayu namun buku itu hilang akibat kelalaian saya.

Aripin Said - Puisi warisan

Buku ini buku second hand sahaja. Saya beli pun semasa pergi ke Giant, Stadium Shah Alam. Siapa kata buku langka-nadir harus jumpa dikawasan tersorok dan terpencil?

Saya minta harga buku ini dikurangkan namun saya sedang berurusan dengan mereka yang tahu nilai buku. Kata penjualnya, buku ini susah nak dapat sebab itu tak berani beri harga murah. Saya jadi malu sendiri. Kalau beli tudung untuk bergaya, saya tak menawar pun. Terima sahaja. Tapi kalau buku-buku, saya mahu menawar-nawar pula.

Ini buku hadiah aripin said kepada editorial research magazine department

Sebenarnya sudah mahu katakan tidak untuk membeli buku sebab setiap bulan saya punya budget mesti lari sana lari sini sebab membeli buku tak ingat dunia. Bacanya belum lagi. Itu ada hati mahu mengirim buku pada mereka yang berwisata di Bandung. Haha. Saya pesan satu dua sahaja. Tidak membebankan beg pun. (sambil buat mata kelip-kelip)

Kalau ada sesiapa yang mahu mencari buku terpakai, bolehlah sesekali singgah di Giant Shah Alam, bukannya kedai, sekadar booth terbuka yang terletak bersebelahan dengan Mcdonalds.

Seikat Kembang Merah – review


Mendengar Imaen menyatakan judul bakal buku barunya di Pesta Buku PWTC, hati saya sudah berdetak. Ah, apakah judul lagu Ebiet G. Ade? Elegi Esok Pagi?

Berbulan menanti, nah muncullah cover buku dan blurp-nya. Masa itu saya sudah syak wasangka, wah ini pengaruh lagu Camelia 3. Dan imagi covernya jatuh meleset daripada apa yang saya bayangkan. Saya bayangkan covernya akan jadi begini.


Rupanya begini.


Dengarnya cover ini merupakan Lukisan gaya Monet ‘dikahwinkan’ dengan van Gogh ini cuba diterapkan oleh Saudara Oly dalam lukisan asalnya, dan sampul kulit cerita ini sentuhan Abang Grafik JS – Saudara Helmino.(merujuk surat cinta daripada Jemari Seni)

Seikat Kembang Merah menyerlahkan kematangan Imaen dalam berkarya. Walaupun secara peribadi saya masih meletakkan Vandetta di tempat pertama, karya Imaen yang saya suka, Seikat Kembang Merah menjatuhkan Bohemian dan Singaraning, meletakkan Labyrinth ditempat ketiga. Jikalau dalam Singaraning, pembaca harus membaca membaca ‘bebelan atau ‘syarahan’ Imaen dalam karyanya. Namun di dalam Seikat Kembang Merah, Imaen berjaya menyeimbangkan penceritaannya dan kita tidak mendapati Seikat Kembang Merah tidak bersyarah kepada kita berbanding dengan Singaraning sebaliknya bercerita dengan nada tersendiri. Namun Singaraning itu sarat ilmu ekonomi.

Berbalik kepada Seikat Kembang Merah. sengaja tidak saya singkatkan menjadi SKM kerana saya suka sekali tajuknya. Sebab dalam penghasilan puisi, saya suka sekali meletakkan kembang merah berbanding penggunaan nama mawar merah. Kembang merah kedengaran unik, rahsia, tersendiri dalam kelasnya.

Ops. ops. Baru judul dan cover, saya sudah komentar hampir satu muka setengah (kalau ikut ukuran A4 la). Kembali kepada komentar novel. Seikat Kembang Merah membawa kita menyusuri watak Gary yang tiba-tiba jatuh cinta pandang pertama pada Nur Tahani, cik farmasi semasa mahu membeli ubat. Nur Tahani yang disebutnya sebagai bidadari benar-benar membuatkan dia mahu menjadi lelaki yang disukai oleh Nur Tahani walaupun terpaksa berlakon. Pada masa yang sama Gary dicintai separuh mati oleh Nina (mungkin inilah yang ditunjukkan dalam cover buku ini, Nina mengejar Gary dengan seikat kembang merah, hehe) yang sudi berbuat apa sahaja.

