Apa rasanya orang membenci kamu?


Bagaimana rasanya orang membenci kamu?

Bagaimana perasaan bila tiada orang yang boleh kamu harapkan disekeliling kamu ketika kamu perlukannya?

Bagaimana bila orang sentiasa merasa meluat, menyampah dengan kamu?

Bagaimana agaknya apabila semua orang tidak suka tindakan, kata-kata dan gerak geri kamu?

Bagaimana untuk kamu lalui hidup sedemikian rupa?

Bagaimana untuk hidup dengan mengendahkan manusia lain sedangkan setiap adalah kamu saling bergantungan?

Ah! Betapa susahnya dan betapa peritnya rasa itu.

Dan apa kamu fikir, orang yang membenci kamu tidak menanggung rasa dan keperitan?

Menahan gejolak api benci di dalam dada agar tidak keluar dan membakar dirinya. Apa kamu fikir mudah? Tidak semudah itu kawan.

Kamu fikir, dia mahukan semua itu? Menanggung derita membenci orang? Oh, tidak sama sekali. Tetapi, manusia bukannya sempurna. Betapa dia menahan dan bertahan, ada juga yang terlepas. Betapa manusia tidak pernah sempurna dalam tindakannnya, hatinya.

Lalu begini sahaja, kamu pilihlah jalan kamu bersama komrad-komrad kamu. Begitu juga dengan pembenci-pembencimu, memilih jalannya sendiri. Lebih mudah begitu, sehingga perlahan-lahan rasa benci itu meruap ke udara, meresap ke tanah.

Benar, tidak selamanya dia mahu membenci, dia sekadar mahu ruang untuk memaafkan dirinya agar boleh memaafkan kamu. Dia sekadar mahu masa sehingga dia terlupa dia pernah membenci kamu. Dia hanya mahu masa-masa lalu yang indah tanpa segaris pun kebencian pada orang disekelilingnya. Dia mahu bila mana dia ketawa dan bergurau adalah datang dari hatinya yang ikhlas dan bukan pura-pura, sama seperti satu ketika dahulu.

Bolehkan kamu hormatinya permintaannya seperti kamu menghormati diri kamu sendiri selama ini? Bolehkah kamu jangan tuangkan perasaan benci ke dalam hatinya lagi dan lagi?

Oh ya, dia kata, dia sudah membuka pintu yang mengurung kebencian dalam dadanya. Dia mahu membebaskan segala-galanya. Dia hanya mahu semua yang di dalam pintu itu terbebas.

6 thoughts on “Apa rasanya orang membenci kamu?

  1. yana! ada terfikir juga tentang isu ni. Baru ingat nak buat entri “ingat sampai mati”.
    hehe.. Ada beberapa orang yang walaupun saya dah maafkan dia, tapi saya tetap akan ingat sampai mati.

    Like

  2. bukan bersikap prejudis atau bersangka buruk…tapi sepanjang hayat..hanya itulah yang dilalui. Hanya diri sendiri tahu betapa diri mahu menjauh dari mereka yang membenci. Tapi mahu ke mana? mereka di mana-mana…tak sanggup menyakitkan mata yang memandang, membingitkan telinga yang mendengar,…apa saja agar mereka tidak menderita menahan kebencian terhadap saya..saya lebih rela ghaib dari kehidupan supaya mereka semua dapat akhirnya hidup tenang , bahagia dan damai tanpa menahan rasa benci terhadap saya.

    Like

Tinggalkan komen