Puisi di Tunas Cipta Jun 2011


Kalau rajin, belilah Tunas Cipta Bulan 6 ini. Ada sebuah sajak telah dipilih oleh editor untuk disiarkan dalam bulan ini. Judulnya 20 Minit Menunggu. Terima kasih kepada Encik Ruslan yang baik budi.

Sajak ini ditulis tahun lepas, masa masih ada Deligasi Shah Alam. Sebelum berpecah kerana saya berpindah kerja dan hanya boleh memegang status, mantan deligasi (yang selalu dibuli dan dikenakan cukup-cukup oleh ahli deligasi). Jika Nissa Yusof dalam entrinya yang mengulas puisinya Bukit Bintang. Maka, puisi ini ditulis berasaskan peristiwa yang benar-benar terjadi dan sering kali menjadi usikan dan bahan untuk membuli saya. Ya, saya relakan sahaja.

Apa yang lebih indah tentang puisi ini, puisi ini antara titik tolak, saya sangat gigih menulis puisi. Hampir setiap hari saya akan mencuba subjek-subjek baru untuk ditulis. Rakan penulis yang sering (dipaksa) membaca puisi saya pun mula mengatakan, prolifiknya saya. Puisi ini antara kebangkitan awal setelah tidur yang lama dalam dunia tulis-tulis ini. Malah ketika idea puisi ini tercetus, saya telah dikerah habis-habisan oleh deligasi supaya menyiapkan puisi itu dan meletakkan nama mereka (dengan nada gurau) dan dihantar ke mana-mana. Ketika zaman itu, saya selalu dipaksa (dengan rela hati tentunya) dan dileteri untuk terus menulis-menulis dan menulis serta rajin menghantar karya (kerana saya sangat malas menghantar karya yang dah siap). Ha ha ha.

Oh, saya sangat merindukan zaman berdeligasi. Ke Bukit Broga, kedai kopi, acara malam minggu, memburu buku, Ipoh, Kuala, Cendol, aiskrim, Ikea, berkayak, berbasikal, konvo, nasi beriani, pawagam, Twilight, Old Town, dataran, Rumah Pena, teater, diskusi, rusuh, gaduh, gurau dan lain-lain. Betapa aktifnya kami sehingga SM Zakir pernah menulis dalam artikelnya di Tunas Cipta Februari iaitu kelompok penulis yang membentuk kelompok geososial mereka melalui kegiatan sastera yang dilibati bersama tidak lagi cenderung menulis melalui gaya dan bentuk yang sama , .Sekarang masing-masing makin sibuk dan tidak duduk sedaerah lagi. Sungguh, rindunya pada masa lalu yang indah.

Terima kasih untuk rakan-rakan yang sentiasa mendorong. Kepada yang sentiasa rajin bertanya “Hari ini menulis tak?”. Saya belum punya jutaan kata-kata yang boleh dirangkaikan selain ucap terima kasih. Terima kasih.

Notakakitangan : Lepas ini nak buat Deligasi Kajang-Bangi la. Siapa nak turut serta, angkat tangan! Oh Yeah!

Sedikit catatan atas sedar : Borak Buku


Terima kasih untuk saudara Firdaus Ariff kerana kesungguhannya merakam acara Borak Buku dengan Dr Shahrol Lail Sujak. Ini kerana saya sebenarnya tak sangka pula suara saya sangat comel dan manis dalam video itu (walaupun tak ada langsung muka saya terakam). Teruja mendengar suara sendiri (sedikit masuk bakul angkat sendiri disitu). He he he.

Kalau kawan-kawan bijak bestari, suara saya kedengaran di minit ke berapa? Hahaha. Siapa dapat jawab, saya nak pos hadiah choki choki la. He he he.

Sudah lima kali rancangan Borak Buku. Sudah ada lima tetamu dijemput iaitu SM Zakir, Dr. Siti Zainon, Fadli Akiti, Raja Ahmad Aminullah dan terbaru Dr Shahrol Lail Sujak. Pelbagai genre buku telah dibicarakan. Dalam acara Borak Buku, kami dibawa merentas pelbagai negara dan budaya oleh tetamu jemputan dengan penceritaan buku terbabit. Kadang kala walaupun buku saya tidak sempat baca, bila mendengar apa yang mereka sampaikan, akan buat kita teruja untuk membacanya. Sekurang-kurangnya membuatkan saya mengenali beberapa nama penulis dari luar.

