5 Sebab Jangan Menonton Wayang di GSC, Ipoh Parade


Saya tidak tahu berapa panggung wayang di Ipoh, baru-baru ini sempat singgah tengok Harry Potter: Deathly Hollow Part 1 di GSC, Ipoh Parade. Oh jangan tanya kenapa pergi tengok Harry Potter di Ipoh? Selepas menonton, saya dan teman telah memutuskan 5 sebab jangan menonton wayang di GSC, Ipoh Parade.

  1. Orang suka keluar dan masuk sesuka hati. Kalau seorang dua tidak mengapa, tetapi ini keluar semata-mata nak beli pop corn, atau sweet corn, atau air. Keluar masuk dengan sangat berleluasa sehingga kita rasa sangat-sangat terganggu. Pelik sungguh! Buat apa bayar tiket mahal-mahal tetapi tidak menonton wayang itu sepenuhnya? Baik beli DVD sahaja.
  2. Panggung di GSC, Ipoh Parade tidak menyerap bunyi, jadi apabila ada orang keluar masuk maka lantai akan berbunyi keriuk-keriuk. Sudahlah lantai mudah berbunyi dengan dahsyatnya, orang pula kerap keluar masuk. Ha. Jadi bayangkan sahaja la kan. Kalau kita tengok cerita hantu, rasanya kita yang terkejut dengan bunyi-bunyian di wayang berbanding cerita hantunya.
  3. Kita boleh maafkan bila orang keluar masuk, itu urusan masing-masing tetapi yang tak tahan itu, perlukah menghempas pintu semasa keluar masuk? Gedegang sana gedegang sini. Sampai terkejut saya dan teman semasa asyik menikmati cerita. Ada waktunya, kami saling berpandangan dan membuat muka dengan gangguan dan altitud orang yang sedang menonton di panggung.
  4. Harry Potter 7: Deathly Hollow Part 1 telah diklasifikasikan sebagai PG13, maknanya yang bawah 13 sepatutnya tidak boleh masuk panggung. Ini diangkutnya anak-anak saudara semua itu penuhkan kerusi panggung. Sudahlah Harry Potter, ceritanya kali ini berjalan lambat sebab nak menerangkan itu ini, tentulah anak-anak berasa bosan, dan mula membuat bising. Kalau seorang dua tidak apalah, kita faham tetapi kalau buat bising beramai-ramai, kita pun jadi naik angin juga. Sememangnya tidak dapat menikmati cerita. Mujur sudah baca novelnya.
  5. Spesies ini, kalau boleh jangan tengok wayang. Beli sahaja DVD dan tonton di rumah sahaja. Spesies ini, saya rasa yang tak pernah baca bukunya. Oh tak apa, dimaafkan siapa yang tak baca bukunya tetapi kalau setiap scene kamu buat skrip sendiri siapa tak sakit hati, lebih-lebih lagi apabila skrip yang kamu buat memang nampak sangat kamu tidak pernah membaca bukunya atau tidak ikut siri Harry Potter. Mula-mula kita rasa comel la, sebab innocent sangat masa menonton dan buat skrip sendiri tapi kalau kekerapan itu sangat tinggi, darah tinggi kita pun naik la kan. Sudahlah itu, buat perangai macam menonton di rumah. Suaranya jelas pun kedengaran pada saya dan teman yang duduk di depan. Memang malang sungguh. Kita dah menjeling ke belakang pun buat tak faham. Kalau menegur nanti, takut perkara bising-bising dipanggung sudah jadi budaya di sana. Yelah kami kan orang luar.

Keluar sahaja GSC, saya sudah buat muka. Sebelum masuk panggung, tidak dapat beli pop corn kerana pop corn habis. Pop corn habis???? Rasa nak gelak sahaja. Kalau ini setakat wayang biasa macam saya dan kawan-kawan tonton di Teluk Intan dahulu itu, tidak apalah. Sebab ini franchise GSC kot, bukan panggung tak ada jenama itu. Pop corn boleh habis dan dia tidak beritahu pada kami yang beratur panjang dan perkhidmatan
yang sangat lambat. Sekurang-kurangnya letaklah nota di kaunter itu kan?

