Selepas menonton Uda dan Dara


Ada banyak sebab orang pergi menonton teater ini. Mungkin kerana mereka peminat Misha Omar, mungkin kerana mahu menyelam naskhah Usman Awang, mungkin hanya mahu mengisi isi lapang, mungkin ingin menonton teater romantis bersama tersayang (yelah, menonton movie sudah jadi aktiviti yang membosankan. haha). atau mungkin ada yang mahu membandingkan pementasan Uda dan Dara tahun 1972 dengan tahun 2010. Mungkin.

Saya setuju menonton teater Uda dan Dara tanpa teringat ada Malam Puisi Utusan.

Pertamanya, ketika menonton sedutan babak teater Uda dan Dara semasa menghadiri Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, saya sudah hilang mood mahu menontonnya. Kenapa ya. Namun, oleh kerana sudah lama bersumpah keramat cinta ingin menontonnya, maka tunaikan sahaja.

Keduanya, saya sangat suka poster Uda dan Dara (sebelum digantikan dengan gambar pelakon utamanya). Gambar cempaka gunung yang berdarah di atas sireh sepertinya menggambarkan keseluruhan roh teks teater ini.


Saya mulakan dengan susunan muziknya dahulu. Saya kira sajak Uda dan Dara serta Gadis di Kuburan berjaya diinterpretasikan dengan baik. Kalaulah ada dijual CD lagunya, bolehlah saya memasang niat untuk dijadikan sebagai ringtone. Tahniah kepada Hafiz Askiak kerana berjaya menggubah puisi Usman Awang menjadi lagu yang indah. Namun, ketika babak nyanyian Dara (semasa adegan cakap seorang-seorang atau bahasa sopan monolog dalaman), saya rasa kurang indah di telinga saya. Saya rasa Dara (yang didukung oleh Misha Omar) menyanyi sebagai Misha Omar dan bukan Dara.

Set pentas pula. Keindahan desa seperti tidak digambarkan sebaiknya-baiknya. Pokok-pokok pisang itu terlalu kaku. Saya tahulah pokok pisang memang kaku tapi sekurang-kurangnya haruslah memberi sedikit keindahan dan romantis dalam teater ini. Itu saya kurang rasa. Pokok-pokok pisang serta tumbuhan hanya tinggal sebagai prop yang kaku. Walhal dalam skripnya menyebut unsur alam seperti angin, pohon, sungai sebagai jalinan yang akrab dengan kisah cinta Uda dan Dara. Saya suka adegan musim mengemping dimana suasana desa digambarkan dengan meriah. Kanak-kanak-kanak berlari, penduduk kampung sibuk menumbuk padi, membuang antah.

Ini kisah cinta agung. Cinta agung versi Melayu. Bukan kisah Romeo dan Juliet yang diinterpretasikan dalam teater Melayu. Tidak. Namun mana kisah cinta yang agung itu di dalam teater ini? Saya tidak melihatnya. Watak Dara tidak lebih daripada seorang gadis yang tergedik-gedik hendak kahwin dengan Uda. maaf untuk pergunaan perkataan gedik. Ketika menyebut Dara, saya menggambarkan dia membawa definasi sebenar gadis Melayu (bukan seperti gadis Melayu tv9 itu, itu gadis Melayu komersil). Dara yang pemalu tingkah, langkahnya. Dara yang menuturkan kata dengan budi bahasa yang lembut. Dara yang menuturkan cinta dengan matanya dan menyembunyikan rasa di dalam dadanya. Tapi saya tidak menemuinya dalam Dara di teater ini. Seperti contohnya ketika Uda ingin mempersuntingkan Dara menjadi isterinya ditempat biasa mereka bermadu kasih, cara penerimaan Dara itu sungguhlah gedik. Ops, maaf sekali lagi. Saya patut tukar jadi terkinja-kinja kot. Saya kira Misha Omar harus belajar bagaimana menjadi Dara sebagai Perempuan Melayu bukannya sebagai Juliet. Walaupun pengarahnya berkata, Misha Omar berjaya membawa watak Dara yang manja dan sedikit nakal namun saya tidak merasakannya. Maaf ya. Ha, lagi satu ketika perbukaan 15 minit teater ini, Misha seolah-olah cuba-cuba berlakon menjadi Dara sehingga beberapa tone dan nadanya menutur dialog terasa janggal dan ada pula tergelincir pendekar menjadi pendeke? Tak apalah, pertama kali memegang watak utama kan. Kan. Kan.

Uda oh Uda. Anda sangat tenggelam. Malah dalam teater ini saya tidak melihat betapa agungnya cinta Uda dan Dara. Ya, Uda, lelaki yang sanggup berkorban untuk cintanya. Namun hanya itu sahaja. Uda hanya bangkit kerana cintanya tertolak. Kalau cintanya tidak tertolak, mesti dia tidak mengamuk mahu perang. Jadi, Uda pejuang yang sedikit hiporkit. Sampai saya hairan, mengapa agaknya semua orang kampung menyanjung Uda, sedangkan kalau saya lihat Malim lagi berwibawa. Lagi satu, lakonan Zally Hussain seakan tidak menjadi. Terlalu mengawal ekspresi sampai tidak terluah, kaku dan tiada kolerasi dengan watak-watak lain.

