Catatan Bawah Sedar – Borak Buku dengan S.M Zakir


Di StarBuck stesen KL Sentral, Taras Bulba mengajak kau bicara tentangnya. Kau sangat kabur. Kau pernah terdengar kisahnya ditulis oleh Nikolai Gogol dan telah banyak menginspirasikan sejumlah pengarah filem membuat filemnya.

Taras Bulba yang katanya terkenal dengan hatinya keras dan jiwanya yang besar kelihatan sangat santai petang itu dengan baju T berkolar dan beg galasnya. Bersama segelas kopi (yang kau tak pasti jenis apa) dan kuih donut, dia mengajak kau dan kawan-kawan mengenali dirinya, salah seorang bangsa Cossack yang sama-sama menyerang orang Poland kerana berfahaman Roman Catholic berbeza dengan fahaman bangsa Cossack iaitu Christian Othodoks. Taras Bulba yang mempunyai 2 orang anak lelaki, Ostap dan Andriy bersama-sama membentuk ketumbukan demi maruah bangsa Cossacks.

Ketika mengepung Dubno Castle, anaknya, Andriy telah membelot kerana cintanya pada gadis Polish dan tanpa ampun dia telah menembak Andriy kerana bersifat khianat walaupun sangat menyayangi anak bongsunya itu. Taras Bulba mencerminkan bangsa Cossacks yang tulen, setia pada kawan serta berjuang secara habis-habis. Mati bukanlah perkara yang paling menakutkan sebaliknya tidak dapat mempertahankan princip itulah yang paling menakutkannya. Sungguhpun dia telah dipaku dan sedang dibakar semasa hujung hayatnya, dia masih meneriak pada orang-orangnya supaya terus berperang dan menentang musuh tanpa takut.

Bersela bunyi landasan keretapi digeser oleh LRT dan orang yang lalang, kau seolah mengenali semangat bangsa Cossacks yang berjiwa besar menghadapi peperangan. Kau melihat betapa Taras Bulba seperti sudah hilang di kalangan masyarakat. Yang ada mungkin Yankel, si yahudi talam dua muka atau Andriy yang menggadaikan jiwanya kerana cinta buta.

Nyata kau bersetuju, pembacaan yang baik akan membentuk siapa diri seseorang di masa hadapan. Kau juga begitu bukan?

Petang yang santai dan khalayak yang begitu juga membuatkan kau menanti-nanti siapakah atau apa yang akan kau kenali ketika borak-borak buku di masa akan datang??

 

 

Sastera yang sempurna adalah sastera yang tidak sempurna. S.M Zakir 2011

2 thoughts on “Catatan Bawah Sedar – Borak Buku dengan S.M Zakir

  1. Lamanya tak kesini. 🙂

    btw, “Petang yang santai dan khalayak yang begitu juga membuatkan kau menanti-nanti siapakah atau apa yang akan kau kenali ketika borak-borak buku di masa akan datang??” – Aku suka ayat ni. Yeah, benda itu bagaikan satu pleasant surprise. Haha 🙂

    Like

Tinggalkan komen