Seikat Kembang Merah – review


Mendengar Imaen menyatakan judul bakal buku barunya di Pesta Buku PWTC, hati saya sudah berdetak. Ah, apakah judul lagu Ebiet G. Ade? Elegi Esok Pagi?

Berbulan menanti, nah muncullah cover buku dan blurp-nya. Masa itu saya sudah syak wasangka, wah ini pengaruh lagu Camelia 3. Dan imagi covernya jatuh meleset daripada apa yang saya bayangkan. Saya bayangkan covernya akan jadi begini.


Rupanya begini.


Dengarnya cover ini merupakan Lukisan gaya Monet ‘dikahwinkan’ dengan van Gogh ini cuba diterapkan oleh Saudara Oly dalam lukisan asalnya, dan sampul kulit cerita ini sentuhan Abang Grafik JS – Saudara Helmino.(merujuk surat cinta daripada Jemari Seni)

Seikat Kembang Merah menyerlahkan kematangan Imaen dalam berkarya. Walaupun secara peribadi saya masih meletakkan Vandetta di tempat pertama, karya Imaen yang saya suka, Seikat Kembang Merah menjatuhkan Bohemian dan Singaraning, meletakkan Labyrinth ditempat ketiga. Jikalau dalam Singaraning, pembaca harus membaca membaca ‘bebelan atau ‘syarahan’ Imaen dalam karyanya. Namun di dalam Seikat Kembang Merah, Imaen berjaya menyeimbangkan penceritaannya dan kita tidak mendapati Seikat Kembang Merah tidak bersyarah kepada kita berbanding dengan Singaraning sebaliknya bercerita dengan nada tersendiri. Namun Singaraning itu sarat ilmu ekonomi.

Berbalik kepada Seikat Kembang Merah. sengaja tidak saya singkatkan menjadi SKM kerana saya suka sekali tajuknya. Sebab dalam penghasilan puisi, saya suka sekali meletakkan kembang merah berbanding penggunaan nama mawar merah. Kembang merah kedengaran unik, rahsia, tersendiri dalam kelasnya.

Ops. ops. Baru judul dan cover, saya sudah komentar hampir satu muka setengah (kalau ikut ukuran A4 la). Kembali kepada komentar novel. Seikat Kembang Merah membawa kita menyusuri watak Gary yang tiba-tiba jatuh cinta pandang pertama pada Nur Tahani, cik farmasi semasa mahu membeli ubat. Nur Tahani yang disebutnya sebagai bidadari benar-benar membuatkan dia mahu menjadi lelaki yang disukai oleh Nur Tahani walaupun terpaksa berlakon. Pada masa yang sama Gary dicintai separuh mati oleh Nina (mungkin inilah yang ditunjukkan dalam cover buku ini, Nina mengejar Gary dengan seikat kembang merah, hehe) yang sudi berbuat apa sahaja.

Ini kisah cinta yang biasa, A suka pada B, B suka pada C, Namun apa yang membezakan dengan novel-novel yang lain, gaya penceritaan Imaen. itulah kekuatan Imaen. Sungguhpun dikatakan Imaen menulis dengan nada berbeza, namun saya rasakan hanya di bahagian akhir dan bukan dibahagian pemulaan dan pertengahan. Ini kisah cinta yang realistik. Biarpun Gary menyukai Nur Tahani dan gila bayang, penceritaan Imaen bukannya membuai rasa tetapi seakan-akan penegasan dan mirip dengan realiti bagaimana kita jatuh cinta.

Agaknya kalau sudah jatuh cinta, kita sudi berbuat apa sahaja yang menyenangkan orang yang dicintai itu. Berbuat apa sahaja bukan berenang lautan api atau terjun lombong tetapi membuatkan dia juga jatuh cinta dan menyenangi kita walaupun semua yang dia tahu tentang kita adalah pura-pura. Gary dan Nina mewakili watak-watak ini. Watak-watak yang sudi berbuat apa sahaja kerana cinta.

Ya, jika anda mencari, akhirnya Gary dan Nur Tahani dapat bersama walaupun perbezaan sikap dan fahaman mereka berbeza bagai langit dan ala-ala filem Kiamat Sudah Dekat, anda jangan baca novel ini. Itu nasihat saya. Namun itulah yang paling saya suka apabila Imaen memilih untuk menyatukan Gary dan Nina, bukannya Nur Tahani dan bagaimana watak-watak itu kembali kepada fitrah bukan kerana cinta buta semata-mata tetapi kerana naluri dan kehendak sebenar-benar hati. Berubah bukan kerana cinta, apabila cinta hilang, maka perubahan itu hilang bersama cinta. Namun berubah kerana kehendak diri yang mahu berubah, InsyaAllah akan berkekalan selamanya. Itu yang saya dapat daripada Seikat Kembang Merah.

Katalah Seikat Kembang Merah ini anti-klimaks sekalipun apabila Imaen memilih menulis ending-nya begitu tetapi saya tetap suka sekali. Seolah-olah selepas babak di farmasi itu, Imaen menghentikan wataknya untuk bercerita sebaliknya memilih, dia sebagai pengarang untuk bercerita kepada pembaca apakah pengakhiran novelnya.

Saya menutup novel Seikat Kembang Merah yang saya baca seusai Isyak sehingga tengah malam dengan senyum yang manis seperti saya mengucup seikat kembang merah yang harum.

Oh ya, saya tinggalkan dua buah lagu yang turut mengiringnya saya semasa membaca novel ini. Selamat membaca.

Notakakitangan : sedikit kecewa tak dapat sekuntum kembang merah semasa membeli novel ini dari tangan penulisnya sendiri.

Advertisements

10 thoughts on “Seikat Kembang Merah – review”

  1. sudah baca. sangat mengujakan. hahaha. tapi saya tetap meletak Bohemian pada tangga pertama dan Seikat Kembang Merah pada tangga kedua. haiya…Fadlan sangat ‘mempengaruhi’ pemikiran saya. hehehe =D

    Like

    1. Shukri : ya, saya tahu bohemian tangga pertama. tapi kalau dari sudut kematangan dan jalan cerita, saya harus letak seikat kembang merah di tangga pertama 🙂

      Bohemian, maaf, terpaksa jatuh takhta. Nanti i dengar lagu bohemian raphsody ya, tanda bersalah. haha

      Like

    1. Shukri : Ya, lelaki seperti fadhlan adalah lelaki yang saya cari dalam mimpi, sayangnya dia kepunyaan Nadira. huhu..

      oh oh bila. tengoklah hujung tahun ini, atau tahun hadapan. cewah!

      Like

  2. hehe…bahagian surat fadhlan kepada nadira itu sangat romantis. macam zaman Hamka =)

    wah…saya mahu cetakan pertama dengan tandatangan sekali! =P

    Like

  3. Shukri : saya tahu, kalau saya dapat surat itu pun , saya dah ajak lelaki itu kahwin dah.. hahaha. teruk kan..

    🙂

    Sayang surat itu tidak sampai di tangan sesiapa. 🙂

    okey, boleh boleh. dengan kata-kata yang manis tentunya 🙂

    Like

  4. iya. kadang-kadang mahu cuba-cuba juga tulis begitu. tapi zaman moden macam ni, adakah yang mahu baca dengan sepenuh hati? silap-silap kena gelak. haish…

    wah…betul ke? hehe. terima kasih, terima kasih. mudah-mudahan akak dapat menulis dengan jayanya. amin… =)

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s