Salah satu sebab kami tidak mahu menegur mereka yang bising dan bunyi telefon yang mendering kerana seakan merasakan itulah budaya menonton wayang di sana. Semua orang tidak ambil peduli pun bila ada bunyi-bunyian sedemikian rupa. Kalau disini, baru bunyi mesej, bep bep, orang sebelah dah menjeling tajam dah. Agaknya kalau sampai tahap buat skrip sendiri itu, ada yang menoleh dan menegur dengan ayat-ayat ‘cinta’ yang menusuk kalbu.

Itulah akibat kalau orang Selangor dan Kuala Lumpur yang tiba-tiba menonton wayang di luar negeri. Memang terkena kejutan budaya.

Namun, bahagian panggung wayang sahaja yang saya komen. Saya tetap suka ke Ipoh yang seolah-olah bandar yang tidur. Membangun dalam style tahun 70-an, menurut teman saya. Bangunan lamanya, bau kopi dan penduduknya yang ramah. Ada masa nak buat rombongan berjalan-jalan ke Ipoh lagi.

 

 

Anekdot :

  • Orang Ipoh tak panggil wayang ikut jenama. Disini kita akan tanya, GSC mana, TGV mana? Macam itu kan? Bila kami tanya, “Kak, GSC mana?” mereka akan jadi terpinga-pinga. Disana mereka panggil cinema. Comel pula rasanya.
  • Yang paling seronok di Ipoh Parade ialah Novel Hut, Novel Hut ya kawan-kawan bukan Book Hut.
  • Harry Potter 7: Part 1 memang sangat-sangat menyeronokkan. Cerita sudah semakin menunjukkan sisi gelap dan dingin.

41 thoughts on “5 Sebab Jangan Menonton Wayang di GSC, Ipoh Parade

  1. yana!! kamu sangat comel!! hahaha..

    saya sendiri dah lama tak menonton di gsc. malah ipoh parade pun sudah lama tak dijejak. sebabnya kat situ ramai sangat remaja berpeleseran. jadi, seram sikit, sebab tu lah agaknya dalam wayang tak bertamadun..

    tapi, kalau memang niat nak mencari buku di NOVEl hut, memang terpaksa lah pergi ke ipoh parade. kamu sudah sampai di kedai buku mubarak? kalau tak silap di kawasan pekan ipoh lama. memang kenangan betul kedai tu sebab di situ biasa membeli buku semasa kecil. oh, kedai itu juga tempat membeli buku ayah saya dan adik beradik semasa mereka muda remaja =)

    alamak. macam dah buat entri sendiri jer dekat sini.. *peace*

    Like

    1. Fairuz : part mana yang comel? 😛 (sambil malu-malu)
      Itulah memang ramai remaja. Ala, mana-mana shopping complex pun macam tu kan. lagi-lagi kami pergi hujung minggu.
      itulah singgah ipoh parade tu sebab Novel Hut, kalau tak, jangan haraplah. pasal kedai mubarak tu tak pernah pula. oh semasa muda remaja.. sekarang tak muda lah ya? hehehe.
      Tak pe,tulis panjang-panjang. saya suka 🙂

      Like

  2. selama 4 tahun saya duduk tronoh dan ulang-alik ipoh-tronoh, ini adalah pertama kali saya tahu bahawa di ipoh parade ada panggung wayang!!! *ternganga*
    selalunya kalau di ipoh, kami menonton wayang di jusco saja. di situ lebih best kot. dan saya tak suka ke ipoh parade sgt, sbb tak berapa menarik. food court pun sepi semacam. saya hanya ke sana untuk cari buku di novelhut. 🙂

    Like

    1. Sue : waaaaa… itu lagi dahsyat! hahaha… 🙂 janganlah tengok wayang di ipoh parade, menakutkan 🙂
      Ya, anak ipohyang berwawasan memang akan menonton di Jusco :). Ipoh parade untuk cari buku di Novel Hut sahaja 🙂