Ini kisah cinta yang biasa, A suka pada B, B suka pada C, Namun apa yang membezakan dengan novel-novel yang lain, gaya penceritaan Imaen. itulah kekuatan Imaen. Sungguhpun dikatakan Imaen menulis dengan nada berbeza, namun saya rasakan hanya di bahagian akhir dan bukan dibahagian pemulaan dan pertengahan. Ini kisah cinta yang realistik. Biarpun Gary menyukai Nur Tahani dan gila bayang, penceritaan Imaen bukannya membuai rasa tetapi seakan-akan penegasan dan mirip dengan realiti bagaimana kita jatuh cinta.

Agaknya kalau sudah jatuh cinta, kita sudi berbuat apa sahaja yang menyenangkan orang yang dicintai itu. Berbuat apa sahaja bukan berenang lautan api atau terjun lombong tetapi membuatkan dia juga jatuh cinta dan menyenangi kita walaupun semua yang dia tahu tentang kita adalah pura-pura. Gary dan Nina mewakili watak-watak ini. Watak-watak yang sudi berbuat apa sahaja kerana cinta.

Ya, jika anda mencari, akhirnya Gary dan Nur Tahani dapat bersama walaupun perbezaan sikap dan fahaman mereka berbeza bagai langit dan ala-ala filem Kiamat Sudah Dekat, anda jangan baca novel ini. Itu nasihat saya. Namun itulah yang paling saya suka apabila Imaen memilih untuk menyatukan Gary dan Nina, bukannya Nur Tahani dan bagaimana watak-watak itu kembali kepada fitrah bukan kerana cinta buta semata-mata tetapi kerana naluri dan kehendak sebenar-benar hati. Berubah bukan kerana cinta, apabila cinta hilang, maka perubahan itu hilang bersama cinta. Namun berubah kerana kehendak diri yang mahu berubah, InsyaAllah akan berkekalan selamanya. Itu yang saya dapat daripada Seikat Kembang Merah.

Katalah Seikat Kembang Merah ini anti-klimaks sekalipun apabila Imaen memilih menulis ending-nya begitu tetapi saya tetap suka sekali. Seolah-olah selepas babak di farmasi itu, Imaen menghentikan wataknya untuk bercerita sebaliknya memilih, dia sebagai pengarang untuk bercerita kepada pembaca apakah pengakhiran novelnya.

Saya menutup novel Seikat Kembang Merah yang saya baca seusai Isyak sehingga tengah malam dengan senyum yang manis seperti saya mengucup seikat kembang merah yang harum.

Oh ya, saya tinggalkan dua buah lagu yang turut mengiringnya saya semasa membaca novel ini. Selamat membaca.

Notakakitangan : sedikit kecewa tak dapat sekuntum kembang merah semasa membeli novel ini dari tangan penulisnya sendiri.

Selepas menonton Uda dan Dara


Ada banyak sebab orang pergi menonton teater ini. Mungkin kerana mereka peminat Misha Omar, mungkin kerana mahu menyelam naskhah Usman Awang, mungkin hanya mahu mengisi isi lapang, mungkin ingin menonton teater romantis bersama tersayang (yelah, menonton movie sudah jadi aktiviti yang membosankan. haha). atau mungkin ada yang mahu membandingkan pementasan Uda dan Dara tahun 1972 dengan tahun 2010. Mungkin.

Saya setuju menonton teater Uda dan Dara tanpa teringat ada Malam Puisi Utusan.

Pertamanya, ketika menonton sedutan babak teater Uda dan Dara semasa menghadiri Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, saya sudah hilang mood mahu menontonnya. Kenapa ya. Namun, oleh kerana sudah lama bersumpah keramat cinta ingin menontonnya, maka tunaikan sahaja.

Keduanya, saya sangat suka poster Uda dan Dara (sebelum digantikan dengan gambar pelakon utamanya). Gambar cempaka gunung yang berdarah di atas sireh sepertinya menggambarkan keseluruhan roh teks teater ini.


Saya mulakan dengan susunan muziknya dahulu. Saya kira sajak Uda dan Dara serta Gadis di Kuburan berjaya diinterpretasikan dengan baik. Kalaulah ada dijual CD lagunya, bolehlah saya memasang niat untuk dijadikan sebagai ringtone. Tahniah kepada Hafiz Askiak kerana berjaya menggubah puisi Usman Awang menjadi lagu yang indah. Namun, ketika babak nyanyian Dara (semasa adegan cakap seorang-seorang atau bahasa sopan monolog dalaman), saya rasa kurang indah di telinga saya. Saya rasa Dara (yang didukung oleh Misha Omar) menyanyi sebagai Misha Omar dan bukan Dara.

