Menulis : selepas rehat yang panjang.


Diajukan pertanyaan, bagaimana untuk menulis, kak? Membuat saya terkedu dan terdiam selama 3 saat.

Isk. Silap tanya orang ini dik. Saya pun tidaklah aktif menulis apatah lagi pernah menang hadiah sastera. Beri ceramah penulisan apatah lagi. Jadi untuk menjawab, rasanya saya bukan orang yang tepat.

Tapi, ilmu walaupun kita rasa tak berguna bagi kita mungkin berguna bagi orang lain. Jadi saya pun memperturunkan apa yang saya tahu.

Kembali menulis untuk satu rehat yang lama haruslah memerlukan semangat yang kuat. Banyak saya lihat penulis-penulis yang baru memilih subjek-subjek yang terlalu besar sehingga menjadi tak tertanggungkan untuk ditulis. Lalu mengalah dan mengatakan, maaf aku tidak boleh menulis.

Bermulalah dengan subjek yang kecil tapi bawalah makna yang besar dalam subjek yang kecil itu. Kurang jelas? Begini sahaja. Pilihlah subjek yang dekat dengan kamu semua. Contohnya daun atau apa sahaja. Kalau saya, saya memilih hujan. Subjek yang kamu lihat dan kamu dapat rasa.

Ada yang merungut. Jangankan hendak memilih subjek, kepala sungguh menjadi buntu menyusun kata sekalipun.

Nah, membacalah. Membaca boleh melahirkan inspirasi. Dan bereaksilah kita pada bahan bacaan kita. Selalu kalau saya bergalau rasa, tidak boleh menulis, saya akan memilih untuk membaca sajak-sajak dari penyair kegemaran saya. Ya, Sapardi adalah kekasih puisi saya. Baru-baru ini saya menambah Joko Pinorbo menjadi kekasih gelap saya. Tapi baca bukan baca sahaja. Baca dan fikir apa yang ditulis. Ya, saya mengakui, dahulu saya buta menulis puisi. Saya tidak pandai tulis puisi malah ketika MPR 2006, puisi saya pernah dikomen oleh Abang Lutfi Ishak (mentor saya) bahawa puisi saya sangat bercelaru makna dan tidak ada kesinambungan antara yang pertama dan kedua. Ya, saya pernah melalui kegagalan berpuisi, sebab itu saya tetap setia dengan cerpen sehingga saya bertemu puisi Sapardi dan perlahan-lahan dan tenggelam dalam puisinya dan mempelajari menulis puisi secara tidak langsung.

Menulis walau apa-apa pun niat kamu. Menulis walaupun kamu mahu merakam kepedihan dalam hidup. Ataupun senyum melihat peristiwa. Menulislah biarpun sebaris ayat. Pengalaman peribadi dalam menulis puisi, selalunya saya menulis puisi sebelum tidur, ketika emosi dalam keadaan sedih. Waktu hujan turun.

Perlahan-lahan kamu akan menemui puisi dalam diri kamu juga

4 thoughts on “Menulis : selepas rehat yang panjang.

  1. “Menulis walau apa-apa pun niat kamu. Menulis walaupun kamu mahu merakam kepedihan dalam hidup. Ataupun senyum melihat peristiwa. Menulislah biarpun sebaris ayat. Pengalaman peribadi dalam menulis puisi, selalunya saya menulis puisi sebelum tidur, ketika emosi dalam keadaan sedih. Waktu hujan turun”

    Suka frasa ini.

    Terima kasih ainunl dengan perkongsian bermakna ini. 🙂

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s