Ya, ada babak yang dikatakan lucah oleh sesetengah penonton. Malah Misha Omar mengatakan dalam akhbar, dia sampai menangis-nangis sebab mahu melakonkan babak itu. Saya tidak pasti sama ada dalam teks asal karangan Usman Awang memang ada bab Uda dan Dara hanyut dalam keasyikan cinta sehingga terlanjur sebelum Uda ke bandar (merujuk tulisan di Berita Harian), namun secara peribadi saya merasakan babak itu telah mencacatkan definasi cinta agung itu. Ah malu sekali mahu menyebut Uda dan Dara adalah kisah cinta agung orang Melayu apabila ada babak begitu. Disela-sela isu pembuangan bayi dan perselingkuhan, boleh pula keterlanjuran dalam cinta didefinasikan sebagai cinta agung? Sebutlah saya ini konversional dan kolot atau apa-apa.

Mujur-mujur sekali, watak-watak pembantu dalam teater ini seperti Pak Uteh, Malim, Mak Dara (Betty Benafe, oh oh saya sangat suka sekali anda bergurindam. Sangat sedap dan merdu) dan yang lain-lain membantu saya untuk kekal dalam mood menonton teater. Ada waktunya saya merasakan Malim lebih menonjol dari watak Uda. Nampak lebih bervisi. Malah Malim kelihatan lebih jelas pejuangan menentang penindasan di kampungnya daripada Uda yang hanya mati kerana cinta sahaja, berjuang kerana cinta yang tidak kesampaian. Malah kalau saya pengarah, saya beri sahaja watak Uda itu pada pelakon yang melakonkan watak Malim. Malah babak Uteh melawan Alang Bakhil itu lebih terkesan .

Mungkin saya kecewa dengan teater ini. Mungkin apabila dipentaskan di Istana Budaya dengan skala pementasan yang lebih besar, saya mengharapkan produksi ini memberikan sesuatu yang saya akan kenang. Malah saya menjangka sesuatu yang lebih besar juga. Jika tidak pentaskan sahaja di Panggung Bandaraya.

Namun tahniah kepada produksi UA kerana berusaha membawa teater ini ke Panggung Istana Budaya, Panggung yang bertaraf dunia.

Advertisements

9 thoughts on “Selepas menonton Uda dan Dara”

  1. Dan sesungguhnya aku bersetuju dengan apa yang kamu perkatakan. Misha terlalu mencuba sehingag nampak tidak natural… dan kesantuanan gadis melayu yang tersanjung itu tidak diperlihatkan dara…

    Like

  2. Dan sesungguhnya aku bersetuju dengan apa yang kamu perkatakan. Misha terlalu mencuba sehinga nampak tidak natural… dan kesantunan gadis melayu yang tersanjung itu tidak diperlihatkan dara…

    Like

    1. Koishie : Ya, Misha terlalu mencuba. Mungkin kerana dia terlalu mencuba menjadikan lakonannya kaku. walaupun dalam surat khabar dia menyatakan, menyerahkan sepenuhnya pada watak Dara namun tidak begitu.

      Tapi kita patut puji keberaniannya melakonkan watak Dara πŸ™‚

      Like

  3. aku rasa mungkin kau tak tau apa-apa yang berlaku dengan bahagian belakang tabir yang membuatkan prop kelihatan kaku begitu walhal dah di khabarkan kepada umum tentang masalah itu. sebab itu kau hanya mampu mengkritik membabi buta..oppss.. sedangkan seorang yang profesional dalam bidang ini pun telah memuji dan mengkritik mana yang bagus dan silap dalam produksi ni..

    Like

    1. Roslan : wah! Encik Roslan, terima kasih kerana berkunjung dan beri penjelasan. saya suka sekali kalau encik roslan boleh terangkan apa yang berlaku di sebalik tabir supaya saya mendapat penjelasan. Lagipun sememangnya sebagai penonton, manalah kami ini tahu apa yang berlaku disebalik tabir selain pihak produksi yang arif lagi bekerja keras πŸ™‚

      Saya hanya komen dari sudut apa yang saya tonton. Kalau profesional memuji teater ini, maka itu pandangan profesional. Apakah pandangan seorang penonton yang membayar harga menonton tidak punya hak untuk memberi pandangan?

      Kalau jawapannya ya, boleh tolong abaikan sahaja pandangan saya yang membabi buta ini πŸ™‚ Pandangan kerdil dan bukan profesional ini tidak akan memberi kesan apa-apa kepada produksi Uda dan Dara yang gah itu. Jangan khuatir πŸ™‚

      Saya bersama gembira encik roslan sudi ke blog saya dan memberi pandangan. Membetulkan mana yang silap dan membenarkan kebenaran πŸ™‚

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s