Catatan Bawah Sedar : Maskara 24


Mulanya kau tiba sangat awal, 8.00 malam. Kau fikir, mesti tiada orang kerana pengalaman program di rumah Pena, kalau pukul 8.00, tempat itu masih sunyi sepi dan hati pun akan tertanya ada program ke malam ni? Tapi sangkaan kau meleset, pukul 8.00 tempat parking di dalam pagar telah penuh dan kau boleh lihat sekian ramai orang sudah berlegar-legar di depan, di dalam dan tepi rumah PENA. Hujan tidak pernah menjadi alasan untuk orang-orang yang berjiwa besar kan?

Kau pun mengambil tempat berhampiran jendela terbuka supaya boleh bersandar-sandar. Sebelum masuk, kau sempat minum air sirap yang manis (salam hati tertanya, amboi.. siapalah yang buat air yang sedap ini). Di Maskara 24, kau melihat muka-muka yang tidak biasa ada. Muka-muka baru. Baguslah ada muka baru yang berminat untuk datang program-program begini. Orang yang akan buat persembahan sedang sambung-sambung apa yang patut, testing bunyi dan kau juga tidak familiar dengan mereka. Dalam hati, berapa lama sudah kau tinggalkan dunia ini, huh?

Pembukaan persembahan yang menarik. Oh ya, host yang juga sangat menarik,. Hehe. Mulanya, kau fikir kau sedang melihat Tompi beraksi. Dengan beret dan persembahan yang all out(mungkin), Azfar Allias (ingat double L tau) memang boleh pergi jauh. Antara 3 lagu yang kau dengar, kau terasa jatuh cinta dengan lagu pertamanya. Kau fikir, baik kau tangkap gambar dengan Azfar sebelum dia glamour seperti dahulu, Ana Raffali bergambar dengan kau.

Satu-satunya perempuan yang membuat persembahan malam itu, Marini Rafar yang khabarnya baru pulang dari Sarawak. Marini membaca sajak dalam sajak. Entah kau mahu salahkan sistem bunyi yang tiba buat suara Marini mengabur atau sajak-sajaknya sangat kabur. Persembahan Marini tidak dapat menangkap perhatian kau. Mungkin salah sound system. Ya, salahkan benda lain. Marini Rafar membuat penutup dengan menyalakan rokok dan berlalu pergi membiarkan asap rokok tertinggal di situ. Ala macam tak biasa, ala-ala ninja nak hilangkan diri kan memang ada guna asap kan? Tapi kau sangat kabur dengan penyampaiannya. Apa kaitan asap rokok dan sajak dalam sajaknya? Mungkin kau tidak tumpukan perhatian sangat. Mungkin. Tetapi, hei, siapa kau nak kata sajak-sajaknya kabur, dia sekurang-kurangnya ada buku puisi (biar pun projek bersama penulis lain), kau ada? Dasar… Dia penulis independent tau, ada jiwa, ada rasa. Kau ada?

Kau pernah baca dan dengar Asboon di blog Dila Raden. Tetapi kau masih belum sempat dengar lagunya. Salahkan celcom berukband yang lembap macam siput. Ketika persembahannya, kau mengabur di luar. Jadi, persembahan dari jauh sahaja, dan Asboon belum lagi menangkap hati kau. Mungkin sebab Azfar Allias tiba-tiba sahaja mendominasi hati kau dahulu. Mungkin. Hi hi hi.

Nagalrok yang datang dari Miri mempersembahankan beberapa lagu daripada album orennya. Persembahan yang boleh tahan tetapi Azfar Allias masih lebih lagi. Mungkin ini salah jiwa Melayu la sangat dalam diri kau. Kau mana boleh masuk dengan lagu bahasa luar kan? Dasar…

Sayang sekali ketika Rozinor Razali buat persembahan dengan monolog dan membaca dari kertas, kau pamit keluar, haus air dan lapar buku. Kau belek-belek buku yang dijual sambil mengeluh dalam hati, jualan gudang telah menguras poket kau dengan dahsyat dan banyak buku-buku itu jenis yang lama. Tunggu sahaja festival buku indie bulan tiga nanti. Tapi Pyan Habib kata, buku yang ini boleh ambil, percuma sahaja. Ya ada kumpulan puisi Lim Swee Tin dan Zaiton Ajmain tapi kau lebih tertarik buku Pendidikan Sastera untuk Kanak-kanak serta Sasterawan dan Pemimpin. Kau rompak buku itu dari meja sambil ucap terima kasih pada Pyan Habib.

Kau hampir sahaja tidak kenal Aloy Paradoks. Pertemuan 4 mata di Solaris Black Box tahun lepas, dia berambut panjang dan tekun mendengar kau mengkritik lakonan dan arahan teaternya Black Out. Sekarang dia tampil dengan berambut pendek dan sedang dalam emosinya sebagai anak yang punya ayah yang cacat?? (tangan kiri ayah). Kau rasa, Aloy sangat dalam watak tetapi kau merasakan olahan skripnya sangat ‘drama melayu’ menurut kawan kau. Tetapi Aloy telah meminta maaf bukan? Dia kata, dia baru sahaja usai buat skrip itu sebab tidak cukup persediaan. Ah, ini persembahan percuma sahaja, jangan kau demand lebih boleh tak?

Pyan Habib, sering sahaja mencuit rasa ketika membaca sajak jatuh cintanya. Benar-benar rasa jatuh cinta yang tiada renda-renda kata. Masih lagi berasap panas di telinga kau bila Pyan Habib berkata aku ingin bercinta denganmu seperti singa, yang ganas tetapi sayang. Hehe…

 

Kau ingin sekali, ingin sekali beramah tamah dengan tetamu-tetamu yang sanggup menbuang selimut untuk datang ke Maskara 24. Berkenalan dengan orang-orang yang baru dan mungkin pernah selisih bahu di blog atau pernah suka tulisan-tulisan serta lagu mereka, tetapi kau harus gegas pulang. Ya sedikit kecewa. Mujur sempat bertukar senyum dengan Sinaganaga yang mengucapkan terima kasih sebab datang dan bertegur Syafiq Halim untuk update perkembangan terkininya (ah, kau tak sempat tanya pasal Jargon 2).

 

Bulan depan, kau mahu pergi Maskara Jubli Emas 25. Kau berharap Sindiket Soljah akan buat lebih dasssyyyat lagi. Mungkin perlu ada pertunjukan bunga api ke?

 

Gambar: (maaf saya tiada kamera canggih, tak sempat ambil gambar)

2 thoughts on “Catatan Bawah Sedar : Maskara 24”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s