Saya dirisik orang!


Apabila tiba cuti panjang, mesti sahaja pulang ke kampung halaman. Kalau tidak nanti jadi Tanggang dan Malin Kundang moden pula. Hehe

Ketika bersarapan pagi, tiba-tiba ibu bertanya sama ada saya ada mohon KPLI, saya geleng. Jadi guru? Habislah rosak anak didik saya. Rupanya dalam bertanya soal KPLI, ibu menyelit, ada seorang ini yang cakap boleh tolong saya, kalau minta KPLI, saya senyum sahaja. Ok. Saya ada kabel besar lah lepas ini untuk mohon jadi guru. Lepas itu ibu berkata, dan seseorang itu merupakan ibu kepada seorang lelaki sudah bertanyakan hal saya (dalam erti kata mudah, merisik). Kali ini saya tidak boleh tahan lagi, dan terus ketawa secara besar-besaran (sedikit kurang sopan di situ. Hi hi hi)

Saya jadi hairan macam mana ada orang tahu saya wujud di rumah ini. Saya selalu diistilahkan anak dara yang disorokkan. Belajar di sekolah asrama sejak tingkatan 1 dan pulang hanya sekali sekala. Itupun duduk memerap di rumah. Jangankan berjalan-jalan menghirup udara petang, lepak di anjung rumah pun jarang saya lakukan. Sebab itu, apabila sudah dewasa ini, ramai yang terkejut ibu dan abah masih lagi mempunyai seorang anak perempuan (selepas kakak saya yang berkahwin 8 tahun lepas). Misi jadi anak dara yang disorokkan sangat Berjaya.

Rupanya, lelaki itu anak didik ayah saya yang datang berkunjung. Kemudian terpandang gambar saya (yang sangat comot) di ruang perpustakaan, dan melalui emaknya bertanyakan hal saya kepada ibu dan abah. Oh begitu rupanya. Ibu suruh saya bersetuju sahaja, kakak pun menggiat sama (sambil mereka ketawa secara berjamaah). Ceh, sungguh tidak bersopan.

Bukan soal siapakah lelaki yang merisik saya yang menjadi persoalan kepada saya. Tetapi persoalan yang bermain di fikiran saya ialah saya sudah dewasa rupanya. Saya masih fikir, saya anak-anak yang tidak tahu mengeja perkataan kahwin sekali pun (ya,agak sedikit poyo disitu) Ya, masih suka berpoya-poya dan bergelak ketawa bersama rakan-rakan

Rupanya, tidak. Dalam usia awal 20-an, saya masih merasakan betapa irit soal nikah kahwin meluncur di bibir saya. Melihat kawan-kawan sudah ramai yang memilih berpindah fasa hidup seperti bertunang seterusnya bernikah, bukannya membuatkan saya rasa tergugat tetapi rasa seronok. Ya, saya suka datang majlis kahwin, saya suka tengok pakaian yang cantik, saya suka lihat gambar-gambar yang cantik (gambar kahwin, entah apa sentiasa cantik di mata saya), muka-muka orang yang datang majlis kahwin (yang tentu semuanya senyum senang), tempat bertemu kembali dengan kawan-kawan tetapi suka berkahwin? Entah saya pun tidak tahu.

Jadi bila sudah merisik, saya jadi diam sendiri dan muhasabah sebentar. Jadi selepas ini mungkin saya harus lebih menjaga tingkah laku. Saya sudah ke fasa anak dara yang menjadi intaian orang. Saya bukan lagi anak dara yang disorokkan. Ibu dan kakak sudah mengiat saya. Ibu dengan angan-angan, majlis kahwin yang bagaimana untuk saya. Kakak pula sudah punya rencana ke Bandung untuk shopping. Mujur abah tidak masuk dalam pakatan itu. Abah memang terbaik la. Boleh masuk team yana la. He he he.

Perasaan saya sangat plain tentang hal ini. Biasa sahaja. Cuma rasa comel pula ada orang merisik-risik saya. Terbayang pula zaman dahulu, ada sesi berbalas pantun bagai semasa proses merisik, anak dara pula mengintai di balik langsir sambil tersipu-sipu malu. Ha ha ha.

Bila mengenangkan perasaan kalau nama saya akan berstatus Puan Ainunl Muaiyanah.. hi hi hi, terasa sungguhlah comel.

Notakakitangan: Tertanya-tanya siapalah yang merisik saya tu.

17 thoughts on “Saya dirisik orang!”

  1. Yana! nak tercekik saya baca entri ni.. ( baca: baca sambil makan nasi dekat ofis )
    seronoknya sudah dirisik.. haha..
    silalah beristikharah ya.. =)
    mana tahu dah sampai seru saya nak buatkan kek untuk yana ( kek hantaran ye =p )

    Like

    1. Fairuz : ala.. (eh dah rehat ya di sana) Jangan tercekik! Jangan!. Hi hi. Ya, macam lucu bila orang risik-merisik ini. Sangatlah klasik. hi hi hi.
      Ala, tak mahu fikir dahulu. hehe.
      Ala, takkan tunggu kahwin baru dapat makan kek fairuz, tak mahu. Nak masa birthday..🙂

      Like

    1. Abang Remy : (lepas ni nak panggil Abang Remy la, tak mahu nama abang im dah) heheh… amboi dia, menggiat sungguh. Tak kenal lagi, jadi tak tahu lah. bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. eceh wah!

      Like

    1. Shukri : Ala shukri ini.. (sambil tutup muka sebab malu-malu). Masa menaip entri ini, memang gelak sahaja sebab lucu🙂. ya terima kasih untuk doa itu. tetapi baru risik je, jumpa orang pun belum, jadi tak tahu lah kan🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s