Suasana sangat santai, tiada formaliti dan tentu sahaja sangat banyak gelak ketawa (saya lah tu kan, hi hi) sambil minum kopi. Tapi tidaklah sampai menjadi hedonisme. Nama pun acara santai, kalau muka sangat serius, kopi pahit terasa bertambah pahit. kan?

Sebagai badan penganjur, saya dan kawan-kawan telah mencuba beberapa kafe untuk dijadikan tempat acara ini. Starbuck, Book Club Kafe, Kinokuniya akhirnya sepakat memilih Coffee Bean, KL Sentral. Bukannya sengaja memilih suasana mewah menampakkan eksklusif tetapi mewujudkan suasana yang selesa. Ada kafe yang selesa tetapi sukar untuk pergi ke sana. Kami mempertimbangkan rata-rata yang datang dengan pengangkutan awam. Ada kafe yang mudah dikunjungi, tetapi ruang lingkungan sangat kecil malah kalau tetamu sedang bercerita pun, suaranya kurang kedengaran. Bukan mudah memilih tempat terbaik dan selesa serta mendapat kerjasama daripada pengurusnya pula. Atau sebenarnya bukan mudah untuk mengendalikan acara-acara bersifat ilmu. Bersantai pun masih irit untuk orang untuk datang. Mudah untuk orang luar mengata itu ini, tetapi penganjur lah yang banyak tahan hati. Ewah! Rhyme!

Saya sangat berharap ada kehadiran orang lain yang di luar lingkungan rakan-rakan saya untuk hadir acara ini. Tak perlu menjadi seorang penulis, asalkan menjadi suka membaca dan orang biasa pun ada boleh datang mendengar, bertukar cerita, menginspirasi diri. Saya berharap akan bertemu muka-muka baru yang sentiasa mahu mendengar cerita atau berkongsi cerita di acara ini. Kawan-kawan yang membaca catatan atas sedar ini, datang ya acara borak buku ini.

Untuk Borak Buku 6, pada 19 Jun ini, harap ramai lagi yang datang Coffee Bean, KL Sentral pada pukul 4.00 petang. Tetamunya istimewa tau.

Rahsia, biarlah menjadi rahsia.


Rahsia, bersembunyilah daripada ditemui.

Semua benda yang tidak kita ketahui atau tidak boleh diberitahu telah kita beri namanya rahsia. Sifatnya sendiri adalah rahsia dan misteri.

Rahsia ini sifat semulajadinya ialah menggoda dan mewujudkan keinginan (desire). Jika ada sahaja apa yang disyaki sebagai rahsia, pasti akan timbul keinginan dalam hati kita untuk mengetahui apakah dia, rahsia menggoda kita supaya mencari jalan agar diketahui, ditemui padahal dia sepatutnya bersembunyi, duduk sahaja diam-diam dalam lingkungan diri dan kerahsiaannya.

Rahsia tidak semestinya wujud di luar lingkungan diri kita, ada waktunya kita juga punya rahsia-rahsia yang tidak kita sendiri ketahui. Sebab itu, ada kalanya bakat sebenar dalam diri seseorang tidak diketahui, sebab tersembunyi dan misteri dan dirahsiakan. Sejauh mana kita dapat menjelajah ke dalam diri kita untuk mengetahui rahsia-rahsia yang telah diri kita sembunyi. Bakat-bakat terpendam, bak kata orang.

Namun tahukah bahawa setelah rahsia diketahu, rahsia bertukar sifatnya menjadi kenyataan. Selepas itu, apakah kita akan dapat sanggup berdepan dengan kenyataan itu? Sejauh mana kita dapat bertahan untuk menerima kenyataan. Tidak semua kenyataan sifatnya manis. Sebab itu ada wujud frasa klise dan popular, “sungguhpun kenyataan itu pahit, kita harus menerimanya

Jika kita belum sanggup untuk bertahan dengan sifat kenyataan yang ada waktunya pahit dan manis itu, berahsialah. Kekalkan rahsia di tempat sewajarnya.