      Like

      1. assalamualaikum,saya org ipoh. pasal wayang gsc tu mmg betul.thats why choice saya lebih ke jaya jusco or aeon.klw mai ipoh lg. for me, the best choice is aeon station 18(tgv). parade tu, wyg tu dah lama wujud. jadi dy punya operation mcm low skit. tp skunk ipoh parade dah diperbaharui. so mungkin ada serba sedikit perubahan. assalamualaikum bye

        Like

  3. Teman stuju benor dgn kome. Teman pon tak gemor nengok wayang kt parade. Kome penah parking kete tingkat atas tak? Huiyooo…. buleh monggek (muntah) dibuatnye..! Berpuseng2 smpei bepinor bijik mate nk sampei ke ateh… Gile gamoknye enjiniar yg buat bangunan ipoh parade ni…

    Like

  4. uit, slm 1mlysia..huhu.. sy org ipoh, dr kecik smpai bsr kat ipoh.. if nak compare GSC Ipoh Parade & TGV Kinta City..mmg la mcm langit ngan bumi. harga tiket pon da mbezakan kualiti ‘mereka’.. if nak selesa kena g jusco lar. tp tiket mahal sket tapi berbaloi.. u decide..

    Like

  5. assalamualaikum,

    tgh google2 terjumpa blog saudari, saya Noh dari ipoh.. 🙂

    salam kenalan..
    haii.. sya pun orang Ipoh gak..
    Tringat dulu pangung-panggung wayang lama di Ipoh, Lido,Cathay,panggung REX,Majestic,Odeon,Ruby,Capitol,Grand,Eastern,Hoover,panggung di bahagian bawah bangunan Sri Kinta@sekarang di ambil alih oleh Lotus Cinema (masih ada lagi sampai sekarang berhadapan bangunan Telekom..

    Sekarang hanya tinggal cineplex GSC(di Ipoh Parade) ,TGV cinema (di Jusco@Kinta City Ipoh ) dan terbaru Lotus 5 Cinema (depan Telekom dalam pekan ipoh/dekat dgn bangunan Yik Foong@Glory)..
    http://www.cinema.com.my/news/news.aspx?search=2010.G_lotus_ipoh_3796

    Kali terakhir menonton wayang di Ipoh Parade pada tahun 2004 cerita Puteri Gunung Ledang.. masa tu memang banyak budak-budak,berlari sana sini..senarionya sama macam yang saudari alami..
    Tapi pada masa saya menonton nasib baik lah takde tukang bercerita atau tukang buat skrip sendiri kalau tak saya sound tepet dah. 😛

    Tapi terkejut jugak lah tengah sedap2 tengok cerita..tiba2 dri bawah kerusi tersembul kepala budak main cak2 yang member sebelah pulak ada budak main sergah..

    Baru nak sound ade orang lain sound dulu.. mak dgn ayah budak-budak buat selamba je tgk wayang.. sebab nampak budak-budak tu lari ke arah mak ayah diorang duduk kat kerusi paling depan sekali sambil buat bising mak!mak!abah!abah! bila nak habiss ni.. hummmm, saborr je la.. last2 kene sound dgn budak check tiket.. masa tu ada dalam belas2 orang je tgk.

    Itu lah last saya tgk kat situ.. mula2 dulu masa tahun 90an best tgk kat Ipoh parade tu.. bunyi best giler.. bergegar tempat duduk sound dia..air cond sejuk gila babeng..tringat lagi masa tgk citer “Twister”,”Dante`s Peak”,dan banyak lagi la..
    tapi masa tgk PGL tu,diorang bukak dua speaker je.. dah tak surround sound.. kalau tak dulu,macam nak pecah telinga sound systemnye.. depan belakang bunyi.. air cond pun dah di kurangkan.. nak jimat karen tu..

    Tapi sekarang ni kat Jusco je yang ok.. lebih selesa.. cam yang saudari idayu idora kat atas cakap..tiket memang lebih sikit lah.. tpi terasa wooo..maybe kat KL harga tiket rm10 tak terasa pun.. TGV Jusco masa bulan december penghujung tahun 2010 ade buat renovation… bila dah siap sekali harga tiket pun naikk.. dulu2 harga tiket RM8 hari biasa.. early birds,students special,super wednesday rm7.. sebelum tu harganya RM6.. ohh.. aku rindukan harga ituu… (selalu tgk wayang hari Rabu masa tiket RM6 😛 bleh tgk 2 show lagi.. haha )

    Hari sabtu & ahad kalau movie dah lama main RM9..malam lain lak harganya.. hari ahad pulak.. early bird tayangan pukul 10-11 pagi RM6.. selepas pukul 12 tgh hari harga tiket RM9… kalo movie baru masuk harga RM10.filem blockbuster pun RM10.