Set pentas pula. Keindahan desa seperti tidak digambarkan sebaiknya-baiknya. Pokok-pokok pisang itu terlalu kaku. Saya tahulah pokok pisang memang kaku tapi sekurang-kurangnya haruslah memberi sedikit keindahan dan romantis dalam teater ini. Itu saya kurang rasa. Pokok-pokok pisang serta tumbuhan hanya tinggal sebagai prop yang kaku. Walhal dalam skripnya menyebut unsur alam seperti angin, pohon, sungai sebagai jalinan yang akrab dengan kisah cinta Uda dan Dara. Saya suka adegan musim mengemping dimana suasana desa digambarkan dengan meriah. Kanak-kanak-kanak berlari, penduduk kampung sibuk menumbuk padi, membuang antah.

Ini kisah cinta agung. Cinta agung versi Melayu. Bukan kisah Romeo dan Juliet yang diinterpretasikan dalam teater Melayu. Tidak. Namun mana kisah cinta yang agung itu di dalam teater ini? Saya tidak melihatnya. Watak Dara tidak lebih daripada seorang gadis yang tergedik-gedik hendak kahwin dengan Uda. maaf untuk pergunaan perkataan gedik. Ketika menyebut Dara, saya menggambarkan dia membawa definasi sebenar gadis Melayu (bukan seperti gadis Melayu tv9 itu, itu gadis Melayu komersil). Dara yang pemalu tingkah, langkahnya. Dara yang menuturkan kata dengan budi bahasa yang lembut. Dara yang menuturkan cinta dengan matanya dan menyembunyikan rasa di dalam dadanya. Tapi saya tidak menemuinya dalam Dara di teater ini. Seperti contohnya ketika Uda ingin mempersuntingkan Dara menjadi isterinya ditempat biasa mereka bermadu kasih, cara penerimaan Dara itu sungguhlah gedik. Ops, maaf sekali lagi. Saya patut tukar jadi terkinja-kinja kot. Saya kira Misha Omar harus belajar bagaimana menjadi Dara sebagai Perempuan Melayu bukannya sebagai Juliet. Walaupun pengarahnya berkata, Misha Omar berjaya membawa watak Dara yang manja dan sedikit nakal namun saya tidak merasakannya. Maaf ya. Ha, lagi satu ketika perbukaan 15 minit teater ini, Misha seolah-olah cuba-cuba berlakon menjadi Dara sehingga beberapa tone dan nadanya menutur dialog terasa janggal dan ada pula tergelincir pendekar menjadi pendeke? Tak apalah, pertama kali memegang watak utama kan. Kan. Kan.

Uda oh Uda. Anda sangat tenggelam. Malah dalam teater ini saya tidak melihat betapa agungnya cinta Uda dan Dara. Ya, Uda, lelaki yang sanggup berkorban untuk cintanya. Namun hanya itu sahaja. Uda hanya bangkit kerana cintanya tertolak. Kalau cintanya tidak tertolak, mesti dia tidak mengamuk mahu perang. Jadi, Uda pejuang yang sedikit hiporkit. Sampai saya hairan, mengapa agaknya semua orang kampung menyanjung Uda, sedangkan kalau saya lihat Malim lagi berwibawa. Lagi satu, lakonan Zally Hussain seakan tidak menjadi. Terlalu mengawal ekspresi sampai tidak terluah, kaku dan tiada kolerasi dengan watak-watak lain.

Ya, ada babak yang dikatakan lucah oleh sesetengah penonton. Malah Misha Omar mengatakan dalam akhbar, dia sampai menangis-nangis sebab mahu melakonkan babak itu. Saya tidak pasti sama ada dalam teks asal karangan Usman Awang memang ada bab Uda dan Dara hanyut dalam keasyikan cinta sehingga terlanjur sebelum Uda ke bandar (merujuk tulisan di Berita Harian), namun secara peribadi saya merasakan babak itu telah mencacatkan definasi cinta agung itu. Ah malu sekali mahu menyebut Uda dan Dara adalah kisah cinta agung orang Melayu apabila ada babak begitu. Disela-sela isu pembuangan bayi dan perselingkuhan, boleh pula keterlanjuran dalam cinta didefinasikan sebagai cinta agung? Sebutlah saya ini konversional dan kolot atau apa-apa.

