Pengarang yang prolifik atau pengarang yang dinamik?


Kalau saya sukakan seorang penulis itu, saya akan ikut jejak kepengarangannya bermula awal sehingga yang terkini. Jika saya menyukai tulisan dia di tengah-tengah perjalanan kepengarangannya, saya akan cuba mencari antara karya-karya awalnya. Saya tidak sempat membaca semua karya penulis Malaysia atau luar Malaysia tetapi kalau saya sudah jatuh cinta jangan katalah bagaimana saya boleh terhafal hampir semua judul-judul puisi, cerpen atau plot novelnya. Bukan sengaja mahu hafal tetapi terhafal.

Apa yang menyeronokkan apabila mengikuti jejak kepengarangan seorang penulis (yang kita suka tentunya) ialah bagaimana tulisannya berubah dan bersifat dinamik serta menuju ke arah kematangan penulisan. Seperti buah yang kita ikuti semenjak dari putik berubah menjadi buah muda dan akhirnya masak ranum. Ya, ada pengarang yang bermula dengan isu-isu biasa kemudian mula bereksperimen dengan kata-kata, bahasa, plot dan jalan cerita. Biasanya pengarang jenis ini sering membuatkan saya berasa teruja menanti karya-karya baru, eksperimen yang cuba dia lakukan. Sama ada gagal atau berjaya itu di kemudian cerita tetapi bagaimana dia bersungguh-sungguh mengasah dirinya dan membenarkan pengarang dalam dirinya meneroka setiap sisi dan bakatnya, itulah yang lebih penting. Setiap tulisannya yang baru sekurang-kurangnya menjanjikan kelainan biarpun sedikit. Kebiasaannya, pengarang jenis ini adalah pengarang yang mudah berjaya dan mempunyai pengikut yang ramai.

Ada juga pengarang yang jenis yang kedua adalah pengarang yang mengarang dengan nada yang sama, penulisan yang sama. Kalau tulisannya berkisah soal wacana maka dia akan kekal menulis gaya itu sahaja. Seperti patung yang hanya ditukar-tukar bajunya, tetapi gaya dan lagak tetap sama, kaku, keras dan tiada jiwa. Pernah sekali saya mengikuti sebuah buku kumpulan cerpen penulis yang prolifik dan menghasilkan sekian jumlah karya dalam relatif waktu yang singkat. Nah, yang saya jumpa hanyalah perasaan monotonous dan selapis perasaan sahaja ketika membacanya. Ah betapa kecewanya saya melewati puluhan kertas dan tidak menemui kesegaran apabila melangkah dari satu karya ke satu karyanya melainkan bentuk yang sama? Ya, kita boleh maafkan untuk kejanggalan atau kejelekan cerpen-cerpen awal tetapi kalau sudah lebih melewati sepuluh cerpen dan masih mengekalkan gaya yang sama? Itu apa? Ya prolifik tetapi tidak ada variasi atau dinamik dalam karyanya. Sayang sekali keprolifikan tidak diiringi dengan variasi dan dinamik dalam cerpennya. Bukan siapa yang rugi sebaliknya penulis itu sendiri kerana tidak mahu mencabar dan mengasuh dirinya untuk meninggikan tingkat kepengarangannya.

Saya sangat berharap pengarang-pengarang yang prolifik ini juga menjadi pengarang yang dinamik dan menvariasikan gaya penulisannya. Cabarlah diri memperlihatkan sisi-sisi lain yang mungkin itu lah sebenarnya kekuatan dalam diri.

4 thoughts on “Pengarang yang prolifik atau pengarang yang dinamik?”

  1. saya mahu jadi dinamik🙂

    dan saya mahu mengikuti perkembangan penulis yang saya minat…urmm…macam ada seorang penyair wanita tu…yang sajaknya telah menginspirasikan saya. lupa namanya siapa. heh heh heh😛

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s