Kedai-kedai buku terpakai


Untuk kaki mabuk buku macam saya, kalau berjalan-jalan mesti cari kedai buku. Tetapi kebelakangan ini, saya suka kedai buku terpakai / second hand book / pre-love item atau apa sahaja yang kamu hendak panggil. Mana-mana tempat yang saya pergi, mesti akan buat penyelidikan ada tak kedai buku terpakai di kawasan itu. Jadi. Mari-mari kita tengok manakah kedai buku terpakai yang pernah saya pergi yang mungkin kamu teruja mahu pergi juga.

PASAR CHOWRASTA (Pulau Pinang)

Saya pernah ke sana sekali sahaja tetapi pasar Chowrasta ialah tempat idaman saya untuk pergi kalau berkesempatan ke Penang sekali lagi. Pasar Chowrasta memang terkenal dengan segala jeruk di bahagian bawah tetapi siapa yang rajin untuk naik ke atas, di bahagian hujung, tingkat 2, kamu akan terjumpa beberapa buah kedai menjual buku terpakai. Kalau mahukan tips-tips mencari buku di sini, bolehlah ke blog UlasBUku, beliau ada menyatakan tips-tips membeli buku terpakai di sini dengan harga yang murah.

NOVEL HUT (IPOH/ SHAH ALAM)

Novel Hut ini terletak di Ipoh Parade. Ehem. Novel Hut ya, bukannya Book Hut. Kalau kamu suka buku terbitan Alaf 21 atau Creative atau yang sewaktu dengannya, janganlah mengharap kedai ini. Harganya masih mahal juga dan jatuh harganya tidaklah begitu murah. Tetapi kalau kamu jenis pembaca buku sastera tegar, teori kritikan, kedai ini boleh jadi pilihan hati. Dua kali pengalaman ke Ipoh, dua kali juga saya pergi ke kedai ini dan tidak pulang dengan tangan kosong. Contohnya novel Pujangga Melayu karya Mohd Affandi Hassan ini dijual serendah RM8 sahaja. Malah saya membeli kompilasi sastera klasik Malaysia ini dengan harga RM3 sahaja. Buku sastera memang dijual dengan sangat murah berbanding buku lain. Mungkin kerana tidak ramai orang berminat untuk membelinya.

Lokasi, betul-betul di tingkat bawah cinema. Jangan tanya panggung wayang/CSG/TGV. Panggil cinema. Orang Ipoh panggil cinema tau.

Novel Hut ini juga ada di Shah Alam, menurut sumber, Shah Alam,seksyen 24. Novel Hut ini merupakan cawangan yang berpindah daripada Jusco, Ipoh. Saya belum pernah ke sana. Nanti kalau sudah pergi, boleh update gambar.

AMCORP MALL (PETALING JAYA)

Siapa yang rajin, hujung minggu setiap hari ahad (mungkin sabtu), anda boleh ke Amcorp Mall, di bahagian ground floor ada banyak meja-meja kecil dibuka untuk menjual barangan langka. Siapa yang suka vintage, kalau tak pergi tempat ini memang tak sah. Saya suka ke tempat ini, selain ada bookaxcess, ada juga yang menjual buku-buku lama. Lihat gambar dibawah

Ketika memilih-milih, saya tanya kan mana dapat buku DBP ini, mereka dapatkan terus daripada gudang DBP tetapi dalam jumlah yang banyaklah. Buku disana dijual dengan sangat murah dan mereka borong sakan. Antara buku kegemaran yang suka dan dapat disini ialah buku ini.

Cuba teka buku setebal ini, harganya berapa?

 

(gambar tak dapat diambil kerana faktor tertentu)

RM10 sahaja.

Ada masa, sesiapa boleh kesana bila tiba hujung minggu. Selalunya saya dan rakan deligasi akan jalan-jalan di ground floor sebelum ke bookxcess dan seterusnya lunch di A&W. begitulah kebiasaannya.

GIANT, SHAH ALAM

Ingat tak entri ini? Saya beli buku ini di Giant, Shah Alam. Walaupun pilihan tidak banyak dan hanya ada kiosk kecil sahaja tetapi bolehlah untuk melihat buku-buku terpakai. Namun awas, pemilik kedai ini, tahu mana intan dan mana permata. Pengalaman meminta harga yang lebih murah tidak Berjaya kerana dia tahu jenis buku mana yang susah nak diperoleh sekarang ini.

Lokasi kedai, di lorong kedua, betul-betul di tepi McD dan di tempat agensi pelancongan.

 

 

….

Jangan tanya kenapa saya cenderung menyiarkan kedai buku melayu sahaja. Ini kerana kalau difikirkan, lebih baik beli buku baru di bookXcess yang jauh lebih murah. Walaupun pilihan tidak banyak tetapi berbaloi juga. Di entri lain, saya akan tulis pasal kedai-kedai buku yang pernah/sedang gemari. Boleh kongsi dengan kedai buku kamu juga.

