Zurinah Hassan – Laut Membiru Bagai Surat Rindu


Semasa menghadap laut di pulau pangkor, puisi Zurinah Hassan ini benar-benar menampar perasaan saya. Puisi Zurinah Hassan jarang gagal menggugah perasaan saya untuk menyelam dalam bait-bait puisinya.

Laut Membiru Bagai Surat Rindu

Zurinah Hassan

Laut adalah suara rindu yang biru
awan yang jauh membawa resahku
ombak di pasir mengukir namamu
tapi angin lalu menyapu

Kapal pun telah berangkat
bersama arus kehidupan
yang mempertemu dan memisahkan kita
rinduku pun jatuh
pada pulau yang jauh

Ombak yang tidak putus bersuara
dan pantai yang menanti sentiasa
seperti aku yang terus membaca
puisi-puisi setia

Penyajak yang baik boleh menulis puisi yang membangkitkan inspirasi kepada pembacanya. Saya baru sahaja berenang dalam lautan puisi dan hanya beberapa orang penyajak sajak yang apabila saya membaca puisinya, seolah-olah matahari terbit dalam dada, jantung saya berdegup kencang dan saya seolah-olah sedang terapung-apung di antara celah perangkapan makna dan kata.

Tidak kurang, sajak-sajak yang baik bisa menggoda pembaca untuk menulis sajak yang mirip atau hampir dengannya. Sajak-sajak ini memberi inspirasi untuk kita menulis tentang subjek yang telah ditulis dalam sajak itu. Bagi saya, tidak salah kita terinspirasi dan mengikut gerak geri gaya penyajak itu. Dalam perjalanan seorang penulis (jika boleh dipanggil begitu) ada yang memilih untuk bertatih perlahan-lahan dengan usaha sendiri, ada yang mengikut sesiapa yang mahu memimpinnya sehingga boleh berjalan sendiri dan ada yang menggunakan topeng orang lain yang telah berjaya dan dikenali supaya dia cepat naik ke puncak. Ya, apa-apa sahaja cara pun boleh tetapi cara yang terakhir itu minta-minta tidak digunakan. Dunia sastera Malaysia ini kecil sahaja. Pusing kanan pusing kiri bersentuh bahu dengan orang yang sama juga. Lebih-lebih lagi dengan kemudahan maklumat segalanya di hujung jari.

 


 

9 thoughts on “Zurinah Hassan – Laut Membiru Bagai Surat Rindu”

    1. Fairuz : puisi zurinah hassan memang mudah dan ringkas. Senang nak faham. Tak apa kalau tak punya bakat menulis, benda itu boleh diajar dan diadah tetapi kecintaan dan kesungguhan pada puisi, itu yang kita susah nak cari🙂

      Like

  1. Pada saya mengagumi dan terinspirasi dengan karya penulis lain adalah satu cara untuk seseorang penulis (terutama yang baharu) untuk belajar dan matang dalam penulisannya. Namun, jika sudah memplagiat (baca: tukar beberapa patah perkataan dan susunan) itu namanya mahu menjatuhkan diri sendiri dalam kesusasteraan. Sebab itu Pak Samad dan ramai lagi penulis mapan berpesan: “BACA, BACA BACA” dan kemudian “TULIS, TULIS. TULIS”. Insyallah sedikit sebanyak gaya bahasa, ayat, diksi malah pengisian penulisan itu akan datang. Pengalaman dan kematangan usia juga membantu. Pada yang rasa diri telah memplagiat tu…fikir fikirkanlah!

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s