Musikalisasi Puisi : Nyanyian Hujan


Bulan lepas, saudara Airmas telah menghubungi saya dan meminta puisi penuh Nyanyian Hujan. Menurutnya, dia tertarik dengan header blog saya. Sebenarnya puisi penuh Nyanyian Hujan 1 hanyalah sebaris sahaja iaitu : Engkaukah yang mencipta pelangi pada jemari hujan. Hanya itu sahaja. Nyanyian Hujan merupakan puisi yang mempunyai sekual dan terhimpun dalam puisi besar Surat-surat Nyanyian Hujan.

Tapi, saya usahakan juga untuk mencipta puisi khusus buat saudara Airmas jadikan lagu puisi. Selepas bertoleransi dengan beberapa baris yang minta diubah, maka inilah lagu puisi tersebut.

Kalau pembaca lama blog ini, pasti tahu yang saya memang berkeinginan supaya puisi saya dibuat lagu. Sebenarnya nak buat lagu puisi sendiri. Ini semua terdorong oleh Sapardi Djoko Damono, kekasih puisi saya. Tapi sampai sekarang tak pandai main satu pun alat muzik.

Nikmatilah puisi yang sederhana ini dan bukanlah apa-apa. Kredit untuk saudara Airmas yang susah payah memuat-naikkan lagi ini di youtube.


 

Engkaukah yang mencipta pelangi pada jemari hujan?

Melayahkan warna-warna di jemarinya

yang berderai sayu

Meneriakkan cinta pada langit kelabu


 

Engkaukah yang menari bersama nyanyian hujan?

Bersenandung lagu-lagu cinta di dalam diam

Mencuri hati si lara di jendela


 

korus

Engkaukah itu selama ini?

Muncullah hadirkan dirimu

Diawan, di langit bahkan di balik jendela

Lahirkan pertemuan meski hanya dalam mimpi

Bertemulah sayang meski hanya di dalam mimpi


 

Engkaukah yang mengabur pulang?

selepas memercikkan pelangi indah

Di dalam hati yang telah lama diguris ilalang


 

Selain daripada itu, kamu juga boleh mendengar banyak lagi puisi yang telah dijadikan lagu oleh Airmas di sini, disini

 

Ohoi.. Jadinya bolehlah saya pasang aplikasi lagu dalam blog ini sebab blog Nyanyian Hujan dah ada lagu sendiri.

 

*sambil tersipu-sipu malu*

8 thoughts on “Musikalisasi Puisi : Nyanyian Hujan”

  1. wah! aku teruja. amat teruja. buatlah dalam bentuk mp3!! share dekat 4shared.com nanti aku dload. aku nak hafal. nanti bila jumpa kau bolehlah aku nyanyi2 KAHKAHKAH

    err, ni encik Airmas nyanyi sendiri ke? best~ memang sangat puisi. dan tiba-tiba aku teringat kopratasa.😀

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s