Ketakutan!


Antara ketakutan saya semasa membuka akaun blog saya pagi-pagi ialah apabila di ruangan statistik mencatatkan carian nama Ainunl Muaiyanah. Memang rasa terkejut dan berpeluh. Ada satu hari itu saya terbaca carian nama Ainunl Muaiyanah ke blog saya ialah 29 carian dalam sehari.

Tak, bukan saya bangga. Jauh sekali. Saya hanya khuatir, untuk apa dicarinya nama saya? Kalau mencari saya kerana tulisan-tulisan saya, saya seperti mahu bersembunyi. Kalau setakat cari Nyanyian Hujan itu tidak apalah, tapi kalau Ainunl Muaiyanah? Siap ejaan betul itu. Macam pengintip atau pengintip pula (tak nak cakap stalker, konotasinya negatif)

Selalu orang silap eja Ainunl jadi Ainul la, Ainil la. Malah ada pula yang ingat saya guna nama pena dan bukannya nama betul. Ceh. Penat abah bertafakur berfikir nama saya. Jadi soalnya, siapa yang rajin sangat menaip nama saya hingga 29 kali itu?

Kalau kamu mencari saya kerana karya saya yang entah apa-apa, baik jangan. Atau kamu mencari saya kerana pernah terserempak dengan saya dimana-mana event kemudian ingin ambil tahu, Siapalah minah yang banyak cakap tak berhenti itu, baik jangan. Bukan melarang ke apa tetapi kamu hanya akan menemui kekecewaan atau akhirnya mengutuk segala usaha kamu. Sebab di blog ini, yang ada hanya coret-coret emosi yang emosional atau bahasa mudah emo.

Bacalah blog saya sebagai Anonymus (bukan anoneemus, itu pemilik taman bunuh diri). Tiada penilaian bila berjumpa saya diluar. Skeptikal, sarkastik, parodi, paradoks. Opss….

Semoga ada sedikit coretan saya yang emo itu memberi manfaat kepada pembaca.

Saya tinggalkan pembaca blog Nyanyian Hujan dengan lagu Ebiet G. Ade – Dengarkanlah Kata-kataku

Secepat mungkin
Engkau harus berhenti
Menghabiskan nafas di luar
Kenikmatan dunia
Sering membuat lena
Tak ada
Yang dapat mencegah
Selain engkau sendiri
Sebelum terjerumus semakin jauh
Sebaiknya engkau berhenti

Secepat mungkin
Engkau harus pulang
Menghabiskan mimpi
Yang hilang
Kenyataan hidup
Terkadang menyakitkan
Tak ada
Yang mampu merubah
Selain engkau sendiri
Sebelum senja merebut berganti
Sebaiknya engkau berhenti

Secepat mungkin
Engkau harus padamkan
Bara api panas membakar
Gemerlap cahaya
Akan segera sirna
Bersama turunnya senja
Dengarkanlah dengan hatimu
Jangan engkau dengar
Dengan jiwa buta
Dengarkanlah kata-kataku
Jangan engkau melihat
Siapa aku..

Notakakitangan: Kepada yang pernah mencari nama saya, tinggal-tinggalkan email ya sebagai tanda kenang-kenangan. Hi Hi Hi

Notakaki: Penat cari videonya tapi tak jumpa. Sila google kalau nak dengar lagunya atau email saya ya

8 thoughts on “Ketakutan!”

  1. Awatnya, hang tau tak aku lupa tajuk blog hang, dah tu aku goggle nama penuh hang, keluarlah blog ni, hehehe

    ainunl muaiyanah tu namanya unik, mungkin buat orang tertanya-tanya, disangka nama pena, haha, lucu pula,

    eh, aku masih tak dapat nak panggil kau Yana, macam yan dan wiyah panggil..

    baiklah cik ainunl, semoga masyarakat mengenang namamu dengan setiap kebaikan yang kau tinggalkan..

    insyaallah aku doakan kebaikanmu selalu….

    Like

  2. Syahidah : Haha.. La hang ka? Ingat siapa. Tak apa. La ni aku dah tahu hang yang cari nama aku. Tak lah berpeluh sangat. huhu.

    Hihi. Ala yana itu nama keluarga panggil. Ainunl itu nama yang formal. kedua=duanya masih merujuk orang yang sama.

    InsyaAllah. Moga jadi begitu🙂

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s