Nota : Untuk kawanku, yang telah menghilang


Nota : Untuk kawanku, yang telah menghilang

Dahulu, waktu saya berduka saya ada beberapa orang kawan yang datang menghiburkan hati, menawarkan duka yang makin lama makin membisa dalam dada. Dia, kawan yang sentiasa saya ingat.

Saya benar-benar kenali dia sekejap waktu, namun mungkin dalam sekejap waktu itu, kami adalah orang-orang yang sedang diduga soal hati, maka mudah benar menjadi rapat dan akrab.

Bagaimana ya kawan, untuk saya membalas jasa waktu-waktu saya berduka dahulu. Bagaimana ya untuk saya berterima kasih kerana buat saya ketawa dahulu? Bagaimana ya, untuk saya tidak melupakan kebaikan yang sentiasa diberikan dahulu?


Selain daripada ikhlas berkawan tanpa mengharapkan apa-apa? Sentiasa ada untuk berkongsi kisah sedih dan duka?

Namun, benarlah setiap pilihan yang kita pilih dalam hidup, kadang-kadang memungkinkan kita kehilangan orang-orang yang kita rapat.

Setelah itu, perlahan-lahan saya kehilangan dia. Kehilangan semua rencana yang telah dirancang kalau-kalau saya pulang dari tanah duka itu. Semuanya hanyalah tinggal puing-puing sahaja. Tinggal untuk luluhawa dihakis angin. Selepas pilihan-pilihan itu dibuat.

Kawan, saya hormati setiap keputusan dan pilihan yang telah dibuat. Semoga pilihan yang telah dibuat akan sentiasa membahagiakan hati kawan saya. Semoga, pilihan yang dibuat, tidak pernah dia sesali dalam hidup.


Jika kehilangan adalah lebih baik dan membahagiakan kawan saya, maka saya merelakan kehilangan ini. Insya Allah, dengan hati ikhlas.

Terima kasih kerana pernah menjadi kawan saya, dahulu.

Terima kasih.

Advertisements

13 thoughts on “Nota : Untuk kawanku, yang telah menghilang”

  1. Aku kah kawanmu yang hilang itu? Haha. Perasan pula. Tapi mungkin aku bukan kawanmu yang hilang itu. Aku adalah ‘kawan yang hilang’ bagi kawan-kawan seuniversiti aku. Salahkah aku menghilang?

    Oh, ini aku. Filzah. Aku sudah buang ke sampah blogspot aku kerana aku hendak menghilangkan diri. Huk.

    ps: kenapa semenjak dua menjak ini entri kamu berkisar mengenai rafiq?

    Like

    1. Furaiah : wawa rindu kamu. sekarang kau duduk mana? bila mau jumpa no?
      Oh kau bukan kawan yang menghilang itu, bukan-bukan sama sekali. Kau kategori kawan aku yang “Saya bukan seorang kawan yang baik”. 🙂
      Aku tahu, tanpa perlu kau cakap nama kau pun, Furaiah kan nama kegemaran kau? 🙂
      p/s sebab mungkin penangan hari bersahabat itu 🙂

      Like

  2. Salam…

    Yana,
    Jika kehilangan itu adalah kebahagiaan dan kegembiraan untuk kawan awak, terimalah dengan hati yang terbuka. Semoga tidak sesal dengan pilihannya. =)

    Like

      1. Yana,

        Saya yakin dia tidak akan menuduh yang tidak-tidak pada awak. Dia harus tahu dan sedar tentang itu apakala dia telah membuat pilihannya. Saya doakan yang terbaik untuk semua. =)

        Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s