Ada Apa Dengan Nama II


Dengan siri beberapa karya telah disiarkan, perkara pertama yang selalu akan saya lihat bukan bahagian karya saya atau mana baris yang telah dipotong dan diedit sebaliknya, saya akan melihat bagaimana nama saya ditulis.

 Ada yang terbit dengan nama Ainil Muaiyanah (Tunas Cipta, Oktober 2009), ada yang berjaya tidak mengedit nama saya dan menerbitkan dengan nama Ainunl Muaiyanah, tetapi kebanyakannya akan mengubah menjadi Ainul atau Ainun. Mujur sahaja belum ada yang menulis Ainol. Setakat ini yang paling dahsyat Ainil la.

Saya bukan orang yang rigid atau mudah terasa hati bila nama saya diubah-ubah sedemikian rupa. Selalunya perkara itu menjadi hiburan atau anekdot untuk saya tertawa-tawa. Saya selalu tertanya kenapa editor bersusah payah membetulkan nama saya. Apakah seorang penulis itu boleh tersalah menulis namanya sendiri? Kalau menulis pakai tangan, ya mungkin tulisannya kurang faham, tapi saya hantar dengan bertaip kot. Jadi saya akan tergelak-gelak sahaja.

 Namun lama-lama hal nama sudah jadi sesuatu yang sensitif pula bagi saya. Setelah diperolok-olok dengan nama Inul Daratistra, si tukang gerudi dari Indonesia dan beberapa siri ejekan lain, saya suka sekali kalau nama AINUNL MUAIYANAH itu tidak dipinda mengikut budi bicara editor atau sidang redaksi. Ya, dahulu betul saya tidak suka menulis AINUNL, saya akan tulis AINUL sebab saya tidak suka disoal macam pesalah apabila orang membaca nama saya yang katanya pelik dan aneh itu.

 Tapi sekarang, saya sangat senang hati menerangkan mengapa nama saya ada NL bukannya N sahaja atau L sahaja. (Masa itu terasa mengajar tajwid pun ada juga. Hi hi hi hi).

Oh ya, saya tiada nama pena. Ini memang nama lengkap saya, dan saya sangat menyukai nama saya tanpa perlu mengubah dan menambah kosa kata asing.

Ada apa dengan nama? Tiada apa-apa. Cuma menulis nama yang betul membuatkan saya rasa tersanjung dan dihormati. Oh ya, kalau terasa susah, nak panggil ainunl ke? Ainun ke? Ainul ke? Panggil sahaja saya Yana. My name is Yana (sila baca ala-ala nada My Name is Khan. Ha ha ha )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s