    Sekarang punya harga tiket bermula dari jan 2011 di TGV
    normal price RM11 (arggghhh)
    early bird before 12pm RM9 (arghh)
    student special RM9
    super wednesday RM9 (arghhh)
    friday after 8pm /saturday/sunday/publics hollidays RM13 (arghhhh)
    kids below 12 years RM8.. dulu2 rm6 je.. humm
    MUVIE BLOCKBUSTER PREMIUM RM13 (RM13????)
    3D movie (adult) RM20 (kids below 12 years) RM15
    *TGV ipoh akhirnya ada bilik panggung 3D.. tapi tak penah tgk pun lagi 3D
    punye movie.. nak tgk animasi upin ipin in 3D 😛

    couple seats
    early bird RM24
    normal RM26
    friday after 8PM/saturday/sunday/publics hollidays RM30
    3D movies RM40..

    dulu2 TGV ada Ladies night..tiap2 hari selasa..tiket RM6… but sekarang dah takde..

    *sorry taip pnjang2..tgh boring tak tau wat pe.. kalau ade rezki datang Ipoh lagi jangan lupa singgah kedai buku Mubarrak kat pekan lama macam yg saudara fairuz katakan di atas jugak.. nostalgia Mubarrak tu..
    banyak buku lama2.. 🙂

    Like

    1. NOH : waaaaaaaaaaa….. ini antara komen terpanjang yang saya dapat. siap boleh buat entri baru tu. kagumnya dengan rasa gigih awak menaip dan bercerita kenangan tersebut 🙂

      Memang akan ke Ipoh dalam masa terdekat. insyaAllah 🙂

      Like

  6. alamak… saya baru perasan yang fairuz fauzi tu rupanya perempuan.. saya ingatkan lelaki.. baru kunjungi blognya.. mohon maaf ye cik fairuz.. saya terpanggil cik, “saudara” pada komen di atas.. sebb saya pun ada member lelaki nama uztaz fairuz.. so tanpa fikir panjang saya ingat lelaki.. maaf ye saudari!

    huu.. sorry ye cik ainun wat entry pulak dalam blog cik.. dah terbiasa taip panjang2..

    Like

    1. Noh : tak apa, dia tak terasa pun. mula kenal dia dengan nama pinklady sahaja.s ebab tu tahu dia perempuan. hihi. tak apa. saya senang sekali orang bereaksi dengan tulisan saya. panjang pun panjang lah 🙂

      Like

  7. salam…kalau dari teluk intan nie..nak tgk wayang yang selesa..kat ne erk? ada cadangan? ikut jalan ne? maklumlah saya orang baru kat cini 🙂

    Like

    1. Sang perindu : Kalai teluk intan, kali terakhir saya di sana ada panggung lama. Kalau yang terdekat rasanya di IPoh sahaja. Boleh ikut highway atau jalan lama yang lalu tanjung tualang 🙂

      Like

  8. hahaha memang hampeh GSC kat Parade..

    aku nih memang la orang Perak tapi sekarang duk kat K.L nih.Kat k.l jangan cakap la panggung besar bagai tapi bukan tu aku nak cakap..
    sikap orang kat Perak nih kadang2 pelik pun ada.
    aku tengah beratur nak beli pop corn selamba je orang potong barisan aku..

    telefon berbunyik tu memang takde reti nak silent..
    tu belum lagi bila jawab call bercakap kuat2..

    lagipun tak silap aku Hall dia cuma ada 3 biji jer..

    kutuk lebih2 pown negeri kelahiran aku gak..
    ada baiknya aku duk tengok kat Panggung Setiawan…lagi best..pop corn pun sedap.

