Antologi Surat Cinta Kita


Dua bulan lepas saya hantar satu surat kepada BinFilem sempena projek D.I.Y mereka iaitu Antologi Surat Cinta Kita (selepas ini disebut ASCK). Mulanya tak mahu hantar sebab ada beberapa jam sebelum tarikh tutup dan tiada idea mahu buat surat jenis apa? Tapi gagahkan diri juga untuk cuba nasib dan sangat tertarik dengan idea BinFilem ini.

Saya fikir, saya tidak akan terpilih sebab rasa ada mereka yang jauh lebih baik daripada saya. Lagipun langsung tidak dengar apa-apa khabar daripada penerbitnya. Tiba-tiba saya mendapat e-mel daripada Ridwan Saidi mengatakan surat saya merupakan surat terakhir yang terpilih untuk dimasukkan dalam antologi. Sungguh, saya tak sangka surat itu akan dipilih.

Oleh itu, saya kongsikan butiran projek Antologi Surat Cinta Kita yang dicuplik daripada laman event di facebook supaya dapat gambaran antologi ini macam mana. Antologi ini akan diterbitkan 14 Februari. Mungkin sempena Valentine Day. Diharapkan sesiapa yang ingin membaca surat cinta yang saya dan mereka yang lain tulis, boleh dapatkan semasa 14 Februari nanti. Boleh hadiahkan kepada kekasih ke? Daripada beri bunga, berilah buku. Hehe.


SURAT CINTA KITA
Surat-Surat Cinta di Malaysia
Disunting dan diterbitkan oleh Bin Filem

Kami ingin menerbitkan himpunan surat-surat cinta dalam Bahasa Melayu dan/atau Inggeris.

P/s: Tujukan surat cinta anda kepada teman wanita, teman lelaki, bekas teman lelaki, bekas teman wanita, suami, isteri, suami jiran, isteri jiran, diri sendiri, ibubapa, Sang Pencipta, binatang peliharaan, kereta, sinema, Mesut Oezil, Valentino Rossi dll. bertemakan perasaan cinta pertama, putus cinta, persahabatan, cinta terlarang, cinta abadi, erotika, dan seumpamanya.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

1. Surat haruslah mengenai percintaan di Malaysia.

2. Format pilihan: surat formal. tidak formal atau esei.

5. Penyertaan terbuka kepada semua warga dunia asalkan menulis dalam bahasa Melayu dan/atau Inggeris. Penulis tidak semestinya pernah jatuh cinta.

6. Setiap surat wajib dalam Bahasa Melayu dan/atau Inggeris.

7. Nama penuh penulis hanya dipaparkan di muka terakhir. Oleh itu surat-surat yang dihimpun ini tidak terikat dengan nama sebenar penulis. (Kecuali jika penulis menggunakan nama sebenar di dalam surat tersebut.

kami mahu antologi Surat Cinta Kita ini mempunyai gradien cinta yang pelbagai. Dalam rona warna ada macam-macam warna, ada cinta kuning, ada cinta merah, ada cinta biru, ada cinta putih, dan ada cinta hitam. Mungkin saya boleh color code-kan secara spontan cinta-cinta ini dengan tema-tema tertentu, lalu tag-kan pada setiap teks (atau warna kertas yang akan digunakan nanti).

Cinta Kuning (coming of age/pra cinta)
Cinta Merah (keberahian/cinta)
Cinta Biru (kemurungan/pasca cinta)
Cinta Putih (keabadian/Tuhan)
Cinta Hitam (nothingness/absurd)

Satu lagi elemen penting yang menentukan pemilihan kami adalah sustainability teks tersebut. Biarpun ia 100 patah perkataan, tetapi kekal syok untuk dibaca dan ditelusuri. Walaupun nampak seolah tak serius, tetapi kami sebenarnya serius ya. And bear in mind that kita cetak atas kertas, kita akan consume kertas. Setiap kewujudan patah perkataan harus bersungguh-sungguh, jika sambil lewa sila pastikan sambil lewa bersungguh-sungguh.

Kalau hendak tahu saya menulis surat ini untuk siapa, bolehlah dapatkan buku ini. Tulisan saya ada mukasurat 94. Oh, janganlah harap ada buku percuma daripada saya. Penulis pun kena beli sendiri tau.

Terima kasih BinFilem kerana memilih surat saya.

*terharu*

8 thoughts on “Antologi Surat Cinta Kita”

    1. Abang Remy Al-Peringati : wah.. nak nak nak. ehem!
      Teringin nak tahu, siapalah buku yang dah dibakar tu. hi hi hi🙂.
      Nanti kalau pi IB, saya roger abang Remy, boleh merompak buku yang banyakkkkkk tu🙂
      (huish banyak buku sampai bakar dan buang tu)

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s