Mari kita meraikan cinta seperti pasangan biasa yang melahirkan cinta di gedung-gedung besar pasar raya


Mari, kita keluar seperti pasangan biasa yang melahirkan cintanya di gedung-gedung pasar raya. Sewaktu kau ambil aku dengan keretamu dan mempersilakan aku duduk. Ah, manis sekali. Dengan dayamu, memandu ke gedung besar pasar raya, tempat pasangan bercinta bercanda. Ketika parkir dibayar dan terusan kau bertanya : mau makan atau jalan? aku jadi bingung.

Kau memutuskan mahu makan selepas tiket wayang dibeli. Aku menurut sahaja kerana masih terasa asing berjalan berdua denganmu di gedung besar itu. Semasa dihadapan panggung, kau bertanya filem apa yang mahu ditonton. Memilih dari skrin yang membariskan filem yang bobrok dan tiada satu berkenan di hati, namun kupilih juga cerita melayu untuk menyokong industri filemnya yang tenat. Sesudah itu, kita pergi mengalas perut yang semakin lapar.

Begitu payah memilih kedai di gedung besar kerana gudang besar dalam tempat menghimpun menu-menu dari seluruh dunia. Ada pasta, pizza, subway, agam gorengan, burger, sebut sahaja apa. Aku dan kau saling berpandangan. Di gedung besar, aku kepingin nasi dan restoran melayu kita pilih. Bersama memilih caj perkhidmatan yang mahal serta nasi sejemput yang dihidang secara seni dan profesional. Lalu lagu daripada John Lennon yang romantis menyapa serta seorang lelaki memainkan violin cinta untuk kita. Ah!

Sementara menunggu masa wayang berlangsung, kita pun memilih berjalan dari kotak kedai ke kotak kedai. Seperti pasangan biasa lakukan untuk melahirkan rasa cinta. Aku melihat-lihat baju yang diperagakan di kaca pameran. Kau melihat-lihat kasut yang rapi jahitan. Sehingga kita menjadi bosan walaupun baru sahaja 15 minit berlalu, lalu akhirnya kita terperuk di kedai buku dan hilang dalam sunyi sehingga lupa wayang akan ditayang.

Buru-buru mengejar wayang kerana terlupa masa di kedai buku. Kita sempat masuk panggung dan melihat sekian banyak pasangan sudah memenuhi panggung. Filem berputar, baru 10 minit, kita sudah jadi terlalu jemu dengan apa yang kita tonton serta saling tertanya kenapa filem ini banyak penontonnya. Bila melihat sekeliling rupanya ada wayang di kerusi lebih menarik daripada wayang di layar. Lalu kita berkeluh kesah menunggu satu jam berlalu sambil cuba tertawa atau menakut-nakutkan diri dengan cerita di layar.

Sesudah itu, apa caranya lagi untuk kita melahirkan cinta seperti pasangan biasa di gedung besar? Ya, mungkin melontar bola bowling atau karaoke? atau mungkin apa?

Kita sama-sama kebingungan di tengah-tengah gedung besar pasar raya dan pasangan biasa yang sedang melahirkan rasa cinta.

10 thoughts on “Mari kita meraikan cinta seperti pasangan biasa yang melahirkan cinta di gedung-gedung besar pasar raya”

  1. salam kak. dah bookmark. terasa seronok pula baca blog ni. ada banyak karya karya. dapat juga mengubat rindu setelah lama tak baca hasil penulisan yang bagus bagus. teruskan muat naik ya.🙂

    Like

      1. sebab pasangan biasa yang meraikan cinta di gedung-gedung besar pasaraya itu – kedengarannya seperti saya. Hehe!:P

        dan entri ini membuat saya sedar – bahawa saya juga tergolong dalam lingkungan pasangan yang biasa.

        tapi itulah anehnya cinta. setiap hari, buat benda yang sama, tempat yang sama, tetapi tidak bosan, asalkan ada dia.🙂

        p.s: lepas ini mahu cuba menjadi yang luar biasa. ada idea?😉

        Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s