    Like

  9. Salam…..

    Saya ada 2 sebab knp sy pilih GSC untuk tgk wayang:

    Sbb pertama krn harga tiket murah…ngeheheh..minggu lepas sy tgk cerita tolong!awek aku pontianak…hrga tiket br RM7….murah kan?

    Sbb yg kedua org x ramai…bygkan dlm hall 1 cuma ada 5 org jer penonton…kan best tu?boleh tkar2 seat…ehhe…

    5 sbb jgn menonton wayang di GSC tu mmg btul….tp sy nak tambah satu lagi…sy x suka seat wayang tu sbb x brp curam….jd bila org tinggi duduk di seat dpn buatkan org blkg x nmpk skrin dpn….sakit atikan bile nmpk kepala org kat dpn tue….

    Like

    1. Ana : memang ada kelebihan GSC dari sudut itu. Tak guna kalau murah tapi kenikmatan menonton tiada pun tak berguna juga. Baik beli DVD, boleh tengok banyak kali kat rumah 🙂

      Like

  10. salam semua….anda semua nantikan kemunculan Panggung Wayang di Sri Iskandar, kini dlm perancangan.. ada 7 hall cinema & 30 lane bowling… now kt site tgh kerja2 piling.. tetapi baru2 ni mendapat bantahan dari penduduk setempat heehee… iye la lokasi x berapa sesuai dengan kawasan berdekatan universiti…penduduk pn majoriti org melayu…

    Like

  11. pengalam menonton wayang di perak dan shah alam memang berbeza…di ipoh ni sy tengok anak muda ( dalam belasan tahun mybe still budak skolah lagi) dah terikut2 dgn fesyen mengarut dan merepek barat…tak senonoh tengok anak remaja melayu berpeleseran dekat ipoh parade….kadang2 takut juga kalau g sorang2….attitude diorang pun tak bagus..laki perempuan pun sama…wayang dekat ipoh parade ni maybe tak best sgt…sound pun tak best…tapi yang saya nak tekankn di sini anak muda ipoh ada yang terlebih advance berbanding kat shah alam nun….takut sya tengok…aritu ada kes budak melayu kena tikam kat sana..seram sya dengar..tengok budak tu kena usung berlumuran darah…macam dah jadi kebiasaan pulak kes macam tu…tapi environment kat ipoh parade agak suram n then harga parking macam tak berpatutan…kadag-kadang parking memang dah penuh sangat pun diorang still benarkan kereta masuk….jawabnya senang2 buat duit..kereta yang dah masuk kena keluar sebab parking atas ngn bawah dah penuh…so rugi je bayar 1.50 semata-mata untuk cari parking yang sah-sah takde…satu kereta 1.50 kalau seratus yang keluar masuk dalam sehari cuba bayangkan berapa diorang untung……..

    Like

  12. hahaha.. perkara 1-3 memang terjadi. baru lepas tgk ghost protocol.. seat dah lah rendah. dok tgk kepala org jer lah.. lantai plawood .. movie tak byk. tah apa citer.. nak tgk kat TGV punya lah mahal harga tiket ..

    Like

    1. Iman kronik: Aha. seat dia rendah. kalau dapat bahagian depan memang tengok kepala orang sahajalah. Tapi untuk pilihan harga tiket murah, situ memang sesuai kot 🙂 tapi mungkin inilah kali pertama dan akhir saya tengok di sana 🙂

      Like

  13. satu lagi sebab knp jangan dok g ipoh parade sebab susah nak cari tempat makan yg best..h0h0~ mostly kedai chinese je yg banyak kat food court tue..yg sy prefer ntok makan pon mee sizzling dye je la kot sebab melayu yg masak..tapi tue pon pengotor semacam je tengok dye masak..xlalu ase nak makan bile tgk..dengan telur yg hagitnye..(sebab dye letak telur dlu first2 tue..) akan makan bile dh terdesak je..pastu xde mcd..kfc ke hape..yg ade marry brown je..memang banyak la beza dye ngan kat jusco tue..tapi sy tetap selalu g tgk wyg kat ipoh parade tue jgk sebab tempat praktikal dekat area situe jek..hehe..plus dengan harge yg murah.. ^^ tapi memang btol la komen2 kat atas nie..gsc tue bising..kerusi dye xbest..asyik nampak kepala org depan je..h0h0~

