Macam ini baru seniman!


Dulu-dulu, masa saya sekolah rendah, apabila memilih tajuk atau tema untuk buat cerpen, saya mesti nak gambarkan wataknya pandai main gitar, pandai melukis, pandai meniup seruling, pandai main piano dan segalanya ala-ala seniman la kononnya.

Malah saya selalu mahu cipta watak yang sendiri-sendiri. Ya-lah barulah nama seniman yang selalu dalam keterasingan biarpun dalam keramaian. Lihat, pemikiran saya masa zaman kanak-kanak. Ish ish. Saya masih ingat lagi antara watak-watak cerpen yang saya rangka ialah, seorang budak lelaki yang mati lemas kerana ingin mendapatkan bunga teratai dan pudung bunga teratai (yang ada biji yang boleh dimakan) di tengah tasik untuk kawan perempuannya. Sehingga akhirnya, perempuan itu akan menungggu di tepi tasik setiap malam, kalau-kalau budak lelaki itu muncul membawakan bunga teratai itu. Budak lelaki yang itu pandai melukis dan pandai bermain gitar.


Ada satu cerpen yang dirangka masa sekolah rendah, budak lelaki itu tinggal seorang-seorang di rumah besar. Lepas itu ada watak budak perempuan berpindah ke rumah besar dan terdengar budak lelaki itu mainkan piano dan gitar di anjung. Sesekali melukis di tepi tasik dan mereka bertemu di situ. Bunyi macam sedikit seram la. Lepas itu budak perempuan itu yang menghuraikan konflik kenapalah budak lelaki ini dok tinggal dalam rumah besar seorang diri.

Ceh ceh. Macam apa kan? Mesti nak wataknya pandai melukis, main gitar. Selepas itu wataknya deep. Pemikiran budak sekolah rendah memang macam itu. Abaikan sahaja la.

Bila dewasa begini, saya tidak pandai satu apa pun kemahiran seniman yang konon-konon saya cuba terapkan lewat cerpen-cerpen saya. Saya tak pandai bermain gitar walaupun pernah berkeras mahu belajar. Abang ipar kata, perempuan tidak elok bermain gitar, tangan tak halus, nanti tak ada siapa nak pinang. Ceh! Kalau abang ipar sudah ajar main gitar, mesti saya dah boleh kalahkan Ana Raffali. Baik dia menyesal sekarang! Baru lah seniman, pandai main gitar, nyanyikan puisi dengan gitar, silap-silap boleh masuk program key-notes. Ish ish.


Melukis? Tangan saya memang tidak pandai melukis hatta orang lidi sekali pun. Padahal saya ini mudah jatuh cinta dengan lukisan yang ada kerawang-kerawang, berawan larat, berukir-ukir. Dulu kalau pergi ke CM (pasar seni), saya jadi cepat cemburu dengan kemahiran melukis mereka. Kalau saya pandai melukis, mesti boleh ekspresikan perasaan saya dengan lebih dalam lagi seperti kawan saya ini.

Akhirnya, kemahiran macam ini baru seniman itu langsung tidak mengalir ditangan saya. Saya hanya pandai berbicara dan kadang-kadang menulis corat-coret mengarut. Walhal seniman sepertinya lebih banyak diam dan memerhati. Saya lebih banyak cakap dan menggediks. Ops! Konotasi negatif!

Yana, macam ini, belum lagi macam seniman!

Advertisements

9 thoughts on “Macam ini baru seniman!”

  1. awak ada bakat menulis. tak ada bakat lukis dan main gitar pun tak apa.. kalau nk tahu seseorang ada bakat menulis, sekali baca karangan dia, kita tertarik. saya kali pertama masuk blog awak. dan kali pertama baca tulisan awak πŸ™‚

    Like

    1. Misery : Terima kasih. Ala, setiap orang dalam dirinya adalah seniman πŸ™‚ Saya tak lah bagus sangat menulis πŸ™‚ Berangan-angan menulis sahaja πŸ™‚

      Kalau awak ada blog, boleh bertukar-tukar link πŸ™‚

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s