Selepas membaca novel hebat


Satu masalah yang saya hadapi selepas membaca novel atau tulisan hebat ialah bagaimana mengekalkan mood pembacaan tersebut. Jika tersalah langkah, saya boleh sahaja melalui fasa-kemurungan-membaca-novel.

Seperti saya baru sahaja menghabiskan novel Cantik Itu Luka oleh Eka Kurniawan, dan keinginan untuk membaca novel sangat membuak-buak bagai melimpah di ladang gandum eh ladang padi. Oleh kerana emosi yang diberikan novel Cantik Itu Luka sangat kuat, saya tidak boleh memilih sebarangan novel untuk dibaca selepas membacanya. Membaca novel yang tidak menepati spesifikasi mood pembacaan merupakan vonis hukuman mati kepada novel seterusnya Satu timbangan yang tidak bagus kepada penulisnya. Bayangkan membaca Cantik Itu Luka kemudian menyambung baca novel jelek, jalan cerita meleret seperti makan hidangan yang menarik tetapi menu desert memang rasanya ke laut. Sungguh merosakkan suasana.

Melalui marathon novel yang bagus, selalunya watak itu akan mengganggu fikiran berhati-hati. Seperti membaca Cantik Itu Luka. Pelukisan watak Dewi Ayu sungguh kuat di tangan Eka Kurniawan. Membayangkan saya membaca Salina selepas itu, mungkin Salina akan tertolak sebagai bukan novel kegemaran saya. Salina dan Dewi Ayu sungguhpun merupakan watak pelacur tetapi pelukisan watak yang berbeza. Dewi Ayu itu wanita yang sungguh anggun, bijaksana dan mendominasi keseluruhan watak(femme fatal mungkin) manakala Salina adalah watak yang hidup dengan bayang-bayang kenangan silam. Mungkin

Mujur sahaja saya memilih untuk membaca Haruki Murakami: The South of Border, West Of The Sun selepas Cantik Itu Luka. Watak Hajimi telah menggantikan sebentar Dewi Ayu dalam fikiran saya. Buku itu sudah lama diberi pinjam oleh rakan saya tetapi saya merupakan jenis yang tidak akan membaca kerana saranan orang sebaliknya kerana hati saya mahu membacanya. Selepas dibiarkan berdebu di rak beberapa ketika maka entah satu malam itu, saya mengambilnya dari rak tanpa sengaja. Tidak pernah membaca Haruki Murakami sebelum ini Mungkin novel ini boleh jadi satu permulaan yang baik untuk saya membaca novel-novelnya yang lain.

Selain itu, ada cadangan novel lain untuk saya?

Advertisements

1 thought on “Selepas membaca novel hebat”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s