Mujur-mujur sekali, watak-watak pembantu dalam teater ini seperti Pak Uteh, Malim, Mak Dara (Betty Benafe, oh oh saya sangat suka sekali anda bergurindam. Sangat sedap dan merdu) dan yang lain-lain membantu saya untuk kekal dalam mood menonton teater. Ada waktunya saya merasakan Malim lebih menonjol dari watak Uda. Nampak lebih bervisi. Malah Malim kelihatan lebih jelas pejuangan menentang penindasan di kampungnya daripada Uda yang hanya mati kerana cinta sahaja, berjuang kerana cinta yang tidak kesampaian. Malah kalau saya pengarah, saya beri sahaja watak Uda itu pada pelakon yang melakonkan watak Malim. Malah babak Uteh melawan Alang Bakhil itu lebih terkesan .

Mungkin saya kecewa dengan teater ini. Mungkin apabila dipentaskan di Istana Budaya dengan skala pementasan yang lebih besar, saya mengharapkan produksi ini memberikan sesuatu yang saya akan kenang. Malah saya menjangka sesuatu yang lebih besar juga. Jika tidak pentaskan sahaja di Panggung Bandaraya.

Namun tahniah kepada produksi UA kerana berusaha membawa teater ini ke Panggung Istana Budaya, Panggung yang bertaraf dunia.

Mozek-mozek kisah HSKU 2009


Masih seperti tahun lepas.

Saya dan kawan-kawan akan cuba-cuba mencari masa pergi menonton majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2009 walaupun dalam hati ada rasa suka-dengki untuk hadir. Ya, suka untuk meraikan rakan-rakan seangkatan-sekroni yang menang hadiah. Rasa dengki, kenapalah aku tak naik-naik atas pentas lagi. Hihi

Itulah penulis. Dengki bukan untuk menjatuhkan. Tetapi dengki sebagai penunu untuk menyemarakkan hasrat agar terus menulis dan menulis.

HSKU walaupun tidak menawarkan ganjaran yang lumayan seperti hadiah sastera badan berkanun itu tetapi tetap juga dinanti-nanti oleh semua yang menulis untuk penerbitan Kumpulan Utusan. Mana tahu ada nama tersangkut sama. Mengapa agaknya?

Seperti kata pemenang hadiah utama, Sri Rahayu Mohd Yusof : HSKU merupakan majlis anugerah yang konsisten memberi pengiktirafan kepada penulis berbanding anugerah sastera yang lain. Malah saya sendiri secara peribadi sangat senang hati mengumpul koleksi buku HSKU dan kadang-kadang jadi candu agar saya menulis ketika melihat deretan buku tersebut.

HSKU seperti satu Eiffle Tower di Paris. Apalah guna ke Paris jika tidak berjumpa dengan nyonya besar, kota Paris itu.(Andrea Hirata, Endesor). Begitulah HSKU dengan penulis dan dunia sastera. Mungkin.

Tahun lepas, kami datang beramai-ramai dan duduk betul-betul di hadapan tangga tempat pemenang turun. Jadi sempat lah menjadi tol untuk mengucapkan tahniah. Tahun ini tidak begitu. Jadi mana yang terserempak sahaja la sempat mengirimkan ucapan tahniah.

Mujur, sempat berjumpa dengan Kak Sri (panggilan mesra Sri Rahayu Mohd Yusof) dan mengucapkan tahniah serta memintanya menurunkan tanda mata di bukunya yang menang hadiah pertama, Impuls/Otak. Setahun sekali sahaja berjumpa dengannya. Oleh itu beli buku dia sahaja. Maaf, bulan ini kewangan sedikit mendesak. Mahu kumpul duit untuk sesuatu.

Apa yang menyeronokkan, pemenang hadiah tahun ini ada bervariasi, bukan pada orangnya tapi pada karyanya. Saya tiada masalah jika seseorang memenangi HSKU berturut-turut asalkan memberikan gaya bahasa, idea yang segar dan berbeza. Ya, saya tahu pemilihan pemenang bukan ditangan penulis tetapi ditangan hakim. Jadi hakim haruslah memilih karya-karya yang bagus mutunya dan bervariasi supaya khalayak sastera tidaklah hanya membaca karya-karya yang begitu-begitu juga. Kebiasaan orang akan cenderung memilih buku yang ada label seperti Best-Seller, pemenang hadiah HSKU, pemenang Hadiah Sastera-Perdana supaya pelaburan yang dibuat untuk membeli buku berbaloi dengan kepuasannya untuk membaca.

