Warna-Warni Raya – Lemang


Keluarga saya menyambut hari raya sedikit lain dengan rumah disekeliling kami. Kami tiada lemang atau ketupat kerana jarang antara kami menyukai ketupat atau lemang. Kalau ada nasi impit, maka nasi impit yang habis dahulu berbanding yang lain lain-lain. Oleh itu, ibu telah protes terhadap lemang dan ketupat serta tidak mahu langsung membuatnya.


Kami hanya merasa lemang ketika pergi bertandang ke rumah orang atau ketika pulang ke kampung halaman. Atuk akan siap-siaga dengan lemang dan nenek sudah siap-siap menganyam ketupat, tinggal direbus. Sebab itu saya tidak pernah mahir menganyam ketupat. Kalau bakal mak mertua mahu menguji kredibiliti saya, jangan pilih ketupat sebagai ujian. Tentu saya gagal. Gagal dengan teruk sekali.


Raya tahun lepas, entah angin ribut mana, ibu membawa pulang tiga batang lemang dari kampung. Oleh kerana, kami sudah ada ahli keluarga alien (abang ipar saya) yang menyukai benda di luar tabii keluarga kami (seperti suka makan daging, lemang dan ketupat) maka haruslah mengambil kira selera dia juga.


Seperti biasa, saya akan menguruskan hal dapur dan menyediakan juadah. Kakak? Ah! Dia selalu gunakan anak-anak sebagai perisai dan alasan terbaik untuk bermalas-malasan (Baca dengan nada tak puas hati)

Saya siap dengan parang untuk membelah lemang. Dengan muka yakin!, saya pun membelah lemang itu dan meletakkan di atas meja untuk mengambil pinggan mengisinya.

Abang ipar saya masuk ke dalam dapur dan dengan nada sedikit tinggi

“Ini siapa yang belah lemang macam belah kayu api ni?”

Huh?

Lemang? Kayu api?

“Entah, adik kot”

Jawab saya, sambil meletakkan pinggan hidangan dan berlalu keluar dari dapur (sambil buat muka tak bersalah)


8 thoughts on “Warna-Warni Raya – Lemang

  1. haha! Patutnya kau ambil gambar lemang-kayu api kau tu buat bahan bukti dan tempelkan di sini. kelakar la kau ni.

    lupa. Selamat Hari Raya!

    Like

  2. salam cik ainunl,
    sekadar ingin bertanya, sdri ada dapat mesej yang saya tinggalkan di FB? jika tiada, mungkin saya menghantarnya pada orang yang salah. jika ya, saya menanti jawapannya. maaf menganggu di laman ini 🙂

    Like

  3. kalau macam tu, tak apalah. saya cuba teknik carian yang lain pula. maaf susahkan cik ainunl. CD tu, tak perlu pos [bukan merajuk], sebab saya akan berada di tempat lain selepas ini. terima kasih ya. maaf sebab menyusahkan.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s