Biarlah rahsia itu terus bersembunyi, nyaman di tempatnya. Biarlah. Janganlah kita terlalu mahu mengetahui rahsia kerana mungkin kita tak sanggup menangung beratnya kenyataan.

Oleh itu, rahsia, bersembunyilah daripada ditemui. Bersembunyilah.

Notakakitangan :Oh ya, boleh juga layan cerpen Ini Rahsia Saya. Hehehe

Selepas membaca novel hebat


Satu masalah yang saya hadapi selepas membaca novel atau tulisan hebat ialah bagaimana mengekalkan mood pembacaan tersebut. Jika tersalah langkah, saya boleh sahaja melalui fasa-kemurungan-membaca-novel.

Seperti saya baru sahaja menghabiskan novel Cantik Itu Luka oleh Eka Kurniawan, dan keinginan untuk membaca novel sangat membuak-buak bagai melimpah di ladang gandum eh ladang padi. Oleh kerana emosi yang diberikan novel Cantik Itu Luka sangat kuat, saya tidak boleh memilih sebarangan novel untuk dibaca selepas membacanya. Membaca novel yang tidak menepati spesifikasi mood pembacaan merupakan vonis hukuman mati kepada novel seterusnya Satu timbangan yang tidak bagus kepada penulisnya. Bayangkan membaca Cantik Itu Luka kemudian menyambung baca novel jelek, jalan cerita meleret seperti makan hidangan yang menarik tetapi menu desert memang rasanya ke laut. Sungguh merosakkan suasana.

Melalui marathon novel yang bagus, selalunya watak itu akan mengganggu fikiran berhati-hati. Seperti membaca Cantik Itu Luka. Pelukisan watak Dewi Ayu sungguh kuat di tangan Eka Kurniawan. Membayangkan saya membaca Salina selepas itu, mungkin Salina akan tertolak sebagai bukan novel kegemaran saya. Salina dan Dewi Ayu sungguhpun merupakan watak pelacur tetapi pelukisan watak yang berbeza. Dewi Ayu itu wanita yang sungguh anggun, bijaksana dan mendominasi keseluruhan watak(femme fatal mungkin) manakala Salina adalah watak yang hidup dengan bayang-bayang kenangan silam. Mungkin

Mujur sahaja saya memilih untuk membaca Haruki Murakami: The South of Border, West Of The Sun selepas Cantik Itu Luka. Watak Hajimi telah menggantikan sebentar Dewi Ayu dalam fikiran saya. Buku itu sudah lama diberi pinjam oleh rakan saya tetapi saya merupakan jenis yang tidak akan membaca kerana saranan orang sebaliknya kerana hati saya mahu membacanya. Selepas dibiarkan berdebu di rak beberapa ketika maka entah satu malam itu, saya mengambilnya dari rak tanpa sengaja. Tidak pernah membaca Haruki Murakami sebelum ini Mungkin novel ini boleh jadi satu permulaan yang baik untuk saya membaca novel-novelnya yang lain.

Selain itu, ada cadangan novel lain untuk saya?

Pulau Pinang : Saya Tak Datang!


Kalau tak kerana telefon saya habis bateri, pasti hari ini saya sudah ada di Pulau Pinang.

Kalau tak kerana telefon saya habis bateri, pasti sekarang, mungkin saya sedang melawat Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Saleh dan lain-lain.

Kalau tak kerana telefon saya habis bateri, mungkin saya sedang kelintar Pasar Chowrasta sambil pening kepala tengok buku. Huwa!!

Walhal pergi ke Pulau Pinang merupakan impian dan rencana saya tahun ini. Beli tiket keretapi, pergi ke Penang, backpacking, jalan-jalan tengok buku di Chowrasta, kemudian pulang mengambil keretapi malam yang sama juga. Bila dapat peluang dan dijemput, saya pula tidak dapat dihubungi. Sungguh mengecewakan!

Ini semua sebab telefon saya habis bateri.

Telefon jahat! Telefon jahat!

Saya sunguh sunggguh sunggguh sunggggggggggggguh rasa kecewa! Huwa!