Dimana puisi Malaysia?


Ada orang pernah bertanya pada saya, apakah saya sudah menemui buku puisi Sapardi yang menyebabkan saya obses pada puisi Sapardi suatu ketika dahulu. Ada juga yang bertanya, dimanakah saya menemui M. Aan Mansyur sehingga hampir semua puisi seperti sudah ada di hujung fikiran saya dan menunggu masa untuk melantunkan sahaja.

Saya geleng sahaja. Nyata, saya tidak pernah punya nasib memiliki buku kumpulan puisi mereka. Saya tidak pernah punya kesempatan ke Indonesia untuk borong buku. kecuali buku Sihir Hujan yang diberi oleh Rahimidin Zahari. Itu sahaja. Jadi dari mana saya memeroleh semua puisi-puisi Sapardi, M. Aan Mansyur dan puisi Indonesia yang lainnya?

Hanya di laman-laman sawang dan blog peribadi penulis. Hanya itu sahaja.

Namun mengapakah saya jarang menghafal puisi-puisi penulis Malaysia kecuali yang sudah saya isytiharkan kekasih puisi saya? Ini kerana tidak ramai orang mahu meletakkan puisi-puisi di blog. Kalau tidak percaya, sila taip T. Alias Taib, dan yang kamu peroleh hanyalah sebilangan puisinya yang saya kira tidak begitu terbilang berbanding puisi-puisi yang lain. Mujur sahaja ada KOMSAS, ada juga yang akan mengenali T. Alias Taib dengan puisi Tukang Gunting, jika tidak tentu tidak ada.

Kesukaran buku puisi beredar dan keengganan pihak menara lontar menjual buku puisi serta ketidakrajinan rakyat kita memuat naikkan puisi di laman sesawang menjadikan puisi-puisi yang baik daripada Malaysia tidak tersanjung dan terpandang oleh pihak luar. Jika ada yang benar-benar komitmen pun meletakkan puisi di blog di penyair.wordpress.com. Namun, laman sesawang nan satu pun tidak dapat menampung puisi yang banyak untuk diletakkan di situ.

Percaya atau tidak, saya pernah jatuh suka pada sepotong puisi Dr Anwar Ridhwan yang tercatat dalam sebuah zine bawah tanah, Fraganfrantik kalau tidak silap saya yang berjudul berbagi duka. Kisah tentang puisi itu boleh ditemui di sini. Percayalah saya mencari puisi itu melalui Google hampir setengah hari lamanya. Dari satu laman ke satu laman dan tidak dapat pun menjumpai sajak penuhnya. Alangkah ruginya!

Mujur saya saya terjumpa kumpulan puisinya secara tidak sengaja di DBP, kalau tidak? Sampai kesudah saya tidak dapat menikmati puisi berbagi Duka itu.

Ya, saya sudah fikirkan beberapa usaha kecil untuk puisi Malaysia. Moga-moga saya punya kekuatan untuk melaksanakan usaha-usaha kecil ini. Harap nantikan dan dapat memberi sokongan.

Advertisements

2 thoughts on “Dimana puisi Malaysia?”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s