Kalau berkenan persembahan, saya cuma kecewa sedikit dengan Aizat. Ya, saya menyukai beberapa lagu beliau tetapi sayangnya semasa selingan diantara lagu Susun Silang Kata dan Hari Esok (tidak ingat tajuknya), Aizat seperti langsung tidak menghormati majlis ini. Maksud saya bab menghormati ialah ucapan selingan Aizat hanya menyebut, Terima Kasih Utusan. Ingat ini program Baca Puisi sahaja kah? Ini Majlis Anugerah Sastera, paling-paling kurang pun ucaplah tahniah kepada pemenang walaupun kau tak tahu apa yang dia menang atau tidak pernah baca apa yang mereka tulis. Ya, beliau mahu mempromosi album tetapi kalau sambil menyelam minum air. Sambil ucap tahniah sambil promosi. Oh kalau tak faham, kill two bird with one stone. Jika tidak tak payah berkata apa-apa macam Dayang Nurfaizah. Jadi saya tolak kredit kesukaan saya pada Aizat, Ha.. Nissa, saya kena sing along lagu lain la masa dalam kereta. 🙂

Akhir kata, tahniah. Tahniah. Tahniah kepada semua pemenang Hadiah Kumpulan Sastera Utusan 2009 kerana tidak pernah jemu menulis untuk memandaikan bangsa.

Notakakitangan: Selepas menonton cameo Uda dan Dara, ada sedikit kecewa dan perasaan teruja tidak melambung-lambung untuk menontonnya. Bagaimana ini?


Ketakutan!


Antara ketakutan saya semasa membuka akaun blog saya pagi-pagi ialah apabila di ruangan statistik mencatatkan carian nama Ainunl Muaiyanah. Memang rasa terkejut dan berpeluh. Ada satu hari itu saya terbaca carian nama Ainunl Muaiyanah ke blog saya ialah 29 carian dalam sehari.

Tak, bukan saya bangga. Jauh sekali. Saya hanya khuatir, untuk apa dicarinya nama saya? Kalau mencari saya kerana tulisan-tulisan saya, saya seperti mahu bersembunyi. Kalau setakat cari Nyanyian Hujan itu tidak apalah, tapi kalau Ainunl Muaiyanah? Siap ejaan betul itu. Macam pengintip atau pengintip pula (tak nak cakap stalker, konotasinya negatif)

Selalu orang silap eja Ainunl jadi Ainul la, Ainil la. Malah ada pula yang ingat saya guna nama pena dan bukannya nama betul. Ceh. Penat abah bertafakur berfikir nama saya. Jadi soalnya, siapa yang rajin sangat menaip nama saya hingga 29 kali itu?

Kalau kamu mencari saya kerana karya saya yang entah apa-apa, baik jangan. Atau kamu mencari saya kerana pernah terserempak dengan saya dimana-mana event kemudian ingin ambil tahu, Siapalah minah yang banyak cakap tak berhenti itu, baik jangan. Bukan melarang ke apa tetapi kamu hanya akan menemui kekecewaan atau akhirnya mengutuk segala usaha kamu. Sebab di blog ini, yang ada hanya coret-coret emosi yang emosional atau bahasa mudah emo.

Bacalah blog saya sebagai Anonymus (bukan anoneemus, itu pemilik taman bunuh diri). Tiada penilaian bila berjumpa saya diluar. Skeptikal, sarkastik, parodi, paradoks. Opss….

Semoga ada sedikit coretan saya yang emo itu memberi manfaat kepada pembaca.

Saya tinggalkan pembaca blog Nyanyian Hujan dengan lagu Ebiet G. Ade – Dengarkanlah Kata-kataku

Secepat mungkin
Engkau harus berhenti
Menghabiskan nafas di luar
Kenikmatan dunia
Sering membuat lena
Tak ada
Yang dapat mencegah
Selain engkau sendiri
Sebelum terjerumus semakin jauh
Sebaiknya engkau berhenti

Secepat mungkin
Engkau harus pulang
Menghabiskan mimpi
Yang hilang
Kenyataan hidup
Terkadang menyakitkan
Tak ada
Yang mampu merubah
Selain engkau sendiri
Sebelum senja merebut berganti
Sebaiknya engkau berhenti

Secepat mungkin
Engkau harus padamkan
Bara api panas membakar
Gemerlap cahaya
Akan segera sirna
Bersama turunnya senja
Dengarkanlah dengan hatimu
Jangan engkau dengar
Dengan jiwa buta
Dengarkanlah kata-kataku
Jangan engkau melihat
Siapa aku..

Notakakitangan: Kepada yang pernah mencari nama saya, tinggal-tinggalkan email ya sebagai tanda kenang-kenangan. Hi Hi Hi

Notakaki: Penat cari videonya tapi tak jumpa. Sila google kalau nak dengar lagunya atau email saya ya