Ada sesiapa yang mahu berkongsi kedai buku terpakai pilihannya pula? AMna tahu kalau berkunjung ke sana, saya akan pergi ke kedai buku itu. 🙂

 


51 thoughts on “Kedai-kedai buku terpakai

  1. Alamak tak banyak kedai buku terpakai ya di Malaysia ni.

    …Lagi satu kat Penang, Lebuh Chulia, atau Chulia Street…
    Di situ ada lebih kurang 3 buah kedai buku terpakai.

    Cubalah, tapi banyaknya buku Inggeris, mana tahu saudara/i terjumpa mutiara di sana.

    Like

    1. abdulhakim : ya tak banyak. tapi teringin sangat nak pergi pasar chowrasta lagi. kalau berkesempatan memang akan pergi sana. dan cadangan ini akan saya gunakan la 🙂
      terima kasih kerana berkunjung ke sini :0

      Like

  2. ada…di seksyen 25 s.alam..dkt je ngan plaza sri muda tu~ ade 1 kedai buku terpakai novel hut gak nama dia kolo x silap ^_^ boleh la thn harga buku die…

    Like

    1. Honey : Kalau nak cari buku kanak-kanak yang berbahasa inggeris, saya cadangkan ke kedai bookaxcess di Amcorp Mall. Itu bukan kedai buku terpakai sebaliknya buku lebihan stok tetapi harga yang ditawarkan untuk buku kanak-kanak masih sangat murah 🙂

      Like

    1. saya rasa en sahid maksudkan tu saya lah. kedai buku terpakai saya akan dibuka pada awal Feb’13 insyallah, selama ni beroperasi dari rumah buku. di kawasan kedai Saujana Puchong (SP3). biasanya hari ahad saya turut berniaga di Anggerik Mall

      Like

  3. saya sukakan novel novel best macam cinta kontrak by Nurul Ain Syuhada. now, i am looking for hlovave yang ramai orang said best giler tapi dah habis di popular….mana i kena pergi jika nak cari novel novel lama camtu? i dah desperate…

    Like

    1. Dree : boleh terus beli daripada penerbitnya Jemari Seni Sdn. Bhd. di Jemariseni.com. Boleh tahu lokasi di mana? Boleh saya cadang kedai buku atau lokasi kedai untuk mendapatkannya 🙂

      Like

      1. @ainunlmuaiyanah… Salam Ainun (enaknya panggil apa ke?). thank you for your assistance, but i am in indonesia…cukup jauh jugak and i baru nak ke sana oktober nanti…penatnya cari buku hlovate tu….dah cari merata tapi tak dapat jugak….hehehe…..kalau nanti i tanya Ainun lagi okey ke?….saya dah putus asa sampai nak cari buku terpakai…

        Like

        1. Dree: Jemari Seni kalau tidak silap saya memang ada penghantaran sehingga ke Indonesia. Nah cuba bertanya sahaja, kalau tidak berjaya, mohon hubungi saya di ainunl.muaiyanah[at]gmail ya. Nanti saya tolong dan usahakan untuk kamu 🙂

          Like

        2. @cik Ainun….saya dah tahu jemari seni ada hantaran untuk indonesia, hanya saja transfer uang hanya boleh dilakukan lewat maybank or cimb. saya dah tanya perwakilan dua bank itu kat indonesia, hanya biayanya mahal….tak sebanding dengan belanja….kalau encik Ainun mahu bantu, tentu saya senang sekali…hanya saja, apa ada yang nak encik beli kat indonesia? saya pasti jugak senang jika ada yang bisa saya bantu…novel2 sini pun banyak yang best…. ^__________^

          Like

        3. bolehkan saya dapat website novel indonesia…saya berminat dengan karya rachmania arunita…mana bole saya dapat novel dia ye??

          Like

        4. Wani : Novel indonesia? Cuba ke Wisma Yakin, tingkat 2, jalan masjid india. Ada yang jual buku indonesia di sana 🙂 Kedai Fajar Ilmu Baru kalau tidak silap 🙂

          Like

  4. Di mana boleh saya dapatkan novel seperti madu dalam saringan karya kamala Markandaya?….novel lama, susahnya nak dapatkan novel tu……. dah cari merata.

    Like

  5. hey . saya mencari kedai buku terpakai dan mahu memborong buku mengenai IT , kerane saya mahu menambah kan lagi buku di dalam library college saya . jika ade yg tahu kedai yg banyak buku IT sile email kepada saya 🙂 syafifi.hafifi93@gmail.com

    Like

  6. Jika ada info@ buku berkaitan sejarah, biografi tokoh, tokoh ulama…lebih2 lagi yg rare..sila hubungi emel saya…tk

    Like

  7. salam,saya nak jual novel saya dengan harga paling murah …hanya rm5-rm10 shj (xtermasuk postage)..saya boleh cod ampang&kjg 😊
    untuk list ws ye
    ws-0172455701(jeda)

    Like

Tinggalkan komen