Sedikit catatan atas sedar : Borak Buku


Terima kasih untuk saudara Firdaus Ariff kerana kesungguhannya merakam acara Borak Buku dengan Dr Shahrol Lail Sujak. Ini kerana saya sebenarnya tak sangka pula suara saya sangat comel dan manis dalam video itu (walaupun tak ada langsung muka saya terakam). Teruja mendengar suara sendiri (sedikit masuk bakul angkat sendiri disitu). He he he.

Kalau kawan-kawan bijak bestari, suara saya kedengaran di minit ke berapa? Hahaha. Siapa dapat jawab, saya nak pos hadiah choki choki la. He he he.

Sudah lima kali rancangan Borak Buku. Sudah ada lima tetamu dijemput iaitu SM Zakir, Dr. Siti Zainon, Fadli Akiti, Raja Ahmad Aminullah dan terbaru Dr Shahrol Lail Sujak. Pelbagai genre buku telah dibicarakan. Dalam acara Borak Buku, kami dibawa merentas pelbagai negara dan budaya oleh tetamu jemputan dengan penceritaan buku terbabit. Kadang kala walaupun buku saya tidak sempat baca, bila mendengar apa yang mereka sampaikan, akan buat kita teruja untuk membacanya. Sekurang-kurangnya membuatkan saya mengenali beberapa nama penulis dari luar.

Suasana sangat santai, tiada formaliti dan tentu sahaja sangat banyak gelak ketawa (saya lah tu kan, hi hi) sambil minum kopi. Tapi tidaklah sampai menjadi hedonisme. Nama pun acara santai, kalau muka sangat serius, kopi pahit terasa bertambah pahit. kan?

Sebagai badan penganjur, saya dan kawan-kawan telah mencuba beberapa kafe untuk dijadikan tempat acara ini. Starbuck, Book Club Kafe, Kinokuniya akhirnya sepakat memilih Coffee Bean, KL Sentral. Bukannya sengaja memilih suasana mewah menampakkan eksklusif tetapi mewujudkan suasana yang selesa. Ada kafe yang selesa tetapi sukar untuk pergi ke sana. Kami mempertimbangkan rata-rata yang datang dengan pengangkutan awam. Ada kafe yang mudah dikunjungi, tetapi ruang lingkungan sangat kecil malah kalau tetamu sedang bercerita pun, suaranya kurang kedengaran. Bukan mudah memilih tempat terbaik dan selesa serta mendapat kerjasama daripada pengurusnya pula. Atau sebenarnya bukan mudah untuk mengendalikan acara-acara bersifat ilmu. Bersantai pun masih irit untuk orang untuk datang. Mudah untuk orang luar mengata itu ini, tetapi penganjur lah yang banyak tahan hati. Ewah! Rhyme!

Saya sangat berharap ada kehadiran orang lain yang di luar lingkungan rakan-rakan saya untuk hadir acara ini. Tak perlu menjadi seorang penulis, asalkan menjadi suka membaca dan orang biasa pun ada boleh datang mendengar, bertukar cerita, menginspirasi diri. Saya berharap akan bertemu muka-muka baru yang sentiasa mahu mendengar cerita atau berkongsi cerita di acara ini. Kawan-kawan yang membaca catatan atas sedar ini, datang ya acara borak buku ini.

Untuk Borak Buku 6, pada 19 Jun ini, harap ramai lagi yang datang Coffee Bean, KL Sentral pada pukul 4.00 petang. Tetamunya istimewa tau.

6 thoughts on “Sedikit catatan atas sedar : Borak Buku

  1. Ala, rugilah tak dapat join. Waktu itu aku ke Pulau Pinang dan tidak sempat hendak inform kau. Ruginyaaa!

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada Furaiah Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s