Dosa Sebuah Jualan Gudang


Jika ada jualan gudang, penulis yang buku-bukunya dilelong dan dijual murah dalam jualan gudang pasti bersama sedih kerana merasakan seolah-olah tulisannya kurang laku dan hanya layak dijual di jualan gudang. Itu pun masih tidak laku lagi. Jualan gudang merupakan satu dosa kepada penulis dan penerbit buku. Ada penulis yang mahu boikot jualan gudang kerana menjual bukunya dengan harga yang murah dan nilai royalti pasti akan merosot. Tetapi jualan gudang merupakan pesta keramaian dan perayaan untuk pencinta buku (yang tidak punya banyak wang beli buku). Ketika itu buku-buku yang diidam lama tetapi tidak boleh beli kerana mahal akan disambar tanpa berfikir dua tiga kali dan belian pun meningkat berganda-ganda daripada biasa.

Saya bekerja dalam dunia terbit buku. Tentu sahaja berasa sedih apabila melihat buku kita yang kita usahakan dijual begitu sahaja dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga kos. Namun sebagai pencinta buku, saya memang sentiasa menantikan jualan gudang.

Pengalaman pergi ke Jualan Gudang Utusan baru-baru ini, saya mencari buku Wi dan Wiliam karya Azizi Hj Abdullah. Buku itu saya baca ketika tingkatan 2. Kalau tidak silap. Bila bertanya pada petugas, dia minta saya tunggu sebentar untuk cari dalam stok gudang kerana di bahagian pameran tiada. Apabila dia keluar, dia berkata stok Wi dan Wilian tiada. Mungkin sudah dijual timbang kati. Mata saya terbelalak, terkejut. Jual timbang kati? Jual timbang kati dalam istilah dunia terbit buku ialah jual seperti kertas surat khabar lama. Dinilai mengikut berat bukannya nilai buku. Buku Wi dan Wiliam yang bagus itu jual timbang kati, apatah lagi buku yang lain kan?

Kalau jualan gudang itu satu dosa kerana menjual buku dengan harga yang murah, biarlah kami menjadi orang-orang yang berdosa yang membeli buku-buku itu daripada membiarkan buku-buku itu dijual secara timbang kati dan nilainya sama seperti kertas dan surat khabar lama.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s