    Like

    1. Farhana: Sejak tengok wayang yang hari tu, sampai la ni tak pernah menjenguk lagi kat Ipoh. Rasanya tak akan tengok lagi sebab memang duduk KL. tapi di selangor ada jenis wayang yang macam itu. Aci buat panggung wayang sahaja, biasanya kat shopping compleks yang sudah tidak terkenal dan lama 🙂

      Like

  14. saya da byk kali pegi wayang dekat parade tu… tapi xpernah pun terjadi situasi mcm tu… biase je… tiket situ mmg murah.. klu nk jimat pegi situ je..
    remaja mmg ramai situ…. y best parade nk shopping tok remaja… y lain xde pun…

    Like

  15. hanya orang bodoh je yang akan merungut tentang GSC ipoh parade. tiket mahal?? setahu aku GSC ipoh parade yang paling murah kat ipoh berbanding TGV tu. nak bende murah tapi nak merungut, nak semua bende perfect? pergi buat wayang sendiri le.

    Like

    1. Wiliam : Hi wiliam, saya harap awak seronok menonton di GSC Ipoh 🙂 Saya hanya pelancong sahaja 🙂 Saya memang ada cita-cita nak buat wayang sendiri, tapi awak tahu sahaja kapitalis ini. haha

      Like

  16. As salam saudari tuan punya blog…hehe..dari pengamatan saya ni yang bukannya asal dari Ipoh tapi menetap di sini untuk kerja, bagi saya kualiti wayang di Ipoh Parade memang agak rendah dek kerana itu tak ramai yang berkunjung ke sana untuk tonton wayang, kecualilah pada hari2 tertentu seperti hari rabu sebab ada diskaun separuh harga…bab dalam panggung wayang pulak memang dasyat, first time saya dengan kawan tengok movie macam2 karenah, seperti kata saudari tadi dengan bunyi handphone tak di silent, jawab phone cakap kuat2 macam sebatu orang tu, budak2 dan baby yang menangis tapi mak bapak buat macam tak ada apa yang berlaku je..jenuh jugakla ak tahan marah sambil habiskan tengok movie tu.sabar jelah..mungkin sikap dan mentaliti orang di sini yang tak pentingkan diri sendiri mungkin…dan lagi satu, harga parking yang agak mahal dan kadang2 bila tempat untuk parking dah penuh pun diorang still bagi orang masuk tanpa bagitahu parking dah penuh ata tak…so fee yg dibayar tu sia2 je sbb orang jenuh cari parking tapi takde kosong pun..tak ke menipu namanya tu…banyak lagi yang kena dinaiktarafkan di Ipoh Parade tu sebenarnya, banyak yang kurang…tu sajalah perkongsian saya tq…

    Like

  17. salam… dah lama x pegi GSC, last pegi pun thn 2003 tgok filem “mami jarum”… masa tu ok jer tgok wayang kat situ, tapi mmg betul pun TGV kat jusco lebih selesa dari ipoh parade… kalo pegi situ pun cari novel hut je… tapi pd pdapat saya kalo nak lebih selesa beli je DVD tgok kat rmh dgn tv 50” lg selesa kan… park xde charges, ada sofa empuk, nak baring pun bleh… bkn stakat pop corn, makan nasi pun xde org marah dan yg paling best dapat tgok berulang kali… kalo ada yg ckp filem melayu lambat kuar DVD, amik pakej astro first cepat jer… ini hanya pndapat biasa tau.. jgn ada yg terasa ok hahahaha… TQ 🙂

    Like

  18. Gsc mmg x best dulu.Sekarang dh maju.Sistem bunyi pon terbaik.Gsc ipoh parade baru je renovate.Makin luas dan besar.Gsc ipoh ade new experience means dbox,dolby atmos & maxx.Mungkin seb ramai complain gsc old version agak teruk.Tu seb renovate baru lebih maju.Harga tiket kalau rabu murah rm8.50.Harga selain hari rabu 14.50 rasanya xpasti plk.Nnti blh la pergi new gsc kt ipoh parade.Jangan takut2

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada faazawanz Batal balasan