Pilihan raya kampus


Sekarang bendera pilihan kampus sedang berkibaran. Petang tadi keputusan diumumkan. Yang menang akan naik dan cuba menunaikan janji mereka. Yang kalah, akan bersedih dan cuba membantu mana terdaya.

Melihat wajah polos dan penuh inspirasi, saya jadi tertawa sendiri.

Ah, mereka telah tercandu. Tercandu pada aspirasi dan perjuangan seperti yang dikatakan oleh pihak atasan. Atau buku-buku perjuangan mahasiswa yang pernah mereka baca. Cinta hari-hari rusuhan mungkin?

Saya melihat mereka tidak hanya bidak-bidak catur dan kuda tunggangan pihak atasan. Benarkah mereka membawa suara dan aspirasi mahasiswa? Apa yang mereka buat? Tidak hanya membuat kertas kerja atau program-program yang pihak universiti minta. Ada waktunya saya lihat itu bukan kerja MPP sebaliknya mereka sudi jadi babu membuat kerja remeh dan rencam hanya untuk mengejar mata kredit.

Saya bertanya, apakah ada program yang benar-benar memantulkan apa yang mahasiswa, seperti laungan mereka sewaktu pilihan raya kampus. Benarkah suara mahasiswa masih relevan sehingga sekarang. Masihkah suara mahasiswa didengari? Bukankah semenjak dari sekolah lagi kita sudah diajar untuk menutup mulut dan mengekor peraturan. Di universiti juga begitu bukan?

Atau apa MPP sebenarnya?

Ya, MPP boleh menjadi medan untuk menjadi apa sahaja. Anda boleh menimba pengalaman. Anda boleh belajar bahawa dunia di luar sana tidak polos dan penuh tipu daya dan licik sekali. Orang mahu naik dengan memijak sesiapa sahaja dibawahnya. Mereka yang berkata, pilihanraya tiada campur tangan luar tetapi semuanya hanya penipuan sahaja. Semuanya hanyalah anekdot-anekdot boneka.

Adakah saya pesimis dan spetikal? Adakah pandangan saya tidak benar? Kalau tidak benar, saya mohon maaf saya, tetapi itu yang saya lihat sewaktu saya di universiti. MPP atau apa-apa hanya sekadar liburan, mengisi waktu senggang di kampus. Benar, ada yang terdidik dan menjadi manusia berguna, cemerlang gemilang tetapi berapa ramai yang benar-benar begitu? Atau yang ramai tercicir dalam pelajaran dan diguna-gunakan?

2 thoughts on “Pilihan raya kampus”

  1. benar pun. bagi saya tak ada apa-apa fungsi terhadap pelajar. masalah yang sama tetap berulang tiap-tiap semester. aktiviti yang sama akan dianjurkan. yang dapat manfaat cumalah yang rapat dengan mereka yang ada jawatan tertinggi. yang marhaen macam kami? yang memang datang untuk menuntut ilmu dan menimba pengalaman bagaimana pula? huhu.

    cinta hari-hari rusuhan. wau! kali terkahir baca ketika tingkatan 5. lupa sudah hero heroinnya😉

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s