Saya bukan seorang teman yang baik


Jika kamu harapkan saya sebagai kawan yang akan sentiasa menghubungi atau keep in touch setiap bulan sebagai lambang persahabatan, saya bukan orangnya.

Kalau kamu mengharapkan saya akan kemana-mana sahaja dengan kamu jikalau tidak, kamu kata persahabatan ini tidak bermakna, maka saya tidak boleh menjadi kawan kamu.

Saya bukan kawan yang begitu. Dari zaman sekolah, matrik sampailah universiti, saya bukan teman tidur sebantal, jalan seiring, makan bersama sentiasa. Saya tetap bukan begitu.

Saya jenis yang boleh makan di kedai makan depan universiti seorang-orang sambil menonton tivi atau membaca novel tanpa memikirkan betapa loser-nya saya tanpa kawan. Saya boleh berjalan seorang-orang tanpa perlu ada kawan yang menemankan saya setiap masa dan saat dan akan merajuk jika tidak boleh ikut kemana pergi. Saya bukan jenis yang akan tersinggung bila teman-teman baik lebihkan teman lelakinya setelah bercinta, malah saya jadi tukang pom-pom girl. Saya juga bukan jenis yang kalau mahu pergi sekadar kedai di bawah asrama, harus pergi segerombolan seperti rombongan cik kiah. Saya boleh pergi seorang diri tanpa perlu menjeruk rasa. Saya juga mungkin tiada batu t-shirt yang tercop nama-nama kawan best friend forever atau gambar-gambar mesra tanda kami akan berkawan sampai mati.


Bukan sebab saya suka berseorangan. Begitulah cara saya, yang mungkin bukan cara best-friend-forever.

Saya tahu kawan seperti saya sering dilupakan oleh kamu-kamu. Kawan seperti saya adalah teman ketawa kamu ketika kamu berduka dan kamu akan lupakan apabila ditempat baru. Teman seperti saya yang tidak sentiasa keep in touch, update perkembangan terkini adalah seperti tambahan kenalan di facebook tetapi tiada dalam kewujudan. Kawan yang ditambah hanya sekadar ‘kami pernah sekelas meski tak pernah bercakap” “pernah satu sekolah meski tak pernah berselisih bahu”.

Namun saya jenis yang tidak pernah berkata tidak kalau ada orang minta pertolongan walaupun bukan kenalan rapat.

Saya sentiasa menyediakan bahu untuk kamu bersandar dalam keadaan kesedihan walaupun ketika itu saya juga dalam duka yang amat berat.

Saya bukan di depan kamu pijak semut pun semut kata kenapalah aku tak mati, kemudian dibelakang menikam kamu atau merampas orang kesayangan kamu.

Kalau kamu terjumpa saya di tengah jalan walaupun jarang berjumpa, percayalah saya tetap akan membalas senyum bukannya membuat muka tidak tahu. Saya tetap tegur kamu dengan girangnya (mungkin terlebih ramah)

Jika kamu pernah rapat dengan saya, walaupun sekejap waktu dan satu hari kamu menghubungi saya, saya pasti boleh berbual dengan kamu berjam-jam lamanya seperti kita rapat sepanjang tahun.

Saya boleh ingat apa yang pernah kamu beri pada saya walaupun benda itu sudah 12 tahun berlalu dan perkara itu kamu tidak ingat pun.

Itulah saya.

Mungkin sebab itu, hanya beberapa orang sahaja yang masih mahu berkawan rapat dengan saya. Mereka adalah yang memahami cara saya berkawan.


Kepada kawan-kawan yang pernah berkawan dengan saya, yang pernah berkongsi saat-saat manis bersama, Saya ucapkan terima kasih.

Selamat Hari Bersahabat, kawan..

20 thoughts on “Saya bukan seorang teman yang baik”

  1. hohooo..cik ainunl…kita juga serupa…apapun..jauh di sudut hati,fuzah tahu kamu seorang yg ikhlas dalam persahabatan dan fuzah sangat syukur kita ditemukan sebagai sahabat menerusi alam maya ini…siapa sangka..dunia tulisan mampu menyatukan insan..

    salam hari pershabatan juga…

    Like

  2. lebih suka bersendiri kerana kalau berkawan pun tak ramai yang mahu memahami. yang datang dekat-dekat pun kerana ada agenda sendiri. huh.

    tapi ada la juga kawan. cuma, bukanlah yang kenal 100%.

    entah mahu sayu atau mahu suka dengan entri ini.

    Like

  3. Kita bukan jenis yang begitu. Yang setiap kali cuti akan keluar berdua. Wajib berjumpa. Tak banyak persamaan kita kecuali yang satu itulah. Kak Su yang merapatkan kita. Ingat?🙂 Tapi kadang-kadang (kadang-kadang saja) kita akan keluar sama-sama, catch up on things…

    Dan aku tetap kenang kau sebagai kawan yang baik, nonetheless. Haha.

    Like

    1. Filzah : Mestilah ingat dan kecintaan kita pada bahasa. Ingat?😛
      Itulah cara bersahabat. Tidak dilupa walaupun duduk berjauhan.

      Rindu kamu🙂

      Terima kasih kerana ingat aku selalu. huhu

      Like

  4. oh, kita sangat sama. saya juga boleh makan seorang2 sambil tgk tv di gerai atau baca buku. kerana itu, saya sgt sgt rimas jika ada kawan yang mesti berteman ke mana-mana. kerana kadang2 kita tidak ada masa terluang untuk menemankan dia sahaja.

    org selalu kata saya ini ‘lone ranger’.dan saya selesa begitu.

    tak sangka ramai jugak org mcm saya dan kamu rupanya.🙂

    Like

    1. Sue : Ha.. rupa-rupanya ramai lagi spesies yang macam kita. Tu pink lady pun sama juga🙂. sebab itu kot kita sentiasa senang antara satu sama lain🙂

      betul, tak ramai yang boleh terima spesies lone ranger macam kita ni🙂

      seronok bertemu kamulah orangnya🙂

      Like

  5. “saya sentiasa menyediakan bahu untuk kamu bersandar dalam keadaan kesedihan walaupun ketika itu saya juga dalam duka yang amat berat.”

    mahu pinjam ayat ini.boleh?

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s