Puisi Adam Zagajewski – Treatise on Emptiness


Adam Zagajewski – Treatise on Emptiness

 

In a bookstore I accidentally ended up at the section on Tao, or

more precisely, by the Treatise on Emptiness.

I rejoiced, since that the I was perfectly empty.

What an unexpected meeting – the patient finds the doctor,

the doctor doesn’t speak

 

–Without End (New and Selected Poems)

 

Saya percaya sesiapa yang tenggelam dalam dunia sastera, puisi, bahasa atau apa sahaja yang kamu mahu labelkan, merupakan suatu pelarian, pencarian atau penemuan. Kita sentiasa mencari diri kita dalam setiap bahan bacaan. Ada waktunya kita menjumpai diri kita, ada kalanya kita menemui kawan-kawan yang kita kenal di dalam itu. Sastera membuat kita mengenali manusia di sekeliling kita. Semakin kita mengembara dalam sastera, kita akan bertemu dengan tidak sedikit manusia di dalam itu.

Membaca sajak Adam Zagajewski – Treatise on Emptiness, saya seolah-olah ditarik ke masa lampau. Ada satu ketika, selepas keluar dari dewan peperiksaan, saya merasa kosong. Saya seperti tiada perasaan. Langit tidak memahami saya. Hujan enggan bersahabat. Entah apa, saya ke kedai buku di Pekan Buku Universiti, masuk ke kedai buku, duduk di hadapan rak buku dan membaca setiap apa yang apa di hadapan saya. Sesudah itu, beberapa detik, saya sudah boleh tersenyum, kehampaan dalam hati saya dibawa pergi. Kekosongan yang saya rasakan telah terisi. Seperti gelas penuh yang sedang dituangi air lagi dan lagi. Saya merasakan tidak keseorangan. Saya ada kata-kata, kalimat, bahasa dan buku sebagai teman, yang mendakap saya, menahan saya daripada jatuh di tengah-tengah lautan manusia yang berpapasan. Seperti yang digambarkan oleh Adam Zagajewski, penyair daripada Poland itu (terus sahaja saya teringat cerita The Pianist) What an unexpected meeting – the patient finds the doctor, the doctor doesn’t speak

Sastera sentiasa menjadi penyelamat kepada jiwa saya dan jiwa kita. Saya melihat, ada ramai orang yang tertarik ke dalam dunia sastera yang misteri setelah lelah dengan hidup di luar. Ada yang tidak suka di mana tempatnya berada, ada yang tidak gembira menempuh hidupnya, ada yang melalui masa-masa sukarnya. Percaya atau tidak, kata-kata boleh menyelamatkan orang daripada bunuh diri atau mensia-siakan hidupnya. Kata-kata boleh sahaja mengembirakan seseorang yang telah beberapa kali terjatuh dalam hidupnya, menarik keluar daripada dunia yang gelap ke arah pencerahan, memberi sedikit harapan bahawa ada pohon untuk penggantungan diri.

Kawan-kawan saya diluar sana, siapa yang pernah merasakan perasaan yang sama seperti dalam sajak ini? Disembuhkan oleh doktor yang tidak perlu berkata-kata pun.


 

4 thoughts on “Puisi Adam Zagajewski – Treatise on Emptiness”

  1. “Kata-kata boleh sahaja mengembirakan seseorang yang telah beberapa kali terjatuh dalam hidupnya, menarik keluar daripada dunia yang gelap ke arah pencerahan, memberi sedikit harapan bahawa ada pohon untuk penggantungan diri.”

    Kata-kata ini juga ibarat pohon untuk